Sunday 25 September 2016

BENARKAH PIL PERANCANG PENGGALAK ANDA MENGIDAP KANSER PAYUDARA?

Dianggarkan bahawa 27 wanita dari 100 000 mengalami kanser payudara.Dianggarkan 2700 ke 3000 kes didiagnosakan sebagai kes kanser payudara.Risiko wanita mengidap kanser payudara bergantung kepada beberapa factor.Antaranya telah saya kongsikan dalam entry yang lepas.KLIK DISINI. Dan salah satunya ialah pengambilan pil perancang dalam jangka masa yang panjang.

kesan pil prancang

Satu kajian yang mendapati bahawa wanita yan gmengamalkan pil perancang dan mengalami kecacatan  genetic BRCA1 akan meninggikan risiko mendapat kanser payudara.Apa itu BRCA1?
BRCA1 adalah adalah genetik yang ada pada setiap wanita.Ia berfungsi untuk menghalang pembentukan sel-sel kanser payudara.Jika terdapat kecacatan pada BRAC1 ini ,ia tidak dapat lagi menjalankan fungsinya untuk melindungi dari penyakit kanser payudara.

Apa itu pil perancang keluarga? mengapa ia digunakan untuk mengawal kehamilan? Pil perancang adalah pil yang mengandungi hormone estrogen.Apabila pil ini diamalkan oleh wanita, maknanya terdapat hormone tambahan yang berada di dalam tubuh kita.Peningkatan risiko kanser payudara akan bertambah sekiranya pil prancang ini diambil dalam jangka masa yang panjang.Sebagai contoh , pil diambil dari umur belasan tahun dan berpanjangan tanpa henti.Secara logiknya penambahan hormone didalam badan boleh menyebabkan dirinya "tidak subur" untuk sementara namun sudah tentu akan menyebabkan kesan sampingan antaranya kanser payudara.

Kajian dilakukan pada 2003 oleh National Canser Institute(NCA) USA mendapati ada risiko yang tinggi dikalangn wanita muda yang mengambil pil pencegah kehamilan melebihi 5 tahun.

Jadi .kesimpulannya.Untuk memastikan kita tidak tergolong dalam wanita berisiko kanser payudara, maka pil perancang keluarga tidak harus diamalkan dalam jangka masa yang lama.Pemeriksaan mesti dilakukan untuk memastikan kita bebas kanser .

Jika anda telah mengidap kanser payudara, adakah anda hanya perlu berserah pada takdir?Masih belum terlambat.KLIK DISINI.

No comments:

Post a Comment