Tuesday, 19 January 2016

TANDA -TANDA AWAL STROK HABA

Musim panas El Nino kembali lagi.Acara merentas desa di sekolah saya pun  yang sepatutnya berjalan pada waktu petang terpaksa dijalankan di waktu pagi bagi mengelakkan semua murid sekolah tidak terdedah kepada cahaya matahari yang melampau.

strok haba
Aktiviti sukan ditunda ke sebelah pagi untuk mengelakkan cuaca panas 

Pengetua /Guru Besar berhak untuk tidak menjalankan aktiviti luar kelas sekiranya cuaca panas dan tidak mengizinkan .Ia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terutamanya strok haba dan dehidrasi.

Pesanan penting dari guru-guru kepada semua murid agar membawa air kosong setiap hari untuk memastikan tubuh badan mereka mempunyai air yang mencukupi sepanjang hari.Bagi aktiviti luar yang diadakan, semua murid wajib minum air dengan lebih kerap berbanding hari biasa.

Terdapat kes di mana pelajar meninggal dunia secara tiba-tiba.Selepas dibuat post moterm di dapati bahawa pelajar tersebut telah mengalami strok haba.Adakah kita mengetahui tanda-tanda yang seseorang mengalami strok haba? 

Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal.Badan akan mengalami kenaikan suhu secara mendadak selain dari turut mengalami kegagalan berpeluh.Suhu badan indivivu yang mengalami strok haba biasanya akan naik sehingga 41 darjah celcius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit.Sekiranya strok haba tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

 Awas jika and alami tanda -tanda berikut

TANDA-TANDA STROK HABA


  1. Kerap sakit kepala
  2. Mudah hilang fokus
  3. Lidah menjadi bengkok
  4. Suhu badan melebihi 39 darjah celcius
  5. Nadi berdenyut laju
  6. kulit kering dan kemerah merahan
  7. Badan tidak berpeluh
  8. Badan lesu dan kerap pengsan
  9. Tekanan darah rendah


strok haba

SIAPA BERISIKO MENGHADAPI STROK HABA?

Sesiapa sahaja berisiko untuk menghadapi strok haba, tidak mengira usia jika mereka terdedah kepada kepanasan yang berpanjangan kepada suhu yang melebihi 32 darjah celcius ke atas.

Tetapi golongon yang lebih berisiko tinggi diserang strok haba ialah:

1) Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah

strok haba

2) Mereka yang menghadapi masalah pernafasan dan jantung

strok haba

3) Warga emas berumur 65 tahun ke atas.

strok haba

4) Mereka yang terbabit dengan kegiatan fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain.

strok haba

5) Mereka yang menghidapi masalah penyakit darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid.


strok haba


~sharing is loving~

kak su (0108798077)

0 comments:

Post a Comment