Monday, 15 June 2015

BAHAYA HB RENDAH BAGI IBU MENGANDUNG


Sejak dari bulan Februari tahun ni sampilah sekarang ..setiap bulan mesti ada yang bersalin kat sekolah saya ni..so macam macam ragam dapat saya lihat.Paling top sekali ialah bila borak borak pasal ibu mengandung ni ialah pasal hb rendah..masalah hb rendah ni bukan masalah biasa biasa tau..tapi masalah hb rendah ni memang merbahaya kau dibiarkan ..

Pengalaman saya sendiri mengandungkan kelima lima anak, setiap kali mngandung mesti akan mengalami hb rendah terutamanya pada usia kandungan 6 bulan keatas.Sehingga satu tahap nurse warning ,kalau hb masih rendah , terpaksa masukkan darah.Faham fahamlah kan kalau dah masuk darah orang lain ke dalam badan kita..macam macam risiko ada..

Apa kemendanya HB ni? 

HB adalah ringkasan kepada hemoglobin.Hemoglobin ialah protein yang membawa oksigen keseluruh bahagian badan .

hb rendah
HB rendah boleh menyebabkan pitam

Bagaimana nak tahu paras HB normal atau rendah?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia
hb rendah

Darah normal dan darah pesakit anemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:


Kesan kepada ibu

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan kepada Bayi:

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Bolehkan Anemia Dikesan Lebih Awal? Apakah Simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:

  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan

0 comments:

Post a Comment