Tuesday 3 October 2017

KE MANAKAH HALA TUJU PELAJAR KELUARAN VOKASIONAL?

Hari ini 30 September 2017 ibu dan eimy datang dari melaka nak melawat Kakak Dina di kolej. Sudah setahun dina jauh dari ibu. Dengan tekad nak ambil kursus pengurusan perniagaan, Dina terpaksa melupakan rakan rakan seperjuangan di sekolah. Tinggalkan tilam empuk dirumah, tinggalkan keluarga dan adik adik. Tinggalkan kenangan di sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Ghafar Baba. Dengan keyakinan yg ibu dan ayah  ada, kami relakan Dina pergi. Biarpun dimata ramai orang sekolah vokasional hanya untuk pelajar pelajar lemah yang tidak ada masa depan. Tapi ibu yakin Dina akan membina hidup dan kerjaya bermula dari sekolah vokasional.

Pada ibu, tak kiralah dimana jua kita belajar, kita perlu usaha sehabis baik sehabis daya dan kudrat  untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Yang penting ialah hidup ada matlamat dan usaha untuk mencapai matlamat. Jangan biarkan ia jadi seperti angan angan. Cita cita tanpa usaha memang akan tinggal menjadi angan-angan.

Alhamdulillah ..tahniah buat anak ibu Dina..hari ni merupakan detik manis buat Dina atas anugerah cemerlang di Kolej..tak kisah la dimana jua kita belajar..buatlah yang terbaik..semoga hari nie menjadi pembakar semangat buat Dina untuk melangkah lebih jauh..Biarpun tidak mencapai gred tertinggi tapi ia satu permulaan yang baik untuk teruskan berusaha kearah lebih baik.


anugerah pengarah
Semoga terus cemerlang 

anugerah pengarah
Bersama rakan seperjuangan

anugerah pengarah
Penerima Anugerah Pengarah

anugerah pengarah

Sentiasa "comel" dari yang lain..hihi

.
Kita bukan dimana permulaan kita..kita adalah dimana kita dipenghujungnya..keep it up my dear..Dan hari ni juga terbukti seorang pelajar dari Kolej Vokasional Nibong Tebal  telah berjaya menempah berbagai bagai kejayaan dan paling istimewa beliau menjadi pelajar terbaik diantara  kolej vokasional di Malaysia. Dengan keputusan cemerlang mengatasi  rakan seperjuangan dalam jurusan kimpalan seluruh malaysia. Mohamad Farid Bin Shahidan dengan PNGK 3.83,bermula dari keputusan PT3 yang biasa biasa saja.Bak kata Dato' Ir Dr Shaikh Hussein Mydin beliau juga adalah pelajar dari aliran kemahiran. Bermula dari sijil sehinggalah menyambung pengajian sehingga doktor falsafah. Dan terbukti juga Dr Halim Razali seorang pensyarah di UKM juga bermula dari Sekolah Vokasional. Kini beliau juga berjaya dalam karier sebagai pensyarah , penulis, pereka cipta dan berbagai kejayaan lain di raih beliau.


Mohamad Farid Bin Shahidan penerima anugerah Menteri Pendidikan 


anugerah pengarah

Dr Halim Razali buat saya kagum dengan beliau yang bermula dari hanya dari sekolah vokasional sehingga menjadi pakar dalam bidangnya

Kita sebagai penjaga harus berikan galakan kepada anak-anak supaya terus berusaha dalam bidang yang mereka ceburi bukan membanding-banding dengan kebolehan akademik semata mata. Saya percaya ini adalah sebahagian kecil daripada mereka yang berjaya. Masih ramai lagi anak-anak keluaran kolej kemahiran dan kolej vokasional yang telah menempa nama dalam kerjaya masing masing. Ukuran kejayaan bukan semata-mata pada sijil dan pangkat.

Akhir sekali mari kita fikirkan bersama  baris-baris ayat ini dalam menyahut cabaran perubahan sistem pendidikan vokasional di Malaysia.

  1. Masyarakat perlu mengubah sikap yang selama ini memandang rendah terhadap pendidikan teknik dan vokasional.

  2. Industri perlu terlibat dalam perancangan kurikulum dan perkembangan pendidikan vokasional agar latihan yang diberikan kepada pelajar dapat dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar.

  3. Program vokasional mestilah disokong oleh polisi yang kukuh serta dibantu sepenuhnya oleh sistem pentadbiran dan politik yang ada.

  4. Pendidikan sekolah aliran akademik mulai peringkat yang terendah sehinggalah ke sekolah menengah perlu diterapkan komponen-komponen latihan vokasional.

  5. Pihak swasta perlu digalakkan untuk memberi sumbangan kerana beban dan kos untuk membiayai pendidikan vokasional adalah terlalu tinggi.

  6. Program vokasional yang khusus untuk sesuatu pekerjaan perlu diperkuatkan pada peringkat tertinggi seperti institusi pengajian tinggi, maktab-maktab dan persekolahan peringkat menengah atas.

  7. Perkembangan sistem vokasional pada masa depan seharusnya memberi peluang kepada sesiapa saja yang berminat tanpa mengira kedudukan sosio-ekonomi mereka.

  8. Kursus-kursus sambilan hujung minggu atau luar waktu kerja perlu diadakan untuk tujuan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja supaya sejajar dengan perkembagan teknologi.

  9. Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan vokasional perlu diberi pendedahan mengenai perkembangan teknologi untuk dihayati implikasi teknologi baru kepada sistem pendidikan.
sumber :sarjanatripod.com

No comments:

Post a Comment