Sunday 5 November 2017

AKTIVITI MENCABAR DI KALIBIRU YOGJAKARTA MESTI ANDA CUBA

Ini kisah semasa kakSu di Yogjakarta. Nama tempat ni adalah Kalibiru. Disini pemandangan memang sangat cantik. Kawasan hijau berbukit , dari tepian bukit ni kita akan nampak  tasik. Kat sini ada tempat port yang sangat cantik-cantik untuk di ambil gambar. Boleh je ambil gambar pakai kamera sendiri.
Tapi kat sini di sediakan aktiviti berbayar. Mereka sediakan juru kamera khas untuk ambil gambar kita kat tempat tempat spot cantik. Ada empat laluan yang kita kena lalu. First ialah rock climbing, ke dua meniti diatas tali kecik ni. Ketiga berjalan di atas jambatan gantung dan yang ke empat adalah flying folk.

aktiviti kalibiru
Pintu depan sebelum masuk Kalibiru

First time sampai tempat ni, Ery memang exited nak cuba, kakSu pun apa kurangnya. Tengok macam senang je kan. So kami decide nak cuba semua aktiviti tu dan ambil khidmat juru kamera pro kat sini. Tapi Kirah memang dari awal langsung tak nak naik sebab awal awal dia serender sebab takut gayat. Puas dah kami ajak tapi tak nak juga dia try.
aktiviti kalibiru
Exited

aktiviti kalibiru
Mesti la nak cuba!

aktiviti kalibiru
Ready!

Disebabkan akak baru belajar tentang otak kiri dan otak kanan, so akak nak kaitkan aktiviti ni dengan otak . kalau di lihat secara fizikalnya, Nampak macam ok je buat aktiviti ni. Tapi bila Ery mula panjat rock climbing, kak Su mula cuak sebab batu tu pemegangnya agak jauh, kalau nak dibandingkan kakSu dengan ni yang tangan dan kaki tak berapa nak panjang memang sampai ke? Haha..

aktiviti kalibiru
First round

Bila Ery lalu pula kat titian kecil, ini part yang paling buat kakSu kecut perut. Pijak atas tali kecil, tangan pegang tali tergantung dan kita kena jalan dalam 10 m . Sekali sekala Ery menjerit. Seriau. Otak kiri kata “ko tak boleh lalu su.. tangan kau tak cukup panjang nak pegang tali tu’ ..otak kanan kata pulak..eh..ko redah jer..mesti ko boleh buat lah..”
Bila giliran Nisa pula sampai di laluan genting tu, memang agak lama dia nak lepas, hati aku lagi la mula sangat ragu-ragu. “ Memang ko jatuh ni nati su” tapi ada satu lagi bisikan” Ko mesti boleh buat, malah ko boleh buat lebih cepat dari dorang”
aktiviti kalibiru
Second round

Bila tiba giliran kakSu, panjat rock climbing, memang agak susah sikit la,tapi lepas dengan jayanya..merangkak atas jambatan gantug, paling senang. Bila tiba di titian tali kecik tu, …tarik nafas..setkan dalam minda, aku boleh buat. Tanpa jeritan dan sepatah kata, kakSu lalu atas tali tu..tiba-tiba..

Stop stop..pandang sini, senyum, satu dua tiga..ok..cantikkkk..hahahaha..sempat berdiri pulak kat atas tali kecik tu nak ambil gambar..tak jatuh pun aku..dapat la posing 2 ,3 keping gambar atas tu. Dan akhirnya dengan jayanya kakSu berjaya melepasi titian yang paling trill la konon..
aktiviti kalibiru
Third round..paling mencabar

Apa la kaitan aktiviti ni dengan otak?
Sebenarnya semua orang tahu otak kita ada dua bahagian, otak kiri dan otak kanan. Otak kiri merupakan pusat Intelligence Quotient (IQ). Ia lebih kepada logik akal dan merupakan pusat kemampuan untuk menghitung. Contoh dari aktiviti ni ialah “ ko tu kan kecik ,tangan tak cukup panjang, macamna la ko nak lepas semua laluan tu..” .  “ Ko gayat , macamna ko nak lepas, nanti ko pandang  bawah terus jatuh”..itu la kata kata dari otak kiri..

Otak kanan memiliki fungsi dalam proses tumbuh kembang Emotional Quotient (EQ). Contonhnya yang berhubungan dengan komunikasi, sosialisasi, interaksi antara manusia satu dengan lainnya dan juga digunakan untuk mengendalikan emosi.
Selain itu bagian otak kanan merupakan tempat kemampuan merasakan, kemampuan intuitif, kemampuan  berekspresi meliputi kemampuan menari, kemampuan menyanyi, kemampuan melukis serta kemampuan – kemampuan lainnya yang berhubungan dengan kreativiti.

Otak kanan akan terima saja apa yang kita cakap tanpa membangkang. Contohnya ‘walaupun aku kecik, tapi aku rasa aku tetap boleh lepas juga macam dorang lepas’..otak kanan ni dia main serbu jer..otak kiri suka membangkang dan asyik fikir tak boleh jer. Sebab otak kiri suka fikri logik.
Jadi untuk kita berjaya dalam sesuatu tak kira la dalam bisness ke dalam belajar ke, otak kiri dan otak kanan kena seimbang…so pada hari kejadian tersebut kira kakSu dapat balancekan antara otak kiri dan otak  kanan dan akhirnya kakSu berjaya juga sampai dihujung . Paling syok sekali ialah bila kita nampak hasil kerja kita tu di abadikan di dalam gambar cantik cantik ni..hehe

aktiviti kalibiru
Kita posing dulu

Kalau korang nak tahu, lepas je kami keluar dari Kalibiru tu, Kirah meluahkan perasaan dia. ‘ Sebenarnya saya menyesal sebab tak ikut sama naik macam korang tadi..rasa menyesal sangat’..apa lagi yang kitorang boleh kata ‘ itu tandanya Kirah kena datang lagi sekali ke Yogjakarta..”..

aktiviti kalibiru

Yeaa..berjaya sampai ke akhir laluan

So korang nanti kalau datang sini sila seimbangkan otak kiri dan otak kanan supaya korang tak menyesal datang jauh jauh tapi hanya dapat tengok aje…

aktiviti kalibiru

Beauty Begins The moment You Decide To be Yourself



2 comments:

  1. Seram plak SA tgok aktiviti ni..tp SA suka...rasa menarik nak cuba la..sblom ni dah cabar diri dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik amanda suria. lepas ni cabar lagi

      Delete