Sunday 6 August 2017

UJIAN PENENTUAN PEMILIHAN PELAJAR TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN (HLP)

SAAT SAAT TERAKHIR SEBELUM EXAM PENENTUAN PEMILIHAN  HLP 2016/2018

Rasanya macam baru sangat kami berjumpa. Tapi rupanya dah setahun. Ini adalah kenangan kami di malam terakhir sebelum pulang dari kursus penentuan penerimaan kami sebagai pelajar tajaan Kementerian Pendidikan HLP..


.
Waktu ni adalah jamuan terakhir kami di IAB bersama pensyarah2 dan penganjur Bahagian Tajaan. Esoknya kami semua akan menduduki exam selepas seminggu kurus. Ujian ni adalah penentu samada kami terpilih atau tak . Memang menggigil kepala lutut tau..malu la kan ..dah pergi kursus sampai seminggu tapi tak lulus..hihi
master HLP
Balik riadah petang


master HLP
Posing lepas penat bersenam


master HLP
Aktiviti dalam bengkel


master HLP
Aktiviti bengkel

master HLP
Apa hal pegang kepala orang plak ni

master HLP
Lelaki memang minoriti



master HLP

Slot motivasi

.
So lepas jamuan, beramai ramai la kami bersengkakng mata dok study. Masa tu kaksu study dengan jiran sebelah bilik..kak Norlita Ishak dan Farhana.. ..kejap atas katil kejap kat lantai..macam2 gaya..macam2 cara nak menghafal..almaklumla tua tua ni susah sikit mau ingat..
.
Habis exam...
.
Semua cuak nak menanti jawapan. Maklumla ..pendaftaran pengajian kat U mula september..selepas berdebar menanti akhirnya diterima juga akhirnya..kak su , farhana dan kak ita  masuk U yang sama. 
.
Tapi..Farhana tak kekal lama bersama kami, terpaksa menarik diri atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. 
.
Maka bermulalah sejarah pengajian yang tak dapat dilupakan..semester 1 ...macam2 dugaan yg datang..huhu..
.
Kalau dikenang pastinya air mata ni takan berhenti mengalir. Tapi alhamdulillah..segala kenangan kami disana  menjadi penguat semangat utk teruskan perjuangan.


Diary master HLP

            Semester 1, disebalik setiap senyuman ini tersirat 1000 rahsia kenangan yang sukar dilupakan

Setahun lagi tempoh kami perlu habiskan pengajian..GOT..semoga kami diberi kekuatan dan kesabaran utk terus menghadapi apa jua cabaran mendatang..
.
Yang pastinya adik bongsu kami  Absha Atiah Abu Bakar (peserta termuda dlm team kami.27 tahun) dikurniakan rezeki terindah..seorang puteri comel anak master katanya...hihi..

DIARY MASTER HLP

.                           Kak Ita, Absha Atia and me
Disini penting sangat ada kawan2 yang support each other..kalau sorang2 nnti sesat jalan..
.
Selamat berkursus juga buat  perserta kursus HLP 2017/2019 yang lain.....isnyaAllah bakal juga menempuhi sejarah baru sebagai students nanti..semoga berjaya..
.

Lagu ni masih terngiang2 di telinga..rindunya saat2 disana..

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus satu.

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi mimpi kita ini

Jangan resah
Ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi mimpi kita

MENUJU KE BINTANG



No comments:

Post a Comment