Thursday 17 August 2017

TANDA-TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI


Demam denggi memang tak asing lagi buat rakyat Malysia. Semakin hari semakin bertambah bilangannya. Teringat beberapa tahun lepas , ada seroang anak murid yang bakal menduduki SPM terpaksa tinggal di hospital kerana virus denggi yang dihidapinya menyerang di bahagian buah pinggang serta saraf menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dengan baik. Rawatan perlu dibuat sehinggalah beliau semakin hari semakin pulih.

tanda demam denggi

Denggi adalah disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina. Cara sebarannya adalah memalui gigitan  nyamuk aedes orang yang telah ada virus denggi  kepada orang yang sihat.


Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

BAGAIMANA DENGGI BERJANGKIT


  1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
  2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
  3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
  4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
cara denggi berjangkit


TANDA-TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI


Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya
  10. sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)
  11.  gatal-gatal.

CIRI-CIRI KERADANGAN DEMAM DENGGI


1.Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.


2.Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit.


3. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.



tanda denggi


DENGGI MENYEBABKAN GANGGUAN FUNGSI HATI


Ujian Liver Function Test (LFT) darah boleh menunjukkan  gangguan fungsi hati. Ia adalah kesan daripada virus denggi dan jika tidak dikawal ianya boleh menyebabkan  pesakit mengalami masalah kesihatan dan jaundice. Bukan hanya pada ibu mengandung , tapi juga pada kesihatan baby di dalam kandungan.

Untuk makluman anda semua, kegagalan organ ini berfungsi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang tiada ubatnya. Jika kegagalan fungsi ginjal boleh diganti dengan dialisis. Tetapi kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang boleh mengambil alih tugasnya
Ujian fungsi hati mengukur paras enzim tertentu dan protein dalam darah. Perbezaan tinggi atau lebih rendah daripada tahap normal adalah menunjukkan masalah hati.

CARA NAIKKAN PLATLET DARAH PESAKIT DEMAM DENGGI












No comments:

Post a Comment