Saturday 5 August 2017

BAHAYA MAKAN JERING KEPADA BUAH PINGGANG BOLEH MEMBAWA MAUT

Assalamuaikum ..hai..

Korang pernah tak makan jering? Ke tak pernah pun tengok jering? kalau tak pernah tengok jering, meh akak tunjukkan gambar . Inilah rupanya jering. 

bahaya jering


Orang kampung mesti kenal kan. Akak pun memang pernah tengok jering ni . Bau dia punya la kuat. Kalah petai. Tapi sejak duduk kat Melaka ni, mak mertua selalu juga masak jering . Masak lemak dengan ikan parang. Pergghhhhh..sedap juga..kalau ada sambal belacan lagi la sedap.

Tapi rupanya jering ni ada bahayanya juga. Baru-baru ni akak ada terbaca satu artikel pasal jering. Terpanggil nak kongsi dengan korang. Maybe korang ada yang dah tahu. Kalau dah tahu kira ulangkaji la ye. Kalau tak tahu..bagusla ..boleh dapat info dari akak..hihi..

Menurut artikel yang akak baca tulisan Dr Mohd Syamirulah Rahim, beliau ada menerima pesakit yang mengadu saki yang amat sangat dibahagian perut dan kencing tidak lepas. Selepas diberikan IV Tramadol baru la sakit dia reda. Bila doktor tanya apa yang dia makan waktu siang sebelum tu, kataya dia ada makan jering rebus.

Doktor dapati dalam air kencing dia ada darah. Bila dibuat pemeriksaan ultrasound, tak da batu karang tapi buah pinggang dia bengkak. Bacaan kretinin pesakit dia pun naik sehingga 400 . Biasanya kalau bacaan normal ialah 100 jer. jadi fungsi buah pinggang dia dah semakin merosot. Kegagalan buah pinggang pesakit tersebut berpunca daripada pengambilan jering rebus. Mungkin jering tersebut tidak cukup rebus..tak masak ke camna ntah.. 

kalau korang nak tahu dalam jering ni ada bahan namanya  DJENKOLIC ACID. Ia bersifat toksik kepada buah pinggang. Nama penyakit ni ialah " Jering Nephropathy" atau "djenkolism". Daripada jurnal-jurnal perubatan, 96 kes Jering Nephoropathy tersebut , 4 kes telah meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang (Bunawan et al ,2014). Kes yang dilaporkan di Hospital Umum Sarawak juga ada satu kes dimana pesakit terpaksa menjalani prosedur "strenting" pada ke dua-dua buah pinggang. Di dapati ada jeli berwarna seperti sos di dalam uretra (salur kencing lelaki). Selepas strent dimasukkan barulah pesakit boleh kencing seperti biasa. 

Berikut adalah tanda-tanda yang mungkin korang akan alami kalau terkena Jering Nephropathy

1. kesakitan amat sangat di bahagian perut dan pinggang
2. kencing tidak lepas
3. air kencing bercampur darah

Walau bagaimanapun kes Jering Nephropathy ni jarang-jarang berlaku. Sebab tu ramai yang tak tahu. tapi lepas ni kalau dah ada simptom macam ni lepas makan jering, cepat-cepat la pergi hospital ye. Jangan dibiarkan sampai buah pinggang tu rosak sampai nak kena dialisis pulak.

Tapi kan..akak rasa ada sebab kut orang tua-tua tanam dulu jering sebelum masak. Kalau mak mentua kak tu, dia akan tanam jering sampai berbulan bulan, lepas tu baru dia masak lemak cili api dengan ikan parang. Dulu akak pun tak makan. Tapi sekarang dah pandai nak makan. nasihat untuk mereka yang memang ada malsah buah pinggang, sebaiknya elakkanlah makan jering mentah ataupun janganlah makan terus. banyak lagi makanan lain yang boleh kita makan. betul tak?

bahaya jering

Sedapnya jering masak lemak cili api


Anda mungkin mencari ....


No comments:

Post a Comment