Monday 17 July 2017

ABDUL BIN AHMAD DALAM KENANGAN

Hari ini genap setahun abah pergi tinggalkan kami semua. Biarpun setahun berlalu tapi aku rasa seperti abah sentiasa ada disisi. Terkenang wajah senyumannya yang manis. Abah seorang yang pendiam. Hanya berbicara bila ada ketika tapi kalau berbicara tentang politik boleh tahan juga abah berceloteh.
Dari kecil lagi kami memang takut dengan abah. Disebabkan abah tak banyak cakap macam mak, segala apa pun kami akan bagitahu mak. Takut dengan abah ,padahal abah tak buat apa pun. Sekali je abah jeling semua cabut lari, terutamnya bab sembahyang. Sekali cakap je  terus pergi solat. Kalau mak yang cakap sampai berbuih mulut pun tak gerak-gerak.
Semakin abah meningkat usia sikap abah yang sangat pendiam dan tak banyak cakap dengan anak-anak makin berubah. Semakin hari kami semakin rapat dengan abah. Selepas mak pergi mengadap Ilahi 19 tahun yang lalu , abah dapat isteri baru buat peneman hidupnya.

Terkenang kidah dulu-dulu masa Tuk Jam bagitahu abah nak kahwin lepas beberapa hari mak meninggal. aku tak dapat terima kenyataan abah  nak kahwin lagi..sebab pada aku mak baru je meninggal, kenapa abah cepat sangat nak kahwin? Kenapa Tuk Jam buat macam tu kat kami yang masih terasa kehilangan mak. Kubur mak masih merah tapi kenapa dah cari penganti.Kenapa?kenapa? Kenapa?

abdul bin ahmad
Maafkanku abah

Seminngu sebelum majlis abah berlangsung dengan isteri baru, aku dapat tahu Tuk Jam meninggal dunia. Aku bergegas balik dari melaka untuk jumpa tuk buat kali terakhir. Tuk pergi dalam keadaan mahu solat zohor . Dalam keadaan berwuduk dan bertelekung. Mudahnya tuk pergi meninggalkan kami. Alfatihah buat Hjh Jam binti Daud.

Disebabkan tuk baru saja meninggal dunia , maka aku buat keputusan untuk tidak balik masa majlis abah nanti atas alasan , baru je balik kampung masa tuk meninggal. Walaupun aku tak balik, majlis abah tetap berjalan seperti biasa tanpa aku yang degil. Aku tak sanggup nak tengok pengganti mak disisi abah.

Teruknya akuuu..adik beradik yang lain terima isteri baru abah seadanya sedangkan aku masih tak dapat nak terima . Tapi lama kelamaan abang aku , dia menjadikan aku lebih sedar akan kesilapan aku selama ni. Biasanya orang tak panggil mak pada ibu tiri..tapi abang Lee, mula panggil ibu tiri kami dengan gelaran mak. Lama kelamaan kami semua panggil mak pada isteri baru abah.
Subhanallah. Maha suci Allah, Dia adalah sebaik-baik perancang. Tuk Jam seumpama mengerti perjalanan abah selepas pemergiannya. Rupanya pilihan tuk Jam untuk jadikan mak salmah sebagai isteri abah adalah pilihanyang tepat.


teluk senangin

Kenangan terakhir abah bersama kami pada hari keluarga  di Teluk Senangin, beberapa hari sebelum abah meninggal dunia

Selama mak salmah bersama abah, dia buat kami adik beradik seperti anak kandungnya sendiri. Melayan kerenah kami dan cucu -cucu yang ramai seperti cucunya sendiri. Menjaga abah dengan baik . Ya Allah , syukur alhamdulillah Kau pertemukan abah dengan mak salmah . Abah happy dengan mak. Aku jauh dari abah, mana mungkin aku dapat menjaga abah seperti mak salmah dapat jaga abah. Aku tak sangka , mitos ibu tiri yang jahat dan sebagai perebut harta itu tidak benar sama sekali. kami dapat ibu tiri yang sangat baik.

Cucu abah di hari raya 2015.

 Anak Cucu cicit abah di hari raya 2016


Kesihatan, makan minum abah dijaga dengan baik ketika bersama oleh mak Salmah. Aku hanya mampu pulang kekampung sekali sekala kerana kejauhan untuk menziarahi mak abah. beruntunglah abah dapat isteri seperti mak salmah.

Hidup abah bersama mak salmah selama 18 tahun. Selepas abah kemalangan dilanggar lori , kesihatan abah semakin merosot. Hari demi hari mak jaga abah dengan baik dan penuh suka duka. Sehinggalah pada suatu hari, abah rasa kakiknya mula kebas kebas. Pada malam sebelum kejadian sedih, abang Lee bawa abah pergi mengurut . Malam tu abah sempat makan roti canai lagi. Waktu sebelum subuh , abah mengadu sakit pada mak, tiba tiba abah muntah dan jatuh tak dapat bergerak lagi.

hanya ada mak dengan abah kat rumah masa tu. Rumah sebelah, suami cik bonah bawa abah ke hospital. bermulalah detik sedih yang sukar dilupakan. Abah dimasukkan ke hospital Sungai Bakap. Ketika aku sampai , abah kelihatan sangat uzur. Sebelah badan abah mengherot kerana kesan tekanan darah yang tinggi. Abah tidak boleh bercakap lagi. Tapi abah masih  kenal kami.

abdul bin ahmad
Abah tak sedarkan diri


Selepas diberi penerangan oleh doktor, kami membuat keputusan untuk membawa abah pulang kerumah. Kata doktor, mereka pun dah tak boleh n ak buat apa-apa lagi melainkan bantuan oksigen . Kami yakin untuk bawa bah balik, lagipun kami ada nurse kat rumah, Kak Su yang boleh bantu jaga abah juga.  Kesedihan menyelubungi kami . Tiba-tiba kak pulak jatuh pitam kerana tidak tahan menahan kesedihan mengenangkan  nasib abah. Dan ketika itu juga mirul juga jatuh pengsan kerana terlalu stress menahan kesedihan. Keadaan pilu dan sendu memenuhi ruang hospital tu.

Abah tenat di hospital


Akhirnya abah dibawa pulang. Kami anak beranak sentiasa membacakan ayat ayat suci untuk abah. Malam kami bersilih ganti jaga abah. Keadaan abah makin kritikal. Sehinggalah pada hari isnin , selepas sahaja kami solat maghrib, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Diatas pangkuan mak salmah. Tidak ada air mata yang gugur ketika pemergian abah di atas pangkuan mak salmah. Mak sangat tenang. Setiap kali bisikan kalimah syahadah dibacakan ditelinga abah, setiap kali itu kami tidak dapat menahan sebak.

abdul bin ahmad
Abah Pergi dulu sebelum kami menyusul

Syukur alhamdulillah, abah pergi dengan tenang. Bila nyawa terpisah dari badan, kelihatan wajah abah yang mengherot kembali seperti asal. Wajah abah kelihatan sangat putih bersih. Seolah seolah sedang tidur. Aku rasa seperti nak peluk cium abah berkali kali. Ya Allah..semoga abah ditempatkan dikalangan orang orang yang solleh.
abdul bin ahmad

Proses memandikan dan mengkafankan abah diusaikan kami sekeluarga dibantu imam. Mandikan abah buat kali terakhir. Cium abah buat kali terakhir. Malam itu juga abah dikebumikan di tanah perkuburan di sungai Bakau. Hari  itu dapatlah faheimy menatap wajah tok wan dimasukkan kedalam liang lahad.kenangan buat anak cucu untuk kali yang mata yang berguguran. Tapi selepas abah dikebumikan , mak salmah mula rasa kehilangan. Setiap detik dan ketika mak akan sebut apa saja pasal abah. ternaya mak tak boleh dibiarkan bersendiri. Kerusi tempat abah duduk, katil tempat abah tidur, baju baju abah semuanya meninggalkan kenangan yang menghantui fikiran mak salmah. Badannya semakin kurus kerana hilang selera makan.
Begitulah cintanya seorang isteri kepada suaminya. Ya Allah terima kasih kerana kau kurniakan kami seorang ibu tiri yang sangat mencintai abah kami dan sanggup berkorban demi abah kami. Ya Allah kau kurniakanlah kesihatan yang baik buat mak salmah kami dan Engkau bahagiakanlah dia di dunia dan diakhirat.

abdul bin ahmad


Kini aku mengerti, setiap apa yang Allah aturkan kepada setiap hambanya pasti ada sebab dan hikmahnya .Kita sebagai hambaNya harus terima dan redha akan ketentuan Ilahi. Biarpun abah telah pergi  buat selamanya , biarpun mak salmah tidak punya anak darah daging sendiri, tapi kami tetap menganggap mak salmah seperti mak kandung kami sendiri. Syukur Alhamdulillah.



Alfatihah buat Abdul bin Ahmad
( 19.7.1937- 18.7.2017)








Monday 10 July 2017

APA ITU SUPLIMEN? PANDANGAN DARI SEORANG PAKAR BEDAH

"Dulu dulu saya seperti doktor doktor yang lain juga. Hanya percaya pada ubat-ubatan. Mana mungkin suplimen boleh menyembuhkan penyakit padahal ubat ubatan gagal?"

Itulah pendapat seorang doktor pakar bedah Dr. Shazly Safian M.D.(Unimas),M Surg(UKM). Pakar Bedah Am, tentang suplimen. Tapi itu dulu sebelum beliau mendalami tentang suplimen. beliau menceritakan pengalamannya apabila pesakit bertanya tentang suplimen.

Dr Shazly Safian


Dulu beliau tidak ada ilmu tentang suplimen. Bila pesakit tanya , beliau akan kata tak tahu atau tak boleh sebab nanti kalau kata boleh , dia makan, apa-apa jadi doktor juga yang susah. So jawapan senang ialah , tak boleh. Doktor Shazly juga kadang kadang sibuk . Pesakit yang ramai nak dilayan, jadi masa tambahan adalah sangat terhad dan tiada ilmu buatkan mereka memberi jawapan standard " tak boleh, jangan, bahaya".

kata beliau lagi , suplimen ada banyak jenis dan ada suplimen yang memang bahaya. Jadi bila pesakit kata "suplimen" dan bagi para doktor yang tidak tahu apa-apa berkenaan suplimen , melainkan maksud suplimen itu sendiri iaitu makanan tambahan, maka sudah tentu jawapan yang diberikan adalah tidak boleh. Jadi disebabkan ada suplimen yang merbahaya, maka dibelasah semua supliemen adalah bahaya untuk dimakan.

Namun bila dipelajari, suplimen ternyata mempunyai fungsinya tersendiri dan amat penting untuk seseorang pesakit. Sebagai contoh kegunaan omega 3 bagi pesakit di ICU . Tapi itu topik lain.Kata beliau. Bagi Dr Shazly lagi , beliau menyarankan kepada SID agar terus membantu lebih ramai orang untuk mengamalkan memakan suplimen Shaklee. Anda tidak perlu takut kerana semua suplimen shaklee melalui kajian tersendiri dan mereka juga mempunyai para doktor tersendiri. Moga kita semua dapat membantu lebih ramai orang mendapat kesihatan yang lebih baik.


DISCLAIMER
THE OPINIONS AND VIEWS EXPRESSED IN THIS ARTICLE ARE THE AUTHORS OWN AND DO NOT REFLECT THE VIEW OF MINITRY OF HEALTH.

Sumber: Himpunan Testimoni Supermom Shaklee Story (HT3S) Volume 3

HT3s