Monday, 17 April 2017

3 GOLONGAN PENDERITA SAKIT LUTUT DAN SENDI AKIBAT SALAH PILIH RAWATAN



Sakit sendi dan lutut memang sangat memeritkan. Sukar untuk bergerak, apatah lagi nak berjalan jauh atau mendirikan solat dengan sempurna. kaki tak dapat dibengkokkan 90 darjah ketika solat . Alangkah ruginya jika masalah ini tidak dapat diatasi segera. Ia mungkin menyebabkan kehidupan terbatas dan ibadah juga tidak dapat dijalank dengan sempurna. Berbagai langkah telah diambil oleh penderita sakit sendi dan lutut . Antaranya ialah berurut , berbomoh ,“sese” dan bedah “batin”. 

SAKIT SENDI DAN LUTUT





Masalahnya ialah sakit lutut tidak juga berkurangan malah semakin teruk saban tahun. Dah pergi ke Klinik Swasta, Klinik kerajaan, hospital swasta ataupun hospital kerajaan  memang sudah puas dan jemu dengan memakan ubat penahan sakit tetapi sakit lutut tetap semakin teruk. Berjumpa pakar doktor orthopaedic juga tidak mampu mengurangi atau membaik pulih sakit lutut malah rawatan tetap dengan ubat NSAID (penahan sakit).Akhirnya, penderita sakit lutut berkesudahan dengan 3 keputusan akhir ini.


3 GOLONGAN PENDERITA SAKIT LUTUT DAN SENDI



GOLONGAN 1: BERSERAH PADA TAKDIR

Kumpulan yang pertama adalah yang sudah kecewa dan menerima sahaja hakikat bahawa sakit lutut sebagai takdir untuk mereka. Yang pasti meraka ini telah berusaha semua cara-cara diatas tetapi tidak mahu melakukan pembedahan tukar lutut palsu. Mereka ini bertahan dengan memakan ubat penahan sakit sahaja dan biasanya juga mereka ini akan mengalami sakit gastrik juga sebagai kesan sampingan dari ubat penahan sakit tersebut.



GOLONGAN 2: TERPERANGKAP DENGAN STEROID



 Ini sering terjadi apabila pergi keklinik-klinik swasta yang kurang bertanggungjawab dan pesakit lutut akan diberikan suntikan 'steroid' yang kuat seperti 'Diprospan'. Pesakit lutut akan berasa kuat dan lebih sehat untuk tempoh 3 ke 4 bulan dan selepas itu sakit bertambah kuat lagi. Setelah 3 ke 4 kali suntikan pasti keadaan pesakit akan mula berubah dengan berbagai komplikasi. Ada juga sebahagian pesakit yang diberikan steroid oleh 'Sinseh' ataupun memakan ubat-ubat sakit lutut yang di jual dikedai-kedai cina ataupun ramai juga yang mengambil steroid melalui jamu-jamu tempatan atau dari Indonesia yang tiada kelulusan KKM. Kumpulan ini biasanya lebih malang dengan berbagai -bagai penderitaan seperti kencing manis dan darah tinggi yang  tidak terkawal dan sakit lutut yang lebih teruk.



GOLONGAN KE TIGA : PEMBEDAHAN TKR (Total Knee Replacement Therapy").


BEDAH LUTUT

Biasanya mereka yang terlalu tua ataupun terlalu gemuk tidak sesuai untuk pembedahan TKR. Setelah  pembedahan mereka tidak boleh lagi membengkokan lutut mereka lebih dari 90 darjah . Ada juga kumpulan ini yang kurang bernasib baik dengan terpaksa menjalani pembedahan berulang 2 ke 3 kali kerana berbagai komplikasi seperti infeksi, screw terbuka/longgar, alat dislocated atau berbagai lagi alasan. Kos rawaatn TKR ini adalah mahal dan boleh mencecah RM 20 ribu ke RM 40 ribu untuk sebelah lutut. Kesakitan setelah TKR hanya akan diberi ubat penahan sakit juga.



Sebenar nya sakit lutut tidak seharusnya melalui atau sampai kepada salah satu daripada tiga kumpulan diatas sekiranya pemahaman punca sakit lutut, langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang betul dapat dilakukan dari peringkat awal.

MESTI BACA: Ikuti bagaimana penderita sakit lutut dan sendi berjaya mengatasi masalah mereka dengan cepat dan selamat .DISINI

0 comments:

Post a Comment