Tuesday, 6 June 2017

BOLEHKAH WANITA HAMIL TIDAK BERPUASA ?

Jom kita baca , apakah hukumnya wanita hamil tidak berpuasa di bulan Ramadhan. 



Al - Lajnah Ad -Daimah lil IFta' ditanya: 

"Apakah ada rukhsah (keringanan) bagi wanita hamil di bulan puasa tidak berpuasa? Jika ada rukhsah itu  baginya, apakah itu berlaku pada bulan-bulan tertentu sahaja di masa hamil yang umumnya sembilan bulan itu.. Atau adakah rukhsah itu hanya berlaku pada masa hamil? Jika rukhsah itu ada baginya, apakah wajib qadha baginya atau boleh memberi makan kepada orang miskin dan berapakah jumlah makanan itu? Kami tinggal di daerah yang panas, apakah puasa itu dapat memberi pengaruh terhadap wanita hamil?

Jawapan: Jika seseorang wanita hamil merasa bimbang berlaku bahaya kepada dirinya atau janinnya jika dia melaksankan pusa di bulan ramadhan , maka hendaklah dia tidak berpuasa, tetapi wajib baginya menggantikan puasa itu sama ada tinggal di daerah panas ataupun di daerah sejuk . hal tiu tidak dibatasi pada umur kehamilan tertentu kerana sama kedudukannya dengan orang sakit seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan( lalu dia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari lain.

Surah Al-Baqarah ayat 184

Dipetik daripada 
1001 Soal Jawab Agama ,
Umat bertanya Ulama menjawab
Syaikh Muhammad Bin Ibrahim asy- Syaikh et al.
Terbitan Cahaya Raudah ,2013


Bagaimana ibu mengandung kekal bertenaga dibulan ramadhan? KLIK SINI

CARA TAMBAHKAN TENAGA IBU HAMIL KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum. Salam 12 Ramadhan. Syukur alhamdulillah kita masih dipinjamkan nyawa untuk terus berada di bulan Ramadhan Kareem. Apa khabar ibu-ibu sekalian? Ada ke pembaca coretan akak ni yang mengandung? Alhamdulillah. Sepanjang bulan ramadhan , insyaAllah kita bersungguh-sungguh mengejar barakah yang ada di dalamnya , yang tidak terdapat di bulan-bulan lain. Bagaimana perasaan adik-adik yang mengandung semasa berpuasa?

Akak pun ada pengalaman mengandung semasa berpuasa. Tidak dinafikan, memang penuh cabaran ketika berpuasa terutamanya ketika 3 bulan pertama mengandung. Dulu akak mengalami alahan teruk sehingga tak lalu nak makan dan asyik muntah-muntah dan loya. Badan mula kurus dan tak bertenaga. Kalau boleh nak tidur je. Ada hari-hari akak terpaksa meninggalkan puasa kerana tak tahan dengan alahan.

Beberapa pakar perubatan berpendapat yang berbeza mengenai wanita hamil meneruskan ibadah puasa atau meninggalkan puasa sepanjang kehamilan. Ada doktor menyarankan agar wanita hamil boleh meninggalkan puasa seandainya mereka merasakan diri mereka tidak mampu untuk  menahan alahan atau bimbang tentang masalah janin mereka.


Semasa ibu hamil , kita memerlukan dua kali ganda lebih nutrien daripada biasa kereana ia perlu disarukan kepada bayi dalam kandungan yang sedang membersar. Tetapi , cara penyediaan makanan pada hari ini menyebabkan kebanyakan nutrisi seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat diserap oleh tubuh badan kita. Ini menyebabkan badan terasa semakin lemah dan lesu kerana tidak cukup nutrisi. Akhirnya mereka mengalami kekurangna zat dan anemia.

Hari ni akak ingin mencadangkan kepada ibu-ibu hamil sekelian untuk mencuba set ibu hamil ini sebagai persediaan untuk membekalkan nutrien yang sempurna kepada ibu-ibu dan bayi dalam kandungan. Disamping merebut peluang beribadah berpuasa penuh dibulan ramadhan.
Set vitamin-vitamin ini telah digunakan oleh beribu-ribu ibu mengandung dan mereka yang memberi feedback positif telah  mengakuinya.

SET IBU MENGANDUNG

 Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.


Multivitamin yang tebaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darahmerah.Mengelakkan dari HB rendah.



Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D..Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas-kebas atau cramp.Ostematrix adalah vitamin paling laris bukan sahaja ibu mengandung malahan sesiapa yang mencubanya pasti jatuh hati dengan hasilnya.Ostematrix sangat membantu agar tulang bayi lebih kuat dan mengelakkan si ibu mengalami osteophorosis

4.B-Complex – Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.



5. ESP 

Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.


Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER 2 dan 3

Ibu-ibu masih boleh meneruskan vitamin yang disenaraikan di atas ,cuma penambahan vitamin seperti 

 Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.

BOLEHKAH WANITA HAMIL TIDAK BERPUASA DI BULAN RAMADHAN? klik sini
Untuk mendapatkan khidmat nasihat pemilihan vitamin yang sesuai dimakanan dan cara pemakanan vitamin yang betul anda boleh hubungi nombor ni

Kak su
www.wasap.my/60108798077

Kelebihan akak dalam berkongsi pengalaman mengandung anak seramai 5 orang dan berpantang dengan kaedah traditional sehingga masih boleh mengekalkan berat badan seperti anak dara .

Untuk mendapatkan harga istimewa anda boleh register sebagai ahli makan sendiri . Dah tentu anda boleh berjimat .



Wednesday, 31 May 2017

7 TIPS BERJIMAT KE PASAR RAMADHAN

Menarik sangat makanan kat bazar ramadan. Kalau di Masjid Tanah, Bazar Ramadhan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Macam macam makanan ada. Memang rambang mata . Kalau tengah lapar lagi la rasa membuak buak je nak beli. Nampak je nak. Lagi pulak kalau bawa anak. Macam-macam dia tunjuk minta beli. Padahalnya masa berbuka , mana la perut kita ni nak boleh makan semua kan. Kang jadi macam ular sawa kekenyangan. Nak pergi solat terawikh pun dah jadi malas. Sebab perut dah terlampau kenyang.

Hari ni jom kita cuba amalan ni sebelum kita pergi bazar ramadan. InsyaAllah memang berkesan.



7 TIPS KE BAZAR RAMADAN
---------------------------

Berikut adalah tips untuk elak terbeli makanan atau minuman yang tidak sepatutnya.
.
1. Rancang apa yang mahu dibeli dari awal.
 Tulis apa nak beli. Selalunya kita dah tahu dah kat mana kedai yang sedap mana yang biasa-biasa   saja. So kita target nak pergi kat situ jer.
.
2. Sediakan wang secukupnya sahaja.
Agak-gak la berapa ringgit makanan yang kita rancang tu. Jangan bawa banyak-banyak nanti selagi ada duit selagi tu nak beli semua.
.
3. Beli apa yang dirancang. Yang tiada dalam senarai hanya sesuai dipandang sahaja.
Dah rancang nak beli apa, jangan la dok beli apa yang diluar perancangan. Pejam mata jer jangan pandang. Kalau berkenan juga , simpan untuk esok pulak. nanti masuk list makanan tu dalam menu selepas ni.
.
4. Utamakan yang semulajadi. Bukan makanan yang diproses.
Ini memang betul. Elakkan dari beli makanan diproses  macam burger, nugget dan yang seangkatan degannya. Beli yang segar macam kerabu ke, jus buah ke. Lauk lauk yang kurang minyak dan lemak pun bagus dielakkan
.
5. Elakkan makanan 'deep fried'.
Ketika perut kosong keradangan disebabkan oleh makanan deep fried melampau bahayanya. Ini kalau anak tengok memang suka la. Expecilly kentang goreng. Memang bawa lari jauh jauh dari pandangan depa.
.
6. Jauhi makanan atau minuman yang diletakkan pewarna.
Ia akan jadi bom jangka mengundang bahaya pada tubuh dan otak.
Kalau kat rumah , saya suka beli buah dan blend sendiri. Buah tembikai , jus oren. Lebih baik dari air manis-manis yang macam-macam warna tu.

7. Jauhkan diri dari makanan manis yang bukan manis semulajadi.
Manis yang ditambah. Manis datang dari racun putih iaitu gula. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.

Semoga perkongsian ni bermanafaat untuk yang membaca. Kita utamakan kesihatan berbanding utamakan  selera tekak.

Mencegah lebih baik dari merawat.



Nak tahu cara kuat bertenaga di bulan puasa? KLIK SINI

Thursday, 18 May 2017

MAKAN BURGER TINGKATKAN RISIKO DIABETES?

 Sekali kita makan makanan segera seperti burger saiz besar, piza dan kentang goreng sebenarnya sudah cukup untuk meningkatkan kandungan lemak tepu dalam hati dan menyebabkan resistensi insulin. Ia menyebabkan tanda tanda awal diabetes. Kalau nak makan juga pilih sai saiz hidangan yang kecil dan tanpa kentang goreng. kalu lapar juga elok la cari makanan tinggi serat seperti buah atau salad.

kesan makanan segera


Ada satu info yang akak pernah dengar di radio IKIM, kalau nak goreng kentang jangan gunakan sushu terlampau tinggi sebab kentang goreng yang dimasak pada suhu yang sangat tinggi  akan mengeluarkan lebih banyak toksin dari kentang tersebut. Dan kalau nak goreng kentang make sure kentang tu dah di nyah beku sebelum goreng. Kalau goreng dengan kentang yang masih keras berais juga berisiko toksin yang tinggi. Semuanya tu punca kepada penyakit-penyakit kronik macam kanser.

Nak tahu cara elak kaki dipotong kesan diabetes? KLIK SINI

Wednesday, 17 May 2017

DIARI HIDUP SEORANG GURU TUA

Hari ini seluruh warga guru meraikan sambutan hari guru. 16 Mei tarikh keramat dan istimewa untuk guru-guru .Tapi kali ni
Nak kerja apa lepas habis belajar?

Jadi cikgu? Oh tidak!..tak minat langsung..
.
Tapi lepas je berkahwin dengan
Noor Azally Mohamad tetiba dia minta jadi cikgu. Akhirnya terpaksa ku ikut
.
Bermula dari Maktab perguruan Perempuan Melayu Melaka, segalanya bermula. Selesai KPLD aku terus dihantar ke Sekolah menengah Kebangsaan Rahmat ( 3.1.1998)
orang pertama aku jumpa Halimaton Kamarudin . Teman inspirasi, teman mendengar masalah, teman masak bagi aku makan... Masuk je sekolah tu aku diberi tugas mengajar fizik. Alamak..subjek yang paling aku benci masa kat sekolah dulu. Kenapa la aku kena ajar ni.
Ambil alih kelas dari guru yang berpindah. Kena ajar math tingkatan 4..math tingkatan 5 fizik tingkatan 4 fizik tingkatan 5, sains tingkatan 2. Ya Allah rasanya nak pecah kepala.aku fikir nak mengajor. Biasa menangis sebab kena ajor fizik..haha..

Atas keprihatinan cik Hjh Norsipah akhirnya tugas dikurangkan , ajar fizik form 4, form 5 sains form 1, form 2. Tapi fizik tetap tak boleh bagi irang lain..haha..
Tapi time mengajar fizik memang paling win. Mana aku pergi buku fizik sentiasa jadi teman. Balik kampung bawa buku fizik study dalam kereta. Sepanjang nak mengajar setiap bab aku siapkan nota ringkas guna OHP( sekarang dah cangggih pakai LCD)..dan masih ada sampai sekarang..aku terkenal dikalangan pelajar2 kelas aliran sains..sebut je nama cikgu suhaila..oooo..macam "rimau" mujurla aku ni tak makan orang..haha

Banyak pengalaman manis dan pahit kat sekolah rahmat. Tempat dimana kerjaya aku bermula. Tempat aku mula jatuh cinta..oppss..jatuh cinta dengan fizik..hihi..dulu menci tapi sekarang dah sayang sangat.bermula episod jadi guru disiplin. Eh..ketot aku pun orang soh jadi guru disiplin...dah la tu , lama pulak jadi guru disiplin kat sana.
.
Selepas 12 tahun mengajar kat Rahmat , nak beralih arah. Minta pindah. Tak diluluskan. Next ..minta lagi..lulus..yeiii..dapat sekolah dekat dengan rumah. Laluan harian aku depan sekolah ni. Tak sangka kena ajar sini plak..
.
1 Disember 2010 mula mendaftar disekolah Menengah Ghafar Baba. Orang pertama ku jumpa disana.
Suzaini Samsuddin. Guru PJK
Masuk SGB ..tetap dan berpencen mengajar fizik. Satu lagi kejutan budaya..dari sekolah biasa biasa..masuk sekolah Kluster. So perangai mengajar sekolah lama masih terbawa2.
Garang? Tegas? Itu sudah semestinya..masih disuruh pegang jawatan Guru pengawas..guru.disiplin sampai menjejakkan kaki keluar dari sekolah tu.
Dunia guru penuh cabaran. Kau dibenci dikutuk oleh anak.murid, kau dimarahi ibu bapa, kau diugut pelajar..kes polis? Namun masih ada yang sayang...
Semua itu asam garam . Bila dikenang kenang semuanya sudah menjadi sejarah.
.
Semuanya adalah kenangan manis yang tidak pernah luput dari ingatan. Dulu aku tak nak jadi cikgu tapi sekarang jiwa guru dah sebati dalam jiwa aku.
.
Bahagia melihat kejayaan anak anak didik . Syukur alhamdulillah. Hari demi hari usia makin bertambah. Suatu hari nanti pastinya aku bakal bergelar jenazah. Seandainya ada sebaris ayat dari aku yang masih anak anak.muridku amalkan..semoga ia menjadi bekalan untuk aku disana nanti.

hari guru 2016
Kenangan Dihari Guru 2016 bersama cikgu Khadijah Risip

.
5 September 2016 aku tinggalkan dunia sekolah. Rezeki aku dijemput untuk menyambung pengajian. Di sini..UKM menjadi rumah kedua aku. Bersama teman teman guru yang senasib dengan aku. Dunia berbeza dan penuh kisah suka duka. 1 tahun bakal selesai menanti 1 tahin berbaki.
Hari ni kami semua tak sambut hari guru. Walaupun sedih tapi apakan daya. Sedar diri sikit ko bukan cikgu tapi student..hihi..
.
2 tahun sekolah ditinggalkan , selepas ni dimana hala tuju aku? Hanya Allah yang tahu.
SELAMAT HARI GURU kepada semua teman2 guruku sekelian. Semoga semua guru guru dalam dunia ini sentiasa dibawah payungan Allah. Diberkati usia mereka dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat..
Hari ni genaplah 19 tahun 4 bulan aku bergelar guru


ruangan guru mingguan wanita


Diberi peluang memenuhi ruangan Guru dalam majalah
Mingguan Wanita
30 Dis - 5 jan 2017
Page 36



Monday, 24 April 2017

FIBROID SEBESAR 10 CM MENGECUT AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 16: NURHAYATUL NIRA
[ACTIVE FYBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL]
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas.
.
Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda Ismail (SID 866459) tentang penat dan sakit-sakit badan yang saya alami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin c dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna.
.
Bagaimanapun, saya mendapat "kesan sampingan" daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di kala anak bongsu saya waktu itu berumur 5 tahun. Saya tidak langsung merasa penat di awal kehamilan sedangkan ketika itu saya berada di dalam lawatan kerja di sekitar United Kingdom selama 2 minggu.
Pasangan mana yang tak gembira bila dikhabarkan tentang zuriat yang bakal mereka timang. Bertambah gembira pada waktu scan, doktor mengatakan ada 2 kantung di situ!
.
Namun, selepas detailed scan dilakukan, doktor mengesahkan, kantung itu bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Malang sekali ianya adalah cyst sebesar 5.2 cm. Tidak mahu putus asa, kami mendapatkan nasihat pakar seterusnya. Lebih memilukan, rupa-rupanya ia bukan cyst, namun active fibroid yang sebesar 6.7 cm kini berada dalam kandungan saya. Doktor menasihatkan agar saya melalui pembedahan caesaeran berikutan saiz fibroid yang semakin membesar dan membahayakan diri saya.
.
Saya tak mahu putus asa. Saya selalu mendengar kehebatan tonik ajaib di wall sahabat saya. Saya nekad mencuba di atas risiko sendiri. Maka bemulalah episod saya dan Vivix. Ketika check up keempat, saiz fibroid hampir 10 cm dan saya teruskan ambil Vivix dengan konsisten dan yakin. Sahabat saya turut mencadangkan Omega Guard yang bertindak anti-radang sebagai menggantikan Vivix.
.
Alhamdulillah, pada 19 December 2016, checkup dengan pakar menunjukkan fibroid mengecil kepada 4.7 cm. Checkup terakhir pada Januari 2017 pula, pakar mengesahkan saiz fibroid ialah 4.2 cm dan lebih menggembirakan saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan kerana kepala bayi pun telah engaged.
.
Mengimbas kembali detik-detik kelahiran anak keempat saya. Kelahiran yang mudah dan paling cepat pernah saya rasakan. Pagi itu, saya mengalami kontraksi dan laluan cuma 2cm. Saya sempat bersolat jemaah Maghrib di masjid sebelum ke hospital malam itu. 9 malam, saya didaftarkan di Hospital Serdang. Saya sudah bersedia untuk melahirkan pada jam 9.30 malam.
Akhirnya pada 10:05 malam, 29 Januari 2017, lahirlah Ainur Mardhiah binti Abdul Muttalib ke dunia.Tanpa pembedahan, tanpa sebarang koyakan. Alhamdulillah.
.
Selepas je bersalin, saya terus minum 3 sudu Vivix supaya lebih bertenaga dan mahukan recovery yang cepat. Pada 30 Januari 2017, jam 6.30 pagi, doktor memeriksa saya dan akhirnya dibenarkan discharge pada jam 10 pagi itu juga. 13 jam sahaja di hospital, rekod untuk kelahiran semua anak-anak saya!
.
Saya masih lagi berpantang ketika testimoni ini ditulis, berpantang sendiri sambil menguruskan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kita sendiri yang memudahkannya dengan pengambilan suplemen yang betul dan berkualiti.
.
Terima kasih kerana dipertemukan dengan suplemen yang sangat berkualiti ini.

Friday, 21 April 2017

CARA MODEN MENGECUTKAN CYST TANPA PEMBEDAHAN


Cyst di rahim wanita. Bagi isteri ,apabila mereka mengetahui kehadiran cyst di dalam rahim mereka, mungkin perasan wanita tersebut bercampur baur antara sedih dan malu dan ada yang tertekan . Mungkin layanan suaminya juga semakin pudar terhadapnya. Dapatkah anda membayangkan apabila suami mendekati isterinya  pada waktu malam dengan perut yang membesar bukan berisi bayi didalamnya?
ovarian cyst

Bagi anda yang sedang mencari-cari kaedah untuk mengecutkan  cyst ini dan mengembalikan kesihatan dan kesuburan , saya syorkan supaya anda mencuba VIVIX dan GLA.

Kenapa saya syorkan VIVIX dan GLA?
Vivix dan GLA adalah suplimen , bukannya ubat. Ia tidak mengandungi bahan terlarang atau bahan sintetik untuk menahan sakit. Ia merupakan suplimen yang di akui secara sintifik semulajadi, berkesan dan selamat digunakan walaupun dalam jangka masa panjang 10 ke 20 tahun keatas. Menurut kajian LANDMARK STUDY, semakin konsinsten pengguna menggunakannya , tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang mengamalkan suplimen lain.
Vivix
Vivix mengandungi antioksida yang sangat tinggi. Biasanya anti oksida memang wujud dari dalam tubuh kita. Tetapi apabila usia kita semakin bertambah, antioksida di dalam badan tidak dapat melindungi tubuh dari kesan radikal bebas yang menyerang kedalam sel kita setiap hari.

Dengan kehadiran aktioksida di dalam vivix dapat memberi pendinding yang kuat dalam menghadapi kesan radiasi dari luar serta dapat memelihara sel-sel di dalam badan dari  teroksida.
Vivix juga sangat membantu untuk membuang toksin sehingga ke tahap sel. Ia membantu membaiki sel sel badan yang telah rosak dan sel yang tidak berfungsi sepenuhnya. Toksin dapat disingkirkan dari dalam organ seperti hati, ginjal atau buah pinggang.

Vivix akan bertindak untuk memberikan tenaga kepada sel badan yang lemah. Pengambilan ubat tahan sakit ketika ketika serangan kesakitan akibat cyst akan menyebabkan kerosakan sel bertambah dan menganggu sistem badan.

Disebabkan kejadian cyst ini melibatkan sel. Maka sangat sesuai sangat jika vivix diamalkan untuk mendapatkan sel yang sihat .
Bagaimana GLA Complex membantu merawat cyst?





  • GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan badan untukmembentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal. 
  • Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus merawat masalah cyst anda.


Bukan setakat Vivix dan GLA sahaja tetapi set vitamin Shaklee memang diperakui hinggakan ada landmark study. Malah doktor sendiri memperakui keberkesanan vitamin Shaklee.


MESTI BACA: TESTIMONI-TESTIMONI MEREKA YANG BERJAYA KECUTKAN CYST TANPA PEMBEDAHAN

TESTIMONI CYST KECUT SELEPAS MINUM VIVIX

cara kecutkan cyst
Kelainan sel pada ovari juga boleh mengakibatkan kanser ovari. Doktor sahkan kanser ovari sudah clear.

cara kecutkan cyst

Haid yang tidak teratur boleh menyebabkan risiko terjadinya cyst. Period yang teratur membantu anda sihat dan bebas dari cyst.
cara kecutkan cyst
Minggu lepas cyst 10 cm, doktor yang mengesahkan cyst mengecil menjadi 9cm selepas sebotol vivix

cara kecutkan cyst
Doktor buat O& G dan cyst sudah tidak ada. Dan disahkan hamil selepas cyst mengecut. Alhamdulillah

cara kecutkan cyst
Saya punya kitaranhaid dah lancar. haid saya dah keluar dua bulan berturut-turut. Dulu bertahun tahun  memang amazing. Saya harap breast lump saya akan mengecil


Nasihat saya kepada anda yang mengalami masalah cyst, sila bertindak segera . Sendainya anda mengalami masalah senggugut, masalah period tidak teratur, mengalami sakit dibahagian peranakan dan sakit ketiaka bersama dengan suami, sila amalkan vivix dengan segera sebelum masalah anda semakin parah.

Untuk mendapatkan vivix dengan segera sila

 


UNTUK HARGA YANG LEBIH BERBALOI

PUNCA DAN JENIS JENIS CYST YANG WAJIB ANDA TAHU

Saban hari ada saja kawan kawan rapat atau saudara mara jauh atau dekat dikhabarkan dengan  cyst.Ada yang masih muda belasan tahun pun dah di sahkan ada cyst.  Bagi isteri ,apabila mereka mengetahui kehadiran cyst di dalam Rahim mereka, perasan wanita tersebut bercampur baur antara sedih dan malu dan ada yang tertekan . Mungkin layanan suaminya juga semakin pudar terhadapnya. Dapatkah anda membayangkan apabila suami mendekati isterinya  pada waktu malam dengan perut yang membesar bukan berisi bayi didalamnya?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cyst jom kita baca apa itu cyst? Bagaimana cyst boleh berlaku? Siapa berisiko untuk mengidap cyst? Diharap agar info ini dapat membantu anda yang mengalami masalah cyst.
Ada yang kata , di dalam  cyst itu terdapat cecair sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak dan lemak, lendir. Ianya juga boleh disertai dengan daging yang mungkin kanser, rambut, cartilage atau tulang. Walau bagaimana pun, bagi mengenalpasti apakah jenis cyst anda, sudah pasti anda perlu mendapatkan pengesahan daripada doctor yang mungkin akan menjalankan pemeriksaan terlebih dahulu.

APAKAH JENIS JENIS CYST?
1.FUNCTIONAL CYST
a.Follicle cyst terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepaskan ovum. Ia terus berkembang dan membesar.
b. Luteal cyst pula berlaku apabila ovum telah dibebaskan tetapi kantung pula membesar . namun ia akan hilang dalam beberapa minggu tetapi ada juga kes yang membesar melebihi 5cm. Ia boleh membesar dan pecah yang menyebakan kesakitan.

Kedua dua Cyst jenis ini mudah hilang dalam masa singkat 1- 3 bulan. Ia dikategorikan sebagai fuctional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau ketika ovulasi.




             Luteal Cyst                                                    Follicle cyst

2.ENDOMETRIOMA (chocolate cyst)

Ia biasanya terjadi keatas wanita yang mempunyai masalah endometriosis. Ia terjadi apabila endometrium (tisu lapisan Rahim) tumbuh diluar Rahim. Ia menyebakan kesakitan semasa kitaran haid atau semasa hubungan suami isteri. Endometriosis tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi penyebab utama kemandulan wanita.



3.CYSTADENOMA

Cyst ini terbentuk daripada sel sel permukaan luar ovari. Ia menyebakan kesakitan. Cyst ini dipenuhi dengan cecair kekuningan dan pekat dan mampu membesar.


4.DERMOID CYST

Ia mengandungi pelbagai jenis tisu primitive seperti bahan lemak, rambut ,gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Ia mampu membesar dan menyebabkan kesakitan.



5.POLYCYSTIC OVARI

Ia juga dikenali sebagai PCOS yang disebabkan oleh timbunan cyst cyst kecil yang berganda akibat ketidakseimbangan hormone. Ia terjadi pada wanita yang mempunyai masalah dalam kitaran haid yang tidak teratur.


APAKAH PUNCA PUNCA CYST?

1.      Parasit Cyst

2.    Tumor

3.     Keadaan genetic

4.    Jangkitan( infections)

5.     Embryo tidak membesar dengan sempurna

6.    Kecatatan sel sel

7.     Keadaan radang yang kronik

8.     Penyumbatan saluran dalam badan menyebabkan pembinaan cecair

9.    Kecederaan yang menyebabkan saluran pecah

10.  Faktor persekitaran

11.    Pemakanan
ADAKAH CYST PERLU MENJALANI PEMBEDAHAN?

Dr Zubaidy  di dalam penulisannya menyatakan bahawa Ovarian cyst bukanlah bersifat penyakit . Setiap kali wanita normal mengalami haid, ovari akan membentuk gelembung yang dipanggil sebagai ovarian folikel. Disitu terdapat benih wanita yang dipanggil ovum. Selepas ia dikeluarkan melalui darah haid, sepatutnya ovarian folikel ini mengecut. Tetapi ada sesetengah dari wanita yang ovarian folikelnya tidak mengecut dan membesar melebihi 2cm dan ia dipanggil ovarian cyst.

ADAKAH OVARIAN CYST MERBAHAYA?

Menurut Dr Zubaidy lagi, 95% dari ovarian cyst ini tak merbahaya dan ia bukan penyakit kerana ia merupakan sifat semulajadi bagi fisiologi wanita.

BILAKAH PEMBEDAHAN OVARIAN CYST DI LAKUKAN?


pembedahan cyst


Ovarian cyst kadang -kadang ia boleh membawa kemudaratan apabila pesakit tersebut mengalami sakit dibahagian bawah abdomen, sakit pada payudara ,rasa letih , masalah kesuburan dan sakit kepala. Menurutnya lagi tidak semua ovarian cyst perlu dibuat pembedahan pembuangan ovari kecuali

A.   ovarian cyst berlaku pada kedua-dua ovari

B.    Saiz cyst itu melebihi 5cm

C.    Ovarian cyst tidak mengecil walaupun telah mengalami kitaran haid 2- 3 kali

D.   Ultrasound menunjukkan ia bukan ovarian cyst biasa

E.    Pesakit mengalami ketumbuhan ovarian dan disamping itu pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid  langsung, pesakit adalah gadis remaja, pesakit telah menopause , pesakit mengambil pil perancang.

Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari dan kesuburan masih dapat dikekalkan. Walubagaimanapun ketumbuhan ovarian cyst masih boleh berulang .


Bagi anda yang mencari -cari cara untuk mengecutkan cyst tanpa pembedahan sila KLIK DISINI


Tuesday, 18 April 2017

CARA VIVIX MEMBANTU MENGURANGKAN KETAGIHAN MEROKOK

  Assalamualaikum . Hari kak su nak share bagaimana vivix membantu anda yang cuba sedaya upaya hendak merokok.Bila dah baca kelebihan vivix ini , pastinya anda lebih yakinbagaiman vivix boleh bantu anda yang hendak berhenti merokok



Bagaimana Vivix Bertindakbalas membantu berhenti merokok?

Vivix sangat baik sehingga dapat memberi satu kesan sangat impresif dalam masa yang singkat kerana:-

1. VIVIX MENGHILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
Bahan utama dalam rokok adalah nikotin. Setiap kali perokok menghisap rokok nikotin akan meresap ke salur darah dan sel sel darah perokok. Seperti mana yang kita tahu , nikotin akan menyebabkan rasa ketagihan untuk merokok. Oleh itu vivix akan bertindak untuk detoks nikotind alam darah tadi keluar dari badan. Apabila nikotin telah disingkirkan maka hilanglah rasa ketagihan merokok.

2. VIVIX MENGHILANGKAN RASA "FEELING" SEDAP UNTUK MEROKOK
Perokok biasanya rasa rokok ni macam sedap je kan. Tapi bila perokok minum vivix akan menyebabkan rasa rokok jadi tak sedap

3. VIVIX MENGURANGKAN SIMPTOM KETAGIHAN BILA BERHENTI MEROKOK
Perokok tegar yang berhenti merokok akan merasa emosi terganggu, kurang daya tumpuan , rasa bosan, kegelisahan, kemurungan, mudah letih, batuk, selera makan bertambah, berat badan naik. Vivix akan mengurangkansimptom simptom tadi.

4.VIVIX MENGGANTIKAN SEL SEL ROSAK KEPADA SEL BARU

 Vivix sangat membantu proses memberhentikan proses merokok apabila perokok merakan rokok tidak sedap atau pahit.

Selain daripada vivix anda juga perlu juga mengambil DTX complex. Kerana DTX dicipta khas untuk menyingkirkan toksin  daripada hati.Perokok tegar sudah pastinya mempunyai kesan buruk pada hati. Radikal bebas yang di sedut daripada asap rokok memberi risiko yang sangat tinggi menyebabkan kerosakan pada hati.

Jika anda benar -benar inginkan diri sendiri, suami atau anak berhenti merokok, sudah pastinya anda perlukan vivix dan DTX complex kerana kedua-duanya sangat membantu dalam proses memberhentikan merokok seterusnya memastikan sel sel dalam badan si perokok kembali sihat. Jika anda berhenti merokok tetapi masih membiarkan segala toksin akibat rokok  masih di dalam badan selagi itulah anda masih beriko untukmendapat penyakit lain. Jadi bertindaklah sekarang seblum terlambat.

Berikut adalah testimoni testimoni mereka yang telah berjaya berhenti merokok dengan bantuan vivix.


BERHENTII MEROKOK

Customer amik vivix sebab nak bantu masalah hypertiroid. At the same time dia pun merokok. Lepas consume vivix , rasa rokok tak sedap . Alhamdulillah berjaya kurangkan dan stop terus masalah ketagihan merokok


BERHENTI MEROKOK
Suami saya dah berhenti merokok. Amik vivix tak sampai sebulan. My adik ipar pulak reduce smoke lepas amik vivix.

Suami saya dulu memang susah dan berhenti merokok .Setiap tahun ada azamnya nak berhenti merokok tapi hanya cakap jer. Last tahun lepas saya bagi dia vivix. Suami minum jer. Dia tanya vitamin apa ni sedap jer. Sampai 2 kali minum. Bila time nak merokok hanya separuh je hisap. Dia kata rokok apa ni, pahit semacam jer. Last rokok ade separuh kotak dibuang jer. Dah tak beli ,alhamdulillah


Jika anda inginkan manfaat maksimum daripada vivix ini, boleh dapatkannya sekarang dari saya. 


Anda inginkan harga lebih jimat?




TERUS HUBUNGI SAYA