Wednesday 28 September 2016

CARA MUDAH MENGESAN SENDIRI BENJOLAN PADA PAYUDARA DIRUMAH

Assalmualaikum..hai jumpa lagi kita yek..nak cerita lagi tentang masalah wanita kali ni.Kanser payudara.Memang topic hangat yang sangat digeruni.Dah banyak kes berlaku depan mata saya sendiri .Ibu sendiri, teman rapat , teman sekerja dan ramai lagi yang diluar sana mengalami nasib yang sama.

kanser payudara

Sebenarnya kanser payudara ni adalah kanser paling mudah dapat dikesan sebab kita boleh lakukan sendiri dirumah.Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).Baru tau PSP tu apa kan..sebelum ni tak amik kisah sangat.jangan ingat muda tak berisiko untuk mengidap kanser payudara.Jadi jika anda berusia 20 tahun ke atas , sila lakukan PSP ni tau.Kalau dah umur 30 tahun keatas pula kenalah buat pemeriksaan di klinik atau hospital.

Bila Mesti Melakukan PSP ?

Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

kanser payudara


Bagaimana Melakukan PSP


Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring.

a) Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin
Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.

Kedudukan 1
Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang, dan lihat diri anda di hadapan cermin.

Kedudukan 2
Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

Kedudukan 3
Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara.

Kedudukan 4
Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.

Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di Perhatikan Semasa Pemeriksaan.
  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
  • Puting payudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari puting payudara.
b) Mengesan Perubahan Dengan cara Berbaring

Langkah 1: Persedian
Mulakan dengan PAYUDARA KANAN. Baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah kepala.

Gunakan tangan kiri anda untuk memeriksa payudara kanan anda. Gunakan tapak jari-jari anda untuk memeriksa sebarang BENJOLAN atau PENEBALAN. Periksa Payudara anda dengan menggunakan Kaedah- Urutan Menegak (Vertical Strip) don Kaedah Pusingan (Circular).

Langkah 2: Pemeriksaan Payudara Kaedah Urutan Menegak
Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas kegarisan kutang (bra-line) di bahagian bawah; dan dari garis-tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda Meggunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak anda. Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk merasakan sebarang benjolan atau penebalan.
Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke bawah ke arah garis-kutang menggunakan pusingan ringan dan tekanan kuat di setiap tempat. Di-bahagian bawah garis-kutang bergerak lebih kurang dua sentimeter ke kiri dan terus kearah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan. Bergeraklah ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan.

Langkah 3 : Pemeriksaan Payudara Kaedah Pusingan
Bermula di bahagian atas payudara anda, buat pusingan yang besar. Bergeraklah sekeliling payudara anda dengan memerhatikan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa. Buat sekurang--kurangnya tiga pusingan kecil sehingga anda sampai ke puting payudara. Lakukan ini sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat. Jangan lupa periksa bahagian bawah areola (kawasan hitam).

Langkah 4 : Pemeriksaan Lelehan Di Puting Payudara
Menggunakah kedua-dua belah tangan, tekan payudara anda untuk melihat sama ada terdapat sebarang lelehan luarbiasa dari puting payudara.

Langkah 5 :Memeriksa Ketiak Anda
Jatuhkan tangan kanan anda ke sisi dan rasa ketiak anda dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.

Pemeriksaan Payudara Kiri
Mula sekali lagi dengan langkah 1 hingga kelangkah 5 untuk PAYUDARA KIRI dengan cara yang sama menggunakan tangan kanan.

kanser payudara

Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan kanser?

9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengesan sebarang benjolan.

INGAT ! Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin. KLIK DISINI

Sunday 25 September 2016

BENARKAH PIL PERANCANG PENGGALAK ANDA MENGIDAP KANSER PAYUDARA?

Dianggarkan bahawa 27 wanita dari 100 000 mengalami kanser payudara.Dianggarkan 2700 ke 3000 kes didiagnosakan sebagai kes kanser payudara.Risiko wanita mengidap kanser payudara bergantung kepada beberapa factor.Antaranya telah saya kongsikan dalam entry yang lepas.KLIK DISINI. Dan salah satunya ialah pengambilan pil perancang dalam jangka masa yang panjang.

kesan pil prancang

Satu kajian yang mendapati bahawa wanita yan gmengamalkan pil perancang dan mengalami kecacatan  genetic BRCA1 akan meninggikan risiko mendapat kanser payudara.Apa itu BRCA1?
BRCA1 adalah adalah genetik yang ada pada setiap wanita.Ia berfungsi untuk menghalang pembentukan sel-sel kanser payudara.Jika terdapat kecacatan pada BRAC1 ini ,ia tidak dapat lagi menjalankan fungsinya untuk melindungi dari penyakit kanser payudara.

Apa itu pil perancang keluarga? mengapa ia digunakan untuk mengawal kehamilan? Pil perancang adalah pil yang mengandungi hormone estrogen.Apabila pil ini diamalkan oleh wanita, maknanya terdapat hormone tambahan yang berada di dalam tubuh kita.Peningkatan risiko kanser payudara akan bertambah sekiranya pil prancang ini diambil dalam jangka masa yang panjang.Sebagai contoh , pil diambil dari umur belasan tahun dan berpanjangan tanpa henti.Secara logiknya penambahan hormone didalam badan boleh menyebabkan dirinya "tidak subur" untuk sementara namun sudah tentu akan menyebabkan kesan sampingan antaranya kanser payudara.

Kajian dilakukan pada 2003 oleh National Canser Institute(NCA) USA mendapati ada risiko yang tinggi dikalangn wanita muda yang mengambil pil pencegah kehamilan melebihi 5 tahun.

Jadi .kesimpulannya.Untuk memastikan kita tidak tergolong dalam wanita berisiko kanser payudara, maka pil perancang keluarga tidak harus diamalkan dalam jangka masa yang lama.Pemeriksaan mesti dilakukan untuk memastikan kita bebas kanser .

Jika anda telah mengidap kanser payudara, adakah anda hanya perlu berserah pada takdir?Masih belum terlambat.KLIK DISINI.

Thursday 22 September 2016

SIAPAKAH YANG BERISIKO KANSER PAYUDARA?

Sebelum ini saya telah kongsikan tentang tanda-tanda kanser payudara.Kali ni saya nak kongsikan pulA siapakah yang berisiko untuk mengidap penyakit kanser payudara.

Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.



FAKTOR RISIKO KANSER PAYUDARA

1.FAKTOR USIA

 Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara semakin tinggi bila wanita semakin berumur.

Penyakit ini jarang dialami oleh wanita sebelum menopaus.Wanita usia 40 tahun keatas adalah lebih berisiko

2.SEJARAH  INDIVIDU PERNAH  KANSER PAYUDARA

Seorang wanita yang mengalami kanser payudara di sebelah payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser payudara di sebelah satu lagi.

3.SEJARAH KELUARGA

Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.

4.PAYUDARA MENGALAMI PEURUBAHAN TIDAK NORMAL

Beberapa peratus wanita mempunyai sel di payudara yang tidak normal.

Contohnya Atypical hyperplasia atau Lobular carcinoma in situ merupakan sel-sel abnormal di payudara yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara.

Perubahan genetik: Perubahan pada gen-gen tertentu (BRCA1, BRCA2 dan yang lain).

Wanita yang berada di kalangan keluarga yang mengalami kanser payudara boleh menjalani pemeriksaan genetik untuk mengetahui perubahan pada gen-gen tertentu.

5.KESUBURAN DAN SEJARAH HAID

Semakin berumur seseorang wanita semasa memperoleh anak pertama, semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.
Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), putus haid di usia lewat (selepas umur 55 tahun), atau tidak mempunyai anak juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara.

6.MENGAMBIL TERAPI HORMON

Mereka yang mengambil terapi hormon menopaus melebihi lima tahun berkemungkinan mendapat kanser payu dara.

7.BANGSA

Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.

8.OBESITI SETELAH MONOPAUS

Setelah menopaus, mereka yang obes (terlalu gemuk) berkemungkinan besar mendapat kanser payudara yang lebih tinggi.

9.KURANG AKTIVITI FIZIKAL

Wanita yang tidak aktif langsung sepanjang usianya mengalami risiko yang tinggi untuk memperolehi kanser payudara.

10.MINUMAN ALKOHOL

Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Wanita yang mengalami tanda-tanda di atas perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Biasanya ketulan yang lembut, licin, bulat dan boleh bergerak-gerak adalah tidak merbahaya atau benigna.

Ketulan yang tidak jelas bentuknya, melekat di dalam tisu payu dara selalunya berkemungkinan besar adalah kanser.

IMBASAN MEMOGRAM KANSER PAYUDARA

Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Bedah,Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Bedah, Dr. Ab. Shukor Md. Noh

Artikel Penuh:UTUSAN ONLINE



APAKAH TANDA-TANDA AWAL KANSER PAYUDARA?

Berapa ramai dikalangan wanita yang sangat peka dn perubahan pada payudara anda? Korang pernah tak check setiap hari kalau-kalau ada ketulan ke atau tanda-tanda pelik kat payudara?Dulu saya pun tak amik kisah tentang kanser ni.Tapi bila ibu saya sendiri mengidap dan meninggal kesan dari penyakit bahaya  ni ,saya jadi agak prihatin.Dan saya dah pernah buat ujian memogram.


Kalau korang belum tahu sebenarnya kanser payudara merupakan penyebab utama kematian  di kalangan wanita Malaysia.Jadi untuk mengelakakn agar diri kita penyumbang dari kematian tu elok la kalau kita dapat kesan dari peringkat awal.
Jom kita tengok apakah tanda-tanda awal kanser payudara


Tanda-tanda awal kanser payudara



Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.


* Perubahan rasa di payudara atau puting


* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak


* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit


* Perubahan dilihat pada payudara atau puting


* Perubahan saiz dan bentuk payudara


* Puting payudara terperosok ke dalam


* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.




Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, kita harus  berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara  atau tanda-tanda tersebut tak  hilang.



tanda awal kanser

Jika anda mengalami symptom seperti diatas sila segera berjumpa doctor.Anda juga boleh mencuba rawatan alternative.Klik DISINI



Tuesday 20 September 2016

KENAPA MAKAN SET KURUS TAPI TAK KURUS KURUS?

Kenapa makan set kurus shaklee tapi tak kurus2?

Meh nak jawab...

Ko makan set kurus mana la ko nak kurus.

1..orang makan esp pengganti roti canai ..teh tarik..ko dah  makan esp tambah roti canai tambah teh tarik...😄

2.ko makan omega tapi ko telan sup ekor 3 kali tambah dan nasi 2 pinggan..😄

3.ko.makan alfala..herblax ..lecithin tapi roti ko hentam..pisang goreng ko hentam, air gas ko hentam..

Apa? Hilang nikmat makan?

Ala..kalau ye pun nak makan semua tu bukan tak boleh..boleh jer..tak yah la makan berlebihan..roti canai seminggu sekali..elakkan kuah banjir..

Sup tanpa lemak berlinang..

Air manis..sikit2 cukup la..amik air kosong banyak2..cepat kenyang..

Jawapan anda makan set kurus shaklee tak kurus  pasti SALAH jika anda amalkan DETOX cara shaklee..

SUPLIMEN SHAKLEE BUKAN ADA  BAHAN KIMIA KURUSKAN ORANG TAU....shaklee is from natural sources..

Ai yang berat badan ideal pun buat DETOX berat turun ..susah nak naik2 tau..sampai rini..naik dan turun dengan jayanya...BUATLA DETOKS BARU PERCAYA..


p/s ..itu semua menjawab persoalan ai yg dulu2... sebelum kenal DETOX SHAKLEE..

Jangan ko nak aspect lemak ko yg berlapis boleh meleper dalam masa sebulan tanpa jaga pemakanan tau🙈🙈🙈🙈(aku la tu)

Cara nak kurus


K BYE BYE...

CARA KANSER MEREBAK SEHINGGA MEMBAWA MAUT

Sebut je tentang kanser, memang kecut perut saya tau.Penyakit ni memang membawa maut  jika tidak dirawat dari peringkat awal.Penyakit ini kanser ini juga yang menjadi penyebab kepada pemergian arwah ibu saya.

Catatan pengalaman ibu saya telah saya kongsikan  dalam entry saya yang lalu.Untuk mengetahui kisah bagaimana ibu saya ,seorang pengidap kanser payudara dari awal kehadiran kanser hingga ke punghujung nyawanya boleh klik sini.Alfatihah buat ibu saya Napsah binti Harun.


Kanser

APA ITU KANSER?


 KANSER adalah penyakit akibat ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.Biasanya sel ini akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan badan selepas berlakunya kecerderaan.

Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripadasel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. 
Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
KANSER

Kanser bermula apabila sel yang sihat semakin rosak dan mula bertambah tanpa kawalan

Monday 19 September 2016

SEBAB KENAPA ANDA PERLU JOIN GROUP KAMI

Sebab anda perlu join team GMF
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Bisness shaklee

Mungkin ada dikalangan anda tercari -cari siapakah mentor terbaik untuk anda maju dalam bisness full time or part time.Meh akak senaraikan apa kelebihan yang korang akan dapat bila join team kami

👘Leader hebat Noorazmiah Mohamad yang sangat berpengalaman membimbing kami dari tak tahu apa2 kepada menjadi.leader
👘Team GMF telah menghasilkan lebih dr 12 orang leader
👘Kesemua ahli team GMF telah mendapat bonus bulanan dan ada yang mencecah 4 ke 5 angka
👘kelas-kelas yang dianjurkan tidak perlu anda bergerak jauh jauh ..kami ada kelas on line produk ,kelas blog dan marketing dan kelas kelas rahsia..(dah join baru tahu)
👘ukhwah antara kami umpama adik beradik..susah senang kami bersama saling membantu dan menyumbang idea
👘jika anda ingin memulakan jualan anda tak perlu keluarkan modal ribuan ringgit atau membuat punjaman kerana kami dibantu dengan stok jualan sebagai modal awal
👘jika anda lemah semangat ..down  atau problem bisness anda takan dibiarkan keseorangan pastinya anda akan dibantu pulikan semangat.don worry.cewahh..
👘kami ada group lebih besar group ireach family yang menganjurkan berbagai aktiviti yang sangat awesome sampai boleh bawa dalam mimpi..hihi..
👘kami perlukan lebih dari 70 ahli sebagai wakil disetiap daerah adan negeri..

Jika anda penganggur,surirumah,students IPT,pekerja atau sesiapa sahaja yang mahu dibantu dengan pendapatan bulanan pilihan anda sendiri jangan malu malu hubungi akak ..Untuk pengetahuan anda akak sendiri adalah seorang guru dan sedang menyambung pengajian dalam master pendidikan ada kepakaran untuk membantu anda yang bekerja dan ingin buat kerja part time...

Hubungi akak segera tau
010.879.8077


Saturday 17 September 2016

IREACH SUPERSTAR AWARD 2016

IREACH SUPERSTAR AWARD 2016
-------------------------

Alhamdulillah..selamat sampai rumah..
Kami semua baru je balik dari program  iReach Superstar Award..

Hari ni semua kami pakai baju rayeee...haha..walaupun raya dah habis....rare tak?tak pun...sebab kami memang extraordinary..

Apa yg bestnya program ni?

Reward kepada mereka2 yg telah berjaya dlm pertndingan yg ireach anjurkan..

Sharing dari teman2 yg telah berjaya  dalam kategori masing2..

Cabutan bertuah..untungla Anjung Raudhah dgn NoorAzmiah Mohamad dapat beg besar dr Olando gitew tau..
Sib baik hakak tak boikot anjung raudah tau..kalau tak kena hang balik naik LRT..😛

Hasil dr sharing2 dorang tu..memang sangat bgi inspirasi kat hakak tau..huhu..bukan senang nak senang tapi semuanya tak mustahil...seronok ada kat sini..semua aura2 positif dorang terserap dalam otak...happy sangat..

Semoga #ireach boleh buat selalu camni..nnti hakak pula yg jadi superstar tu tau...

Kalau korang nak join group hebat macam kami jom la..kita akan diajar dr zero sampai jadi hero macam mereka...
Yang penting anda MAHU dan MINAT..

SU
010-8798-077

#tsunamishaklee
#gmftsunami
#gmfbot

Dah makan vitamin tak perlu bersenam ke?

Terkenang pulak zaman zaman mendaki hari tu..ni salah satu aktiviti riadah akak..ni bersama group ireach..sekali sekala ..tapi aktiviti wajib akak berzumba setiap hari ahad kat sekolah dengan geng mak mak..

Vitamin bantu untuk bekalkan nutrisi yang tidak cukup kepada tubuh badan. Contohnya protein harian kita hilang akibat cara memasak kita yang menyebabkan protin hilang..jadi kita perlu protin dari suplimen.Vitamin c tak dapat dihasilkan oleh badan.Jadi kenalah ambil buah buahan kaya vitamin c..tapi mampuke kita makan 7 biji vitamin c sehari utk dapatkan vitamin c yang cukup untuk sehari?

Bila dah dapat bekalan vitamin badan kita juga oerlukan senaman atau aktiviti kecergasan.
Kalau makan vitamin bebanyak tak bersenam pun tak leh gak kan....so kena la makan makanan seimbang juga..kalau dah busy sangat tak sempat nak beriadah,jadila kalau swminggu dapat bersenam 2 jam dari tak da langsungbjan..

Jom cergas cergas mak mak gojes sekalian..hihi😃😃

#tsunamishaklee
#gmfbot
#gmftsunami

BOLEH KE MINUM ESP LAMA LAMA?

10 soalan popular tentang esp

Boleh ke minum esp lama lama?bukan ke bahaya nnti kena kanser?

Jawapan
Esp adalah NON GMO ..soya yg cukup matang ..masak dgn sendirinya..cukup tempoh masa dipetik..bukan dipaksa membesar..bukan dipaksa dgn racun..bukan ditambah bahan kimia supaya cepat dituai..semuanya original..

Dan semua produk shaklee diiktiraf dengan Landmark Study...jadi ia dijamin SELAMAT paham ke paham?

#shakleemasjidtanah
#shakleemelaka
#shakleesungaiudang
Kulit cantik

Buat bisnes suami support ke?

BUAT BISNESS SUAMI SUPPORT KE?

Akak ni dah masuk 3 tahun dah buat part time shaklee..mula mula buat dulu tak serius pun..suka suka jer share kat kawan kawan..suami tahu dan tak pernah kisah pun..
.
Tapi bila soh dia makan vitamin memang dia tak nak..dan dia tak halang pun nak buat bisness..dia nak jual?..idokk lerr
.
Nampak gayanya ..persepsi dia awal2 tu mmg tak berapa yakin dgn shaklee...
Satu hari bila check doktor ,sebab dia asyik sakit sakit2 badan jer ..rupanya kolestrol tinggi dan darah pun naik juga la..baru dia nak telan omega dgn vit c pastu phytocol..mula dari tu hari tu memang dia makan vitamin konsisten....kemudian makan try plak lagi alfalfa lecithin..bila mula makan vitamin tu baru badan dia makin sihat dan badan ala2 tembam dulu pun dah makin kurus laaa..hihi..
.
Bila dia rasa keberkesanan shaklee..kadang2 dia ada juga citer2 kat kawan2 dia..ada juga la yg tanya2..dan beli..
.
Kalau akak nak ke kelas ke..gather2 ke ..dia tak pernah halang..green light ajer..cuma dia tak ikut sekali sebab dia pun ada bisness dia sendiri..
.
Katanya buatla..shaklee ni part time..masa ambil anugerah NC 2014 dan 2015..dia pun pergi..dan sampai sekarang dia memang support akak dgn tak halang aktiviti aktiviti akak bershaklee..cuma kalu ke kelas tu tak da la dia join..busy dgn lori2 dia tu..hihi..
Shaklee

#tsunamishaklee
#gmfbot
#gmfbackontrack
#8cellent

Tuesday 13 September 2016

MAKANAN YANG DILARANG SEMASA BERPANTANG ELAK NIFAS BERBAU BUSUK

Assalamualaikum hai..Apa khabar ibu ibu sekalian.Pastinya ibu -ibu yang berpantang sedang berehat bersama baby yang baru lahir tu.Seronok betul kalau dapat cium baby baru lahir.Ibu-ibu kena beringat.berpantang ni penting buat kita sebagai seorang wanita.Bak kata nenek moyang, badan nak pakai lama.Kena la berjaga-jaga.Bila mak pesan jangan makan kena la ikut.Jangan la jadi bodoh sombong pulak..hihi..Nanti lain jadinya.Hari ni akak nak share makanan-makanan dalam pantang yang kita mesti elak dan juga amalkan.Kalau dah tahu tu, boleh la review semula dan bagi adik-adik yang baru bergelar ibu tu, elokla jadikan panduan.Dan bagus juga kalau bagi suami untuk baca.Mana la tau kan..nanti berpantang suami yang jaga..

ibu berpantang


4 MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DI AMALKAN OLEH IBU BERPANTANG


1.Jangan makan makanan yang berbisa seperti bawal hitam, ikan cencaru ,terubuk,ikan pari,ikan sembilang akan menyebabkan turun darah dan bentan

2.Ikan masin/ikan kering tidak boleh diambil oleh ibu berpantang kerana akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering dan lemah badan

3.Ikan kembung ,tamban cencaru ,tongkol makanan laut akan menyebabkan kegatalan dan menimbulkan reaksi alahan

4.Air gas ,air sejuk dan sesetengah sayur sayuran seperti kangkung,timun,mangga nangka  dan durian belanda.Makanan ini menyebabkan sakit tlang ,sejuk otot dan lemah sendi seperti atritis dan rheumatisme apabila sudah tua kelak.

5 MAKANAN TRADISI YANG BAIK UNTUK IBU BERPANTANG

1.Ulam kunyit  mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman

2.Lobak putih dan peria  mebanyakkan susu ibu

3. Asam jawa membantu membuang air besar,mengelakkan sembelit selain dari menyegarkan tubuh badan

4. Air kunyit membantu mengecutkan rahim dan mencuci darah

5.Air rebusan pegaga membersihkan darah dalam tubuh yang baru melahirkan anak

6.Manjakani berfungsi untuk mengeringkan dan mengetatkan pangkal rahim

7.Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga

8.Air madu memanaskan badan

9.Mengamalkan pemakanan seimbang .

ANDA HADAPI MASALAH SEMBELIT?



Saturday 10 September 2016

00:51

SUKA DUKA BISNESS SHAKLEE

Dalam buat bisness mana ada happy je memanjang..mesti ada zaman down..mesti ada masa sedih..mesti ada masa bisness naik mencanak..mesti ada halangan..mesti ada air mata ..mesti ada ketawa..pendek kata..dalam bisness tak semuanya indah..tapi bagi akak..banyak yg indah..
.
Tapi terpulang kat kita nak jadikan semua tu sebagai pengalaman indah atau pahit..hidup kita ni kan penuh dengan masalah..sebab tu Allah bagi akal untuk fikir selesaikan masalah..so jangan la dok asyik fikir pasal masalah..tapi fikir camna nak keluar dr masalah...mu faham ke idok?
.
Tapi apa yang akak nak kabor..baut bisness shaklee memang bestttt...akak suka...akak suka..
.
Nak join kami suka suka macam akak?boleh buat banyak kerja satu masa? Meh la kita chit chat..

Shaklee

0108798077

Thursday 8 September 2016

CARA HILANGKAN KESAN JERAWAT DENGAN CEPAT

Alkisah seorang kawan satu tempat kerja akak ni dan juga sebilik.Selalu sangat mengadu muka dia naik jerawat.Bila time nak datang bulan je jerawat pun mula naik.Bukan sebiji,bukan dua biji tapi berbiji-biji.Dah la tu, besar-besar pulak tu.

Disebabkan geram dengan jerawat-jerawat tu , ada masa dia akan picit dengan kuku.Apa lagi , kesan parut hitam la pulak yang nampak.Puas dia beli produk kat instagram.Beratus-ratus juga la habis.Tapi tak juga susut jerawat dia tu.Tapi makin banyak lagi ada la.

Suatu hari akak pun syorkan dia dengan vivix.Katanya mahal.Tak mampu nak beli.Jadi akak pun tak kisah la.Sebab dia sanggup mengadap jerawat dia yang dah berapa lama ta elok-elok, takpalah..hadap jelah.Tapi suatu hari tu dia dapat tahu yang  bulan tu ada promosi vivix.Terus dia nak cuba.Selepas minum vivix untuk separuh botol yang pertama, tak da apa-apa perubahan sangat pada kulit dia.Tapi selepas saja habis sebotol vivix, akak pula yang terperasan yang jerawat batu dia dah tak naik lagi.Dan dia pun mengaku yang jerawat dia dah tak naik lagi.Tinggal parut sikit-sikit jer.

Apa lagi..lepas je habis sebotol vivix yang pertama, terus dia rembat sebotol lagi.Dan sekarang dia tersenyum melebar bila kulit dia makin cerah dan jerawat dah tak berani naik lagi dah.Sangat puas hati dengan vivix.Menyesal tak minum vivix dari awal.kalau tak dah lama dah kulit flawless tau..Yang ni gambar si ratu baru akak ni.

Korang tau tak kenapa vivix ni sangat membantu kulit jerawat? Of course vivix mengandungi antioksida yang sangat tinggi.Disamping tu vivix kaya dengan resviratrol yang membantu membaiki  sehingga ke tahap sel DNA.Jerawat yang timbul akibat masalah hormon yang tidak stabil boleh distabilkan dengan bantuan vivix.
cara atasi kulit jerawat

So korang yang ada masalah jerawat kronik tu, jangan nak sayang duit sangat .Cuba vivix pasti puas hati.Kalau nak dikira produk anti jerawat yang melambak korang dah cuba tapi hasilnya tak memberansangkan, lebih baik korang cuba vivix..berbaloi dengan kesan yang akan korang dapat.Cantik sehingga ke tahap sel pastu korang akan rasai nikmat sihat satu badan.



Nak story lagi pasal vivix akak boleh cerita panjang sebab akak pun pengguna tegar vivix dah 4 tahun.Boleh hubungi akak ye

CARA BUAT MASKER UNTUK KULIT JERAWAT





Suhaila Abdul
010.879.8077
Bisness leader

Tuesday 6 September 2016

KELAS BLOG DI JOHOR

Hari ni 4 september 2016..gigih kami berlima mami mia..kak su .lin dan fatin dari Melaka nak menuju ke rumah aynies kat Ulu Tiram.Bawa sekali anak2 kecik kesana.

Boleh tahan jauh juga.Biasa la sambil sambil kelas blog ni mesti ada makan makan..pot luck bawa sorang sikit. Memang kenyang dengan makanan.sambil belajar sambil makan..Tapi jangan lupa bila dah makan tu..sila lah telan omega, lecithin dengan herblax.

Kelas blog

Apa yang kami belajar?
Kelas kali ni tak ramai.Kebanyakannya dari diorang yang baru nak belajar buat blog.Jadi mami miah ajar basic nak tulis  apa kat blog.

1.Cara nak masukkan gambar.
2.Cara penulisan
3.Cara membuat link blog ke blog
4.Teknik menarik goggle ingat blog kita
5.Teknik menulis tajuk yang menarik

Macamna buat kelas blog dengan anak -anak yang jerit perit? Itulah istimewanya bisness kami.Bekerja sambil jaga anak tak da masalah.Alhamdulillah..kami dari melaka dapat bertemu dengan teman teman dari Johor.Pengikat ikatan ukhwah kami sambil tambah ilmu.Awesome sangat.Nanti kelas blog kami akan bersambung lagi.

Jika anda berminat untuk sertai group kami..boleh hubungi akak tau

Wasap je kak su
0108798077

K bye..



BERAPA BACAAN GULA DALAM DARAH ANDA?

Hari ni selak selak surat khabar terbaca tentang penyakit diabetes.Ternyata kat Malaysia ni ramai sangat yang mengidap penyakit maut ni.Jadi saya teruja dan kongsikan hari ni tentang bacaan normal dan juga bacaan berisiko diabetes.

Bilakah waktu yang sesuai untuk buat ujian kadar gula dalam darah?

1.(FBS -Fasting Blood Sugar)
Ujian selepas individu berpuasa selama sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian 

2.(2HPP- 2 Hour Postprandial Blood Sugar)
UJian untuk mengetahui keberkesanan pankreas mengelurakan insulin.Ia dilakukan selepas 2 jam individu tersebut mula makan. 

3.(RBS) Random Blood Sugar 
Ujian terhadap individu tanpa berpuasa sebelum membuat ujian.Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tinggi , kemungkinan besar beliau mengidap diabetes.Namun ujian ini tidak boleh mengesahkan keputusan tersebut.Ujian selanjutnya perlu dilakukan lagi.

4.(OGTT) Oral Glucose Tolarance Test 
Ujian ni terkenal sangat dikalangan ibu ibu mengandung.Ujian ini adalah untuk pemeriksaan samada ibu tersebut mengalami diabetes.Sampel darah diambil sebelum dan selepas diberi minum air gula 

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?

Terdapat 3 peringkat bacaan kadar gula ( hanya untuk Fasting Blood Sugar (FBS), 2-Hour Postprandial Bload sugar (2HPP) dan Random Blood Sugar(RSB) sahaja untuk bacaan ibu mengandung (OGTT) perlu jadual yang lain

     1. (NORMAL)  Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL 
Jika angka yang keluar di Glucometer adalah dalam julat 3.9-5.5mmol/L, anda dikategorikan normal dan bebas dari Diabetes. 

      2.(BERISIKO MENGIDAP DIABETES) Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL 

Jika bacaan dalam julat 5.6 hingga 6.9mmol/L, dan anda membuat pemeriksaan pada situasiFasting Blood Sugar (FBS), hati hati kerana anda berisiko tinggi menghidap Diabetes. Tapi sekiranya anda membuat pemeriksaa pada situasi 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2-HPP)bacaan ini bukan penentu, sebalikya kemungkinan anda berada di garisan berisiko menghidapi Diabetes.

   3.(DIABETES) Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas 
Jika anda mendapat bacaan 7.0mmol/L atau lebih pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS),anda adalah penghidap diabetes. Sila dapatkan nasihat doktor segera.

bacaan gula dalam darah
Jangan biarkan ia berlarutan.