Monday 4 April 2016

CARA ATASI MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU DALAM PANTANG

Penyusuan adalah proses semulajadi.Selepas kelahiran biasanya nurse akan serahkan bayi kepada ibu untuk disusukan.Tapi agak kekok nak menyusu buat kali pertama.Pegang pun tak betul .Kejap kiri kejap kanan.Pengalaman semasa menyusukan bayi anak sulung memang menarik bila dikenang.Terkial-kial nak pegang baby dan nak suapkan susu.Sampai nurse datang dan ajar macamna nak pegang baby.Tapi sekarang , ibu ibu mengandung telah diajar cara yang betul menyusukan bayi sebelum melahirkan anak.

Tapi dalam 2 minggu pertama , penyusuan mungkin kelihatan sukar terutamanya jika ia adalah pengalaman pertama.Masalah yang dihadapi mungkin berlaku seperti payudara bengkak , puting melecet dan tidak cukup susu.

Bagaimana nak atasi masalah-masalah tersebut.
cara atasi puting melecet

CARA ATASI MASALAH PENYUSUAN DALAM PANTANG


1.PAYUDARA MEMBENGKAK

lazimnya selepas sahaja hari ke 3 atau ke 4, amaun susu akan bertambah.Ia berlainan dengan kepadatan payudara.Ni part yang paling menyakitkan.Bila susu dah banyak, bengkak , baby pula asyik tidur je.Sampai satu tahap, kena demam urat.Sakit sangat.Pam pun dah tak nak keluar lagi susu.

So mcamna nak settlekan .Kak su pun baru tahu.Selama ni orang kata tekap dengan kobis lah..tapi memang tak da kesan buat kak su.Suatu hari masa nurse datang melawat baby dan mak baby, kak su bgtau yang kak su kena bengkak susu.Senang je petua dia.Ambil anak lesung batu, kemudian panaskan macam kita panaskan tungku.Kemudian balut dengan kain .Tuam pada bahagian payudara yang membengkak tu.Alhamdulillah.Memang berjaya susu dikeluarkan.Lepas tu baru senang nak pam.Lepas je tau cara tu, bila bengkak je kak su tua..dan akhirnya dengan anak batu tu sekali dan pecah asyik kena bakar..hihi.Tapi sejak kebeakangan ini , ada yang gunakan lecithin dari shaklee untuk mengatasi masalah bengkak susu ni.So terpulangla pada anda untuk buat macamna tapi pastikan jangan ampil pil pengering susu tau.kesian baby tak dapat susu paling berkhasiat 

2.PUTING MELECET

Puting melecet pun kak su biasa juga alami.Terutamnya masa anak pertama.Almaklumla waktu tu kan kita belum pandai lagi.Bila menyusukan bayi dengan cara yang salah, iaitu cara lekapan yang salah.
Untuk atasi masalah ni, orang tua tua ada pesan.Ambil titisan air susu ibu kita juga dan sapukan pada bahagian puting yang luka tersebut.Jangan guna losyen.nanti bahaya kalau kita lupa nak cuci sebelum bagi baby menyusu.
Ingat tau.Walaupun puting tu sakit atau melecet, pertama sekali betulkan cara bayi minum iaitu pastikan bayi itu menghisap keseluruhan bahagian hitam pada payudara kita.Dengan cara ni kesakian kita tu akan berkurangan.Juga pastikan jangan berhenti dari memberikan susu kepada bayi anda.Jika penyusuan diberhentikan mungkin susu anda semakin berkurangan dan akan kering begitu sahaja.Sangat merugikan
cara atasi puting melecet

3.TIDAK CUKUP SUSU

Ini merupakan masalah biasa kita dengar.Kepada ibu ibu sekelian, penghasilan susu ibu berkurang kerana kurangnya ransangan iaitu kurangnya ibu memberikan bayi menyusu.Bayi perlu disusukan dengan sekerap mungkin.Apabila susu kurang idberikan pada bayi terutamnya diwaktu malam, dan juga cara penyusuan yang tidak melekap dengan betul menyebabkan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
Ada juga yang gemar menyusu menggunakan sebelah payu dara sahaja.Kemungkinan jika anda kerap berbuat demikian, hanya sebelah payudara sahaja yang akan mempunyai banyak susu , sebelah lagi akan kering.Kesan ini juga tidak baik dimana kemungkinan payudara kia akan besar sebelah.

cara atasi puting melecet

Bagaimana nak atasi masalah tidak cukup susu?

Pertama, sudah semestinya kita perlu menyusukan bayi sekerap mungkin.Pastikan masa antara sesi penyususan tidak melebihi 3 jam.
Pastikan juga bayi menyusu dengan betul iaitu dengan lekapan pada payudara supaya bayi puas minum dan susu akan keluar dengan lebih lancar.
Ketiga, pastikan ibu ibu berpantang mengambil makanan yang berkhasiat tinggi protin seperti ikan ,daging, ayam,kekacang dan makanan tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Untuk menambahkan keperluan diet ibu menyusu adalah disyorkan untuk mengambil vitamin seperti ostematrix , alfalfa dan esp sebagai alternatif untuk menggalakan penghasilan susu yang pekat .
Keempat, pastikan kita mendapat rehat yang secukupnya dan sentiasa bertenang semasa menyusukan bayi.

Petua dari nenek moyang , biasanya pada hari ke 3 , mak bidan akan datang mengurut satu badan dan pada masu tu mak bidan akan mengurut dibahagian urat-urat penting bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada ibu-ibu diluar sana.Penyusuan susu ibu sangat membahagiakan saya serta dapat  menenangkan ibu yang sedang sakit selepas melahirkan.Betul tak?

















No comments:

Post a Comment