Saturday, 9 April 2016

4 TIPS MUDAH KEJUTKAN ANAK KECIL BANGUN AWAL PAGI

Ini kisah anak saya yang berusia 4 tahun.Setiap hari Faheimy akan dihantar ke taska seawal 6.45 pagi.Biasanya masalah susah nak bangun pagi bila habis cuti  hujung minggu atau selepas habis cuti sekolah yang panjang.Maka bermulalah satu episod dramatik diwaktu pagi.Faheimy  yang dah  lama seronok bercuti, tiba-tiba rutin harian akan berubah kerana perlu bangun awal untuk ke sekolah.Disinilah berbagai teknik dan cara yang diperlukan untuk mengejutkan beliau dari tidur.Jadi pada saat itu, kesabaran saya pun diuji.

Susah bangun pagi
Faheimy yang suka main air..


Di sini saya kongsikan tips mengejutkan anak-anak untuk bangun tidur dengan mudah dan gembira  seperti yang telah saya amalkan dan juga hasil dari pembacaan.

Susah bangun pagi

1.PASTIKAN ANAK TIDUR MALAM LEBIH AWAL
  • Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.Saya akan pastikan si kecil tidur sebelum jam 9 malam
  • Kelengkapan untuk ke sekolah esok pagi telah di sediakan seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.
2.MAKAN MALAM LEBIH AWAL
  • Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal.Kebiasaannya kami sekeluarga akan makan malam sebelum pukul 8 malam.Tidak lewat dari itu. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak  lebih susah untuk bangun di pagi hari.
3.TIDUR DENGAN BAHAGIA DAN GEMBIRA
  • Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Selalunya saya akan ceritakan benda-benda yang best kat sekolah faheimy.Jumpa kawan-kawan, pergi taman mainan naik bas ramai-ramai.
  • Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur (3 Qul).Kadang-dang sempat baca doa tidur je.Lepas tu dah khayal dan hanyut tidur.
  •  Biasanya Faheimy mesti nak tidur celah ketiak ibu.Mesti kena peluk dan cium manja sebelum dia tidur. Saya akan dia tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibu ayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.Jika waktu malam dia tidur dalam keadaan sedih atau baru lepas bergaduh dengan kakak atau abang, mesti time bangun pagi ada problem.
  • selalu bisikkan ketelinga ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), perkara-perkara yang disukainya
  • Semasa tidur saya akan pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan.Tiada bunyi tv atau radio.Ada juga ibubapa yang memasang  bacaan alQuran semasa anak tidur.Boleh menenangkan anak.
Susah bangun pagi

4.KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG
  • Beri salam dan panggil anak dengan nada yang lembut pada anak yang sedang tidur. 
  • Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
  • Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
  • Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
  • Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak  ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada untuk bangun tidur. Usap kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  •  Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.Berikan ganjaran dan ciuman manja untuk mengembirakan hati anak kecil
5 LARANGAN SEMASA MENGEJUTKAN ANAK TIDUR

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendam dengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.
  1. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
  2. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
  3. DILARANG menyimbah air.
  4. DILARANG membebel berterusan tanpa henti.

Semoga warna-warni di pagi hari ini menjadi episod eksklusif untuk dikenang baik untuk si manja mahupun buat ibu dan ayah. Hiburkanlah hari anda dengan sketsa pagi si comel.Pengalaman manis itu sangat indah untuk dikenang.

Friday, 8 April 2016

APAKAH KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGHISAP PUTING KOSONG?

Assalamualaikum..hai..apa khabar ibu-ibu gojes sekelian..Hari ni  jom kita chat tentang anak-anak kita yang suka menghisap puting kosong.


Teringat lagi masa bersalin anak sulung.Dalam tempoh berpantang , anak akak memang suka menangis.Walaupun dah diberi susu, dah ditukar lampin dan rasanya dah complete dah semuanya, tapi baby tetap menangis.Bukan menangis sikit-sikit , meraung sekuat hati pulak tu.Kalau nak masuk bilik air pun kena buka pintu  perlahan-lahan, kalau dia dengar mesti terjaga...tidur tak lama.Kita nak buang air pun tak selesa risau anak terbangun dan menangis..Memang letih gila la..dalam pantang , dah la sakit sana sini.huhu



Bila ibu mertua tengok keadaan akak yang macam tu, dia mencadangkan agar baby tu diberi puting kosong.Alhamdulillah, kurang la sikit tangisan dia tu.Tapi akak akan beri puting tu lepas menyusu untuk buatkan dia khayal sehingga dia dapat tidur dengan nyenyak.Kemudian, kalau dah tidur dengan nyenak, akak akan keluarkan puting tu dari mulut dia.



Kalau nangis lagi, bagi semula puting tu...tapi penggunaan puting kosong ni akak hanya bagi sehingga usia dia 5 bulan saja.Itu pesanan ibu mertuaku..hihi..jangan bagi lama-lama nanti dia ketagih dan timbul masalah lain pulak bila susah nak berehentikan hisap puting tu.



Oklah...korang rasa hisap puting kosong ni bagus ke ?

Sudah tentulah ada kebaikan dan keburukannya kan..

hisap puting

Antara kebaikan menghisap puting kosong 


1.Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong. 

2. Puting bayi elok untuk Bayi Pramatang - Ada sesetengah hospital menyarankan bayi yang lahir pra-matang akan membesar dengan lebih baik Puting boleh mengurangkan tekanan pada bayi - Ada sesetengah pendapat puting bayi akan menenangkannya apabila berpindah kesesuatu tempat yang baru

3.Disini ada beberapa perbahasan mengenai Puting Palsu ini: SIDS
 -  Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.

KEBURUKAN MENGHISAP PUTING KOSONG

1.Puting dan jangkitan telinga - Satu kajian yang dilakukan oleh Akademi Ketua Pergigian mencadangkan bahawa penggunaan puting membawa kepada jangkitan telinga kerana ia menyebabkan tiub auditori untuk menjadi luar biasa terbuka.

2. Puting boleh membawa kepada pendakap gigi - Walaupun sesetengah ibu bapa menggunakan puting untuk berhenti menghisap ibu jari, kajian di atas juga menunjukkan bahawa penggunaan berpanjangan puting boleh membawa kepada masalah-masalah yang sama seperti menghisap ibu jari.

3. Ketumbuhan yang tidak wajar pada sekitar mulut 
  
4. Pertumbuhan gigi yang tidak teratur    

5.  Pertumbuhan pada bentuk bumbung mulut (lelangit)

6.Puting juga menyumbang kepada kekotoran kerana ia diguna pakai semula tanpa pembersihan

hisap puting

AMBIL KIRA FAKTOR INI SEBELUM MEMBERI PUTING KOSONG KEPADA BAYI ANDA

1.Pastikan bayi telah biasa dengan penyusuan susu ibu.Kerana dibimbangi, apabila bayi kerap menghisap puting ksong, bayi tidak mahu menghisap susu ibu lagi.

2.Jika bayi menangis, jangan terus berikan puting kosng, tetapi gunakan cara lain seperti memberikan keselesaan dengan menepuk perlahan, menukar posisi bayi.Jika bayi lapar ,berikan dulu susu ibu

3.Pilih puting yang selamat atau tidak mudah pecah, kerana jika puting yang mudah pecah akan menyebabkan bayi tertelan serpihan menyebabkan bayi tercekik

4.Jika bayi tak minat untuk menghisap puting kosong, janganlah dipaksa.

5.Pastikan puting sentiasa bersih sebelum diberikan pada bayi.Lalukan dengan air bersih yang mengalir.

6.Tahu bila untuk memberhentikan amalan menghisap puting  sebaiknya sebelum gigi susu mula tumbuh. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh.  

Anda mungkin meminati- Mengapa nak kencing malam?

KOMPLIKASI SEMBELIT PADA KANAK-KANAK DAN BAYI


Pernah tak anak-anak ibu diluar sana mengalami sembelit? Bagus la kalau tak pernah.Tapi anak akak memang pernah pun.Tapi jarang jarang sekali.Apa yang akak perasan, sembelit berlaku bila anak-anak kurang minum air terutamanya dimusim panas sekarang ni.

Kalau kita sebagai orang dewasa pun tak tahan sakit bila diserang sembelit.Inikan pula anak kecil kita kan..

Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan otot dan akan melambatkan pengeluaran najis. Semakin lama najis itu tidak dikeluarkan, najis itu menjadi keras dan kering sehingga akhirnya kanak-kanak akan berasa sakit untuk membuang air besar.

Biasanya, kanak-kanak yang masih menyusu badan jarang mengalami masalah sembelit. Air besar dibuang  beberapa kali dalam sehari dengan konsistensi najisnya lembut atau cair.

Bagi kanak-kanak yang diberikan susu formula pula, mereka akan membuang air besar sekali sehari atau sekali dalam tiga hingga empat hari.Tapi kedua-dua keadaan itu adalah normal dan bukanlah tanda-tanda sembelit jika najis mereka tidak keras atau berketul-ketul.

Bilakah anak-nak  mengalami sembelit?

Lazimnya, bayi boleh sembelit pada usia enam bulan iaitu pada tempoh pengenalan makanan pejal kepada mereka. Jika salah pemilihan makanan, mereka mudah mengalami sembelit.Mesti ibu ibu pernah ada pengalaman.Selepas sahaja bayi kita dilahirkan doktor mesti akan tanya ,adakah anak kita sudah membuang air kecil atau belum?Selagi bayi tidak membuang air kecil dan air besar, maka jangan la mimpi untuk keluar dari hospital.Tau tak kenapa?
Sudah pasti ada sebabnya.

Menurut  Pakar Perunding Pediatrik Hospital KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, kanak-kanak yang sembelit perlu dipastikan keadaan itu berlaku bukan disebabkan sembelit ketika lahir yang berpunca daripada kekurangan ganglion (sel) pada usus yang berpunca daripada beberapa penyakit, antaranya hirschsprung. 
Ini mungkin menandakan bayi tersebut mengidap penyakit lain yang merbahaya.


PUNCA SEMBELIT

1.KEKURANGAN SERAT

Keadaan itu boleh terjadi ketika proses pengenalan makanan pejal kepada mereka yang mana  makanan yang diberi tidak sesuai dengan keadaan bayi. Dalam pemberian makanan pejal kepada bayi berusia enam bulan, ibu bapa perlu membuat pengubahsuaian terhadap makanan agar sesuai dengan mereka.Perkara itu dapat dipastikan dengan melihat keadaan najis bayi mereka dalam tempoh beberapa hari selepas makanan diperkenalkan.

2.KEKURANGAN AIR
Disebabkan pemberian makanan pejal, air kurang diberikan sebagai tambahan kepada susu.Apabila air tidak cukup, makanan yang diambil adalah pejal dan menyebabkan apabila sampai ke usus, air menjadi kurang. Badan bertindak menyimpan air, jadi akan menarik air pada bahagian bahan buangan, sebab itu najis akan menjadi semakin keras.

Bagi kanak-kanak pula, apabila mereka sudah mula berjalan dan berlari, berilah air dengan lebih banyak kerana jumlah keperluan air pada usia adalah berbeza mengikut keadaan mereka
bayi sembelit

3.KARBOHIDRAT seperti nasi dan roti merupakan antara makanan yang mudah menyebabkan sembelit.

4.Pemberian susu formula kerana susu formula sukar dihadam oleh usus bayi

KOMPLIKASI SEMBELIT

1. Bayi atau kanak-kanak kurang selera makan serta sakit kepala .Ini boleh berlaku kerana apabila kanak-kanak mula berasa sakit untuk membuang air besar, mereka enggan makan kerana apabila makan mereka akan membuang air besar sekali gus akan berasa sakit.

2.Masalahnya, apabila najis keras bayi akan berasa sakit untuk membuang najis.Apabila itu berlaku, bayi akan tahan untuk tidak membuang najis sehingga beberapa hari kerana mereka tahu jika berbuat demikian akan berasa sakit dan ini mengundang masalah lain

3.Masalah sembelit yang berlaku terlalu lama juga menyebabkan najis akan bertakung dalam badan dan apa yang berlaku kencing akan menjadi tidak lawas dan memudahkan jangkitan kuman kepada pundi kencing pula.

RAWATAN SEMBELIT

1. Mengambil jumlah air yang cukup

2.Makan makanan tinggi serat seperti sayur sayuran, jambu, epal serta betik

3.Bagi rawatan segera, kanak-kanak sembelit akan diberikan ubat untuk memudahkan mereka membuang najis selain ubat tahan sakit bagi mengelakkan mereka berasa sakit di bahagian tempat keluar najis.

4.Rawatan tradisional pula, lazimnya ibu bapa boleh menyuruh anak-anak bermain dalam air suam supaya bahagian punggung mereka kurang rasa sakit di samping boleh melakukan urutan di bahagian kaki dan perut untuk membuang angin dan membantu untuk melancarkan proses membuang air.

5.Pemberian kapsul probiotik untuk membantu penghadaman di bahagian usus kanak-kanak selain kelancaran untuk membuang air besar.

6. Ibu bapa perlu kreatif untuk membolehkan kanak-kanak makan sayur dan buah secukupnya dalam hidangan harian

7.Bagi anak yang berusia 2 tahun keatas anda boleh mencuba meal shake yang berbentuk serbuk.Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sembelit atau kurang selera makan.


Kak su
010 8798077

Monday, 4 April 2016

CARA ATASI MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU DALAM PANTANG

Penyusuan adalah proses semulajadi.Selepas kelahiran biasanya nurse akan serahkan bayi kepada ibu untuk disusukan.Tapi agak kekok nak menyusu buat kali pertama.Pegang pun tak betul .Kejap kiri kejap kanan.Pengalaman semasa menyusukan bayi anak sulung memang menarik bila dikenang.Terkial-kial nak pegang baby dan nak suapkan susu.Sampai nurse datang dan ajar macamna nak pegang baby.Tapi sekarang , ibu ibu mengandung telah diajar cara yang betul menyusukan bayi sebelum melahirkan anak.

Tapi dalam 2 minggu pertama , penyusuan mungkin kelihatan sukar terutamanya jika ia adalah pengalaman pertama.Masalah yang dihadapi mungkin berlaku seperti payudara bengkak , puting melecet dan tidak cukup susu.

Bagaimana nak atasi masalah-masalah tersebut.
cara atasi puting melecet

CARA ATASI MASALAH PENYUSUAN DALAM PANTANG


1.PAYUDARA MEMBENGKAK

lazimnya selepas sahaja hari ke 3 atau ke 4, amaun susu akan bertambah.Ia berlainan dengan kepadatan payudara.Ni part yang paling menyakitkan.Bila susu dah banyak, bengkak , baby pula asyik tidur je.Sampai satu tahap, kena demam urat.Sakit sangat.Pam pun dah tak nak keluar lagi susu.

So mcamna nak settlekan .Kak su pun baru tahu.Selama ni orang kata tekap dengan kobis lah..tapi memang tak da kesan buat kak su.Suatu hari masa nurse datang melawat baby dan mak baby, kak su bgtau yang kak su kena bengkak susu.Senang je petua dia.Ambil anak lesung batu, kemudian panaskan macam kita panaskan tungku.Kemudian balut dengan kain .Tuam pada bahagian payudara yang membengkak tu.Alhamdulillah.Memang berjaya susu dikeluarkan.Lepas tu baru senang nak pam.Lepas je tau cara tu, bila bengkak je kak su tua..dan akhirnya dengan anak batu tu sekali dan pecah asyik kena bakar..hihi.Tapi sejak kebeakangan ini , ada yang gunakan lecithin dari shaklee untuk mengatasi masalah bengkak susu ni.So terpulangla pada anda untuk buat macamna tapi pastikan jangan ampil pil pengering susu tau.kesian baby tak dapat susu paling berkhasiat 

2.PUTING MELECET

Puting melecet pun kak su biasa juga alami.Terutamnya masa anak pertama.Almaklumla waktu tu kan kita belum pandai lagi.Bila menyusukan bayi dengan cara yang salah, iaitu cara lekapan yang salah.
Untuk atasi masalah ni, orang tua tua ada pesan.Ambil titisan air susu ibu kita juga dan sapukan pada bahagian puting yang luka tersebut.Jangan guna losyen.nanti bahaya kalau kita lupa nak cuci sebelum bagi baby menyusu.
Ingat tau.Walaupun puting tu sakit atau melecet, pertama sekali betulkan cara bayi minum iaitu pastikan bayi itu menghisap keseluruhan bahagian hitam pada payudara kita.Dengan cara ni kesakian kita tu akan berkurangan.Juga pastikan jangan berhenti dari memberikan susu kepada bayi anda.Jika penyusuan diberhentikan mungkin susu anda semakin berkurangan dan akan kering begitu sahaja.Sangat merugikan
cara atasi puting melecet

3.TIDAK CUKUP SUSU

Ini merupakan masalah biasa kita dengar.Kepada ibu ibu sekelian, penghasilan susu ibu berkurang kerana kurangnya ransangan iaitu kurangnya ibu memberikan bayi menyusu.Bayi perlu disusukan dengan sekerap mungkin.Apabila susu kurang idberikan pada bayi terutamnya diwaktu malam, dan juga cara penyusuan yang tidak melekap dengan betul menyebabkan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
Ada juga yang gemar menyusu menggunakan sebelah payu dara sahaja.Kemungkinan jika anda kerap berbuat demikian, hanya sebelah payudara sahaja yang akan mempunyai banyak susu , sebelah lagi akan kering.Kesan ini juga tidak baik dimana kemungkinan payudara kia akan besar sebelah.

cara atasi puting melecet

Bagaimana nak atasi masalah tidak cukup susu?

Pertama, sudah semestinya kita perlu menyusukan bayi sekerap mungkin.Pastikan masa antara sesi penyususan tidak melebihi 3 jam.
Pastikan juga bayi menyusu dengan betul iaitu dengan lekapan pada payudara supaya bayi puas minum dan susu akan keluar dengan lebih lancar.
Ketiga, pastikan ibu ibu berpantang mengambil makanan yang berkhasiat tinggi protin seperti ikan ,daging, ayam,kekacang dan makanan tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Untuk menambahkan keperluan diet ibu menyusu adalah disyorkan untuk mengambil vitamin seperti ostematrix , alfalfa dan esp sebagai alternatif untuk menggalakan penghasilan susu yang pekat .
Keempat, pastikan kita mendapat rehat yang secukupnya dan sentiasa bertenang semasa menyusukan bayi.

Petua dari nenek moyang , biasanya pada hari ke 3 , mak bidan akan datang mengurut satu badan dan pada masu tu mak bidan akan mengurut dibahagian urat-urat penting bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada ibu-ibu diluar sana.Penyusuan susu ibu sangat membahagiakan saya serta dapat  menenangkan ibu yang sedang sakit selepas melahirkan.Betul tak?

















Saturday, 2 April 2016

7 CARA LINDUNGI SI KECIL ANDA DISERANG DENGGI

Dewasa ini denggi merupakan satu penyakit yang banyak meragut nyawa tanpa mengira usia.Tiada vaksin khas untuk merawat demam denggi.Ia telah lama menular di Malaysia yang mempunyai cuaca panas dan lembab .Demam denggi yang dialami oleh orang dewasa pun tak dapat tertahan sakitnya inikan pula jika ia menyerang pada si kecil.

Bagi anda yang tinggal dikawasan yang tinggi kes denggi, satu-satunya cara ialah untuk mengurangkan pendedahan kepada gigitan nyamuk aedes.

Berikut dikongsikan 6 langkah pencegahan wabak denggi

demam denggi

7 CARA LINDUNGI SI KECIL DISERANG DENGGI

1.Gunakan jaring yang nipis pada pintu dan tingkap.Pastikan tempat jaring yang terkoyak dibaiki segera

demam denggi

2.Pakaikan sikecil dengan baju lengan panjang, seluar panjang , kasut  dan sarung kaki ketika bermain diluar.
demam denggi

3.Elakkan memakai pakaian yang berwarna gelap kerana warna gelap akan menarik perhatian menghurung dan risiko digigit nyamuk adalah lebih tinggi.Pakaikanlah baju berwarna cerah.

4.Memasang kelambu  dan tidur didalamnya pada waktu malam.

demam denggi

5.Menggunakan penghalau serangga .Pilih penghalau minyak kayu putih yang mesra kulit atau DEET .
demam denggi

6.Hadkan masa anak menghabiskan waktu bermain di luar di siang hari ,terutamanya pada senja dan subuh kerana nyamuk aedes paling aktif pada waktu ini.
demam denggi

7.Pastikan setiap tempat berisiko nyamuk membiak dibersihkan seperti pasu di dalam rumah, air bertakung dan sebagainya.
demam denggi

Demam denggi berdarah iaitu sejenis jangkitan denggi yang teruk selalunya menjangkiti mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi.Oleh itu pencegahan adalah pilihan yang paling tepat.

Friday, 1 April 2016

6 LARANGAN SEMASA BERPANTANG

Assalamualaikum ibu-ibu gojes diluar sana.Hari ni kak su nak berceloteh tentang ibu ibu berpantang pula.Apa yang akak perhatikan, anak-anak muda sekarang memang kurang mengambil berat tentang amalan berpantang.Amalan berpantang yang telah nenek moyang kita perturunkan memang sangat banyak kebaikannya.Mungkin dengan amalan berpantang mereka dahulu, nenek moyang kita kurang mengalami masalah kewanitaan seperti peranakan jatuh, masalah keintiman dan sebagainya.

Kepada bakal-bakal ibu sekelian, kak su nak kongsikan sesuatu yang mungkin dapat membantu bakal ibu di luar sana untuk mengamalkannya semasa berpantang nanti
LARANGAN BERPANTANG

6 LARANGAN SEMASA BERPANTANG

1.JANGAN BANYAK BERJALAN DALAM TEMPOH SEMINGGU

Peranakan dikatakan akan cepat sembuh apabila anda merapatkan  kaki  semasa tidur.untuk memanstikan kaki ibu rapat biasanya kita akan memakai bengkung ,so tak la terkankang pula masa tidur .Kita digalakkan hanya duduk diam diatas katil selama seminggu

2.MANDI BERDIRI

Semasa mandi hendaklah duduk di bangku .Cara ini dikatakan dapat menjaga kesihatan peranakan.Dengan duduk di bangku , kita tak menggunakan tenaga disebabkan ibu yang melahirkan dalam keadaan lemah

3.PANTANG 100 HARI

Ini memang jarang orang nak buat.Biasanya kita dengar ibu berpantang 44 hari.Tetapi bagi memastikan peranakan kembali normal ibu -ibu digalakkan berpantang dalam selama 100 hari.Dalam tempoh ini kita tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin dengan suami .Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan dan kesihatan

4.DUDUK BERSILA

Samada bersalin secara normal atau pembedahan , ibu-ibu digalakkan untuk duduk bersimpuh dengan merapatkna dua belah lutut .Cara ini dikatakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka lepas melahirkan.Jangan buat-buat lupa,semasa menyusukan anak, ibu duduk bersila, alamatnya memang jahitan boleh terbuka ,silap silap kena jahit sekali lagi.

5.JANGAN MENJAHIT

Elakkan menjahit atau membaca semasa dalam pantang.Ini kerana keadaan fizikal kita masih lemah untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.Jika amalan menjahit atau membaca sewaktu berpantang sering dilakuan, kemunginan besar mata akan rabun

6.ELAKKAN DARI IBU JARI TERHANTUK

Nenek moyang sering berpesan, mesti pakai sokin dan kalau boleh pakailah kasut lembut bertutup dibahagian depan.kasut ala-ala princess tu.Ibu-ibu mesti pastikan kita berjalan dengan perlahan dan berhati-hati untuk mengelakkan ibu jari terhantuk .Ada kalanya jika terhantuk ,ia boleh menyebabkan kita pitam atau bentan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu atau bakal ibu di luar sana untuk lebih prihatin tentang penjagaan diri.Penting sangat kita berpantang dengan baik , jika tak nanti muda-muda lagi dah sakit sana sini  dan muka pulak pucat lesi tidak bermaya dan nampak tua sebelum waktunya.

Untuk memastikan ibu berpantang cukup rehat dan cukup nutrisi ,akak mencadang set berpantang ini.KLIK DISINI

4 SEBAB TIDAK DATANG HAID SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum ..lama tak ke udara , rasa gian nak menulis pulak.Hari ni nak cerita tentang wanita lagi..tentang ibu-ibu lepas bersalin.Pernah tak korang tidak datang haid dalam tempoh yang lama selepas bersalin?Risau mana la tahu rupa-rupanya mengandung lagi.Anak baru 2 bulan.ngeri laaa hai..

Ni la kisah nak dikongsi.Kak su ni anak dah 5 tapi setiap kali habis pantang , haid mesti tak datang.Dari anak pertama sampailah anak yang ke 5.Disebabkan risau takut mengandung sebab tu kak su buat keputusan untuk makan pil pereancang.Selepas bersalin  hari ke 30 kak su dah mula ambil pil perancang.Tapi anak ke 5 , kak su dah tak ambil perancang , doktor sarankan guna alat cegah hamil IUCD.

Ada orang kata kalau kita menyusukan anak sepenuhnya , kemungkinan besar haid tak datang mungkin sampai setahun atau mungkin juga sampai 2 tahun.Tapi tidak ada kitaran haid yang tepat bagi ibu menyusu secara ekslusif  selama 6 bulan atau sehingga 2 tahun.

 Selepas je bersalin, keadaan badan akan mengalami beberapa perubahan iaitu perubahan hormon.Tubuh kita sedang mengatur semula keseimbangan hormon.Pada ketika ni kita akan alami samada haid  terlalu sedikit atau terlalu banyak.Tapi kalau haid sudah melebihi 15 hari, elokla buat pemeriksaan lanjut.

Disini kak su share penyebab haid kita tertunda..nak tau juga kan..pening kepala kalau anak merah lagi ,rupa-rupanya dalam perut dah berisi lagi..Beri perhatian ye adik-adik..hihi..

PENYEBAB HAID TERTUNDA SELEPAS BERSALIN

1. Perubahan gaya hidup dan tidak cukup rehat

Ni perkara biasa ibu-ibu alami terutamanya jika anak sulung.Kita tak mempunyai masa rehat yang cukup menyebakan badan terasa letih .Tidur pun tidak menentu kerana sibuk menguruskan anak kecil , menyusukan bayi atau terpaksa bangun berulang kali untuk  menukar lampin
tak period lepas bersalin

2.Penyususan secara ekslusif


Apabila ibu ibu menyusukan bayi secara ekslusif iaitu , bayi hanya menyusu ibu sahaja tanpa bantuan cecair lain seperti susu formula atau air kosong, akan menyebabkan badan akan menghasilkan hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya haid.Ketika penyusuan ini hormon prolaktin adalah tinggi menyebabkan kitaran haid tidak berlaku.
tak period lepas bersalin

3. Emosi yang terganggu

Ibu-ibu tidak dapat menyesuailan diri dengan suasana baru selepas melahirkan anak .Emosi akan terganggu apabila tidak dapat mengendalikan anak dengan betul
tak period lepas bersalin

4.Pemakanan kurang seimbang

Biasanya selepas bersalin , ibu-ibu akan melalui tempoh berpantang.Dalam tempoh tersebut ibu-ibu dilarang mengambil makanan tertentu dan ada kalanya larangan menu pemakanan yang ketat menyebakan kekurangan nutrisi dalam badan.Disamping menu pemakanan seharian, ibu ibu juga perlu mengambil makanan tambahan seperti susu, vitamin c , vitamin B dan zinc.
tak period lepas bersalin

So lepas ni kalau dah tahu penyebab kenapa haid kita tak datang-datang, maka jangan la risau sangat.Pastikan walaupun kita terpaksa menguruskan bayi , kenalah pastikan segala masalah kita dikongsi bersama suami ..berbincang dan cuba atasi bersama.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.