Monday, 24 August 2015

BAHAYA PLATLET RENDAH IBU MENGANDUNG

Semalam semasa makan kat kantin..borak pasal ibu mengandung..ibu ibu ni dok kongsi cerita pasal pengalaman mengandung masing masing.Yang paling menyayat hati ialah sorang teman saya ni , kandungannya meniggal dunia di dalam perut akibat daripada platlet rendah.

Ini ikut apa yang dia cerita.Pada asalnya kandungan akak ni memang sihat..setiap bulan memang jumpa pakar dan semuanya dalam keadaan sangat baik.Satu hari dia diserang demam.Pada dia ingatkan demam biasa.Makan ubat demam.Siang kandungan bergerak macam biasa.Tapi pada malamnya kandungan semakin tidak bergerak.Si ibu ingatkan anaknya letih, tidur agaknya..tapi bila buat check up malam tu, doktor menyatakan yang bayi dalam kandungannya telah meninggal dunia.Hancur luluh hati ibu ni.Tapi apa kan daya..

Selepas beberapa hari , si ibu demam semula..apabila doktor membuat rawatan barulah dapat dikesan yang si ibu telah diserang demam denggi.Jadi bayi dalam kandungan meninggal akibat si ibu kekurangan platlet darah kerana demam denggi.

platlet


Ini kisah kedua.Seorang teman saya masih muda, mengandungkan anak sulung.Sepanjang usia kandungannya selama 7  bulan pertama, memang tiada masalah.Badan semakin montel dan berseri seri semasa mengandung.Suatu hari , dia rasa senak ulu hati..dan apabila check up di klinik doktor menyarankan dia ke hospital untuk rawatan lanjut.Apabila tibanya di hospital, rawatan dari doktor mendapati rupanya kandungan platlet darah beliau semakin berkurangan.Selepas beberapa hari dihospital, dia diletakkan di dalam labour room, untuk penjagaan rapi daripada doktor pakar.

Dan akhirnya semalam kami diberitahu, dia telah selamat bersalin pada usia kandungan 7 bulan setengah melalui pembedahan.Dan ibu dan anak masih dalam rawatan rapi di ICU.Tapi saya tidak pasti punca platlet beliau rendah sehingga membahayakan nyawa bayi dan ibu.Mungkin juga apabila perasaan  ibu dalam keadaan tertekan memikirkan diri agaknya...masalah lain pulak terjadi..tekanan darah pula semakin naik..pun merbahaya juga.

Selama ni saya hanya tahu bahaya kalau HB rendah jek..tapi sekarang ilmu dan pengalaman dari teman teman mengajar saya bahawa platlet rendah juga mengancam nyawa bayi dalam kandungan dan ibu mengandung. So korang yang mengandung jangan abaikan chek up up bulanan.Jangan malas malas nak makan vitamin..Ikut apa pesan doktor atau nurse yek...Jaga diri dan selalulah berdoa agar selamat sepanjang mengandung sehinggalah melahirkan..Semoga segalanya dipermudahkan.

0 comments:

Post a Comment