Sunday 30 August 2015

MINUMAN ISOTONIK PERFORMANCE DRINK

Letih bersukan?Kebanyakan daripada kita memilih untuk minuman minuman isotonik (sport drinks) yang berkarbonat (bergas) dan mengandungi gula berlebihan.
Apa kata jika kita tukar minuman yang berkarbonat dan tinggi kandungn gula kepada isotonik, Performance Drink Shakleekerana ia adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!
performance drink

Performance drink with mealshake
Kenapa saya syorkan  kepada anda untuk  membeli Performance Drink Shaklee?

Jawapannya ialah kerana Perforamance drink ialah 
  1. Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  2. Kurang  kandungan gula (less sugar).
  3. Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  4. Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 
  5. Minuman  isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Siapakah yang perlukan Performance drink?

  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.

Pengedar shaklee Masjid Tanah Melaka dan kawasan sekitar.Hubungi 
kak su 0108798077

Saturday 29 August 2015

SMKGB BERSAMA SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI CIPTA GUINNESS WORLD OF RECORD

Tanggal 29 Ogos 2015 di tempaStadium Merdeka dimana 58 tahun yang lalu, Tuanku Abdul Rahman telah  mengishtiharkan Tanah Melayu telah bebas dari penjajahan  pada tanggal 31 ogos 1957.Pada hari ini Persekutuan Silat Cekak Pusaka Hanafi juga telah melakar sejarah ditempat yang sama mencipta Guinness World Book Of Records , LARGEST SILAT LESSON .

Pusaka hanafi



pusaka hanafi





Terasa sebak..di dalam hati hanya Allah yang tahu.Syukur alhamdulillah pada hari ini seramai 140 orang anak-anak dan 10 orang guru SMKGB seorang dari SMK Ade Putra telah berjaya mencipta rekod untuk diri mereka sendiri dengan menjadi peserta sebagai ahli bersekutu Silat Cekak Pusaka Hanafi.Persembahan silat yang diiktiraf diperingkat dunia.Tapi apa yang lebih penting adalah disebalik keringat, masa , wang dan tenaga yang telah dikeluarkan , mereka mendapat ilmu baru dalam dunia persilatan Melayu..
Pusaka hanafi

Gembira dapat world record

Persediaan yang dilakukan tak sampai pun sebulan..hanya beberapa kali latihan , tapi disebabkan komitmen guru guru dan pelajar SMKGB yang sangat tinggi, mereka telah berjaya mendapat step persembahan dengan mudah.Cikgu cikgu SMKGB yang sangat sporting..tabik spring..Walaupun pada usia 55 tahun Pn Hjh Faridah Hassan GPK 1 telah bersama -sama mencipta rekod dunia .Semangat guru guru dan anak murid memang jelas ditunjukkan walaupun terpaksa berpanas dari pagi sehingga ke petang tetapi mereka tetap teguh berdiri bersama pesilat pesilat yang lain.
pusaka hanafi

Di sebelah pagi , kami telah berjaya membuat dua rekod baru, rekod lama yang juga dilakukan oleh Silat Cekak Pusaka Hanafi iaitu Persembahan Silat Terbesar serta Penyertaan Pesilat Wanita Teramai.Kalau siapa yang ada bersama kami di Stadium Merdeka pasti akan merasa getaran dijiwa, meremang bulu roma seperti mana yang dirasai oleh YB Khairi Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Malaysia.Laungan Pusaka Hanafi dipenutup persembahan bergema disetiap pelusuk dewan, membawa bersama semangat yang sukar diungkap.Semangat berkobar..cintakan agama ,bangsa dan tanahairku semakin membuak buak..
pusaka hanafi
Srikandi mencipta Malaysia Book of record

" Takkan Melayu hilang Di Dunia..Takkan Silat hilang Di dunia"
pusaka hanafi
Srikandi dan srikanda


Jom layan aktiviti kami sepanjang program Mysilat Myfest.

Exited anak anak SMKGB
pusaka hanafi

Yeiii kami dah sampai..

pusaka hanafi

Gelang paling mahal

pusaka hanafi

Bunga bunga silat..ye ke?
pusaka hanafi

Selfie tengah panas...tapi masih sabar menunggu

pusaka hanafi

Nice view

pusaka hanafi

Kesian kakak-kakakku yang kepenatan

Sekalung ucapan terima kasih kepada Persekutuan Silat Cekak Pusaka Hanafi terutamnya cawangan negeri Melaka yang sanggup bertungkus lumus bersama memastikan semua warga SMKGB dapat beraksi dipentas dunia.Jurulatih dan pengurusan yang sporting dan awesome.

Pusaka hanafi


Berjemur ditengah panas seharian membuatkan badan kehilangan banyak air..Jom minum performance drink


Okey...ni ahli ahli bersekutu yang join mysilat myfest...kini Silat Cekak Pusaka Hanafi bukan silat kampung tetapi silat bertaraf dunia...

Lelaki

1 MUHAMMAD NUR AIMAN SAHARUDIN ALIM
2 MUHAMMAD FARIS AKMAL B ABDUL MALIK
3 MUHAMMAD ARIF BIN ABDULLAH
4 FARIS ZAKWAN BIN ABDUL FATHAH
5 MUHAMMAD ASHRAF BIN SOBRI
6 MUHAMMAD KUNIZAM BIN MOHD NURI
7 RAJA NADZIM SHAH BIN RAJA ZAMLI
8 MUHAMMAD FIZRUL BIN AHMAD YUSRI
9 MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN DAHLAN
10 MUHAMMAD IZZAT ZAINAL
11 KHAIRIL  HAZIQ BIN ROSDAN
12 MUHAMMAD NURHAKIM BIN ROBI HAMKA
13 MUHAMAD MIRZA AIMAN MD HAZAN
14 MUHAMMAD NAZIRUL MUBIN MOHAMAD RASHID
15 AMAR RASYIDI ZULKEFLI
16 AQRA AMIRUN BIN AMIR
17 ANAS RIFDI BIN ARBAIN
18 MUHAMMAD SHAFIE BIN ABDUL RAHIM
19 MUHAMMAD NOORFIRDAUS BIN NOOR AZALLY
20 MUHAMMAD SALIHAN BIN SHARIFUDIN
21 MUHAMMAD NUR RIZWAN BIN AZMI
22 MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ABU
23 MUHAMMAD AKMAL BIN ATAN
24 MUHAMMAD SYAHIR BIN NURUDIN
25 MUHAMMAD ARIFF FIRDAUS BIN MOHAMAD ZAINUDDIN
26 MUHAMMAD IDRIS BIN SAFRIZAL
27 MUHAMMAD IQBAL BIN SAFRIZAL
28 ZUL IKMAL SYAH BIN ZOHAIME
29 AMIERUL BIN ABDUL RASHID
30 AHMAD ADLI BIN RAZALI
31 MUHAMMAD AIDIEL B ZULKIFLI
32 ABDUL HAFIZ BIN AHMAD ZAINI
33 MOHAMAD HAMZAH SAIFULHIZAM
34 MUHAMMAD LUKEMAN HAQEEM B FIRDAUS
35 MUHAMMAD AIZUDDIN BIN ZAKARIAH
36 MUHAMMAD AMIRUL NAIM MOHD ESA
37 MUHAMMAD AZIM SANUSI
38 MUHAMMAD YAZZID KAHARUDIN
39 MUHAMMAD SYAHREN ABDUL RAZAK
40 MUHAMMAD HIDAYAT MOHD NOR
41 MOHD HANIF ADLI BIN ZULKIFRI
42 MUHAMMAD FIRAS SYAHMIE B.MOHD YURIZULKIFLI
43 MUHD AIDIL AZWAN B AZMI
44 MUHAMMAD FIRDAUS B MAT RADZI
45 MUHAMMAD NAQIB IMAN B MAHADHIR
46 MUHAMMAD AMEERUL AZRAEI B HALIM
47 MUHAMMAD ZULHAFIS B ZOLKAPLI
48 MUHAMMAD FIKRI BIN MOHD AYOB
49 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN SUHAIDI

AHMAD NAZMI BIN ARIFIN


Perempuan
1 NURIZZATI SYAKIRAH JAFRI
2 NUR YASMIN JAFRI
3 INTAN NUR ATHIRAH AZAAM
4 NUR AINA IMAN ROSLAN
5 NUR IBTISAM HAMZAH
6 FATIN NURADLINA BINTI NOOR AZALLY
7 NUR AQILIA NABILA BT MAD NAZIR
8 SALWA BINTI IBRAHIM
9 PUTERI NUR BALQIS BINTI ABD RAZAK
10 SARAH ‘AFIFAH BINTI HASNOUL HISHAM
11 AINAA IZZATI BT RASDI
12 SITI NORFATEHAH BT NOORHAYATUDDIN
13 SITI KHADIJAH BT JAMALUDDIN
14 SITI AISHAH BT ABD WAHAB
15 NORBATRISYA FARZANA BT MOHD FAIZAL
16 SITI NUR RADHIAH BT IBRAHIM
17 NOOR SYAHIDAH BINTI SHARIFUDIN
18 SITI AISHAH BINTI ROSLI
19 NURUL WAHIDA BINTI ABDUL RAZAK
20 SYAZA IWANI BINTI IBRAHIM
21 NADHIRAH ASYYIQIN BT MARZUKI
22 NUR FARZANAH NAQIYAH BINTI NOOR HISHAM
23 NUR FADWAH NADIAH BINTI NOOR HISHAM
24 NORNABILAH ZAINI
25 NUR SHAFIQAH SULAIMAN
26 NASRIN HAZIQAH HAPIZI
27 NUR AMALIA NAZIFA BINTI MAD NAZIR
28 UMI RABIHAH BINTI SUHAIMI
29 NURUL HIDAYAH IZZATI ZULKININE
30 SITI NUR ATIKAH ISMAIL
31 NUR MAISARAH LOKMAN
32 NURUL NADIAH JOHARI
33 AFIRA DIYANA BT WALID KHIR AMIR
34 DAHLIA SYAZWANI BINTI JASMI
35 AFIFI ALYA AHMAD ZAMRI
36 NURUL SYAMIMI BT ROSLAN
37 ANIS SHAFIKA BINTI ROSLI
38 NUR FARHANA BT LOKMAN
39 NURAIN IZZATI BINTI MD DAUD
40 FATIN FARHANA BT MOHD YUSOF
41 NURAMALIA BASYIRA BT AHMAD FAUDZI
42 NOOR EIZZATI BT MUSA
43 NOR MAZNI BT MOHAMAD AZMI
44 NUR INTAN NASUHA JAMAL
45 NURUL FARHANA BT SAMPOL
46 MARSYA AINA MOHD SAID
47 AMIRA SOPHEA NORAZMAN
48 SITI HAJAR SAFARUZAMAN
49 NAJWA QISTINA KHAIRUDIN
50 ANIS SOFIA MOHD FAUZI
51 NADIA ALYSHA ZULKEFLI
52 NUR NATASHA SHAMSUL BOHARI
53 NAWAITU SAMIRA ZULKEFLEE
54 NUR ‘FAIZAH MIZAN
55 NUR AFIAH ABDULLAH
56 NUR AFIFAH ZULKIFRI
57 SYARIFAH ATHASHA SHAIB ALIWI
58 NURUL ASYIQIN BT KAMARDIN
59 NUR FARAH AFIQA BT SHAMSUL ARIFFIN
60 ANIS SYAHIRAH AZLI
61 NUR HASANAH BINTI HAMDAN
62 NURAIN BINTI MADZLEN
63 NUR MAHFUZAH MOHD SHUKRI
64 NUR LAILATUL SHAHIRA SHAIPUL BHARI
65 ANIS SHAKINA YAZIZ
66 NUR DIANA ELLYSYA BT MOHD SHAHRULNIZA
67 NURUL ATIQAH ABDULLAH
68 IFFAH KHAIRUNNISA IDRIS AFFENDY
69 HAMIZAH BT ABU BAKAR
70 NURFAHDA AIDURA BT MOHD AZWAT
71 NUR SYAMIMI BINTI NAZARI
72 AIN NADIHAH BT DAHALAN
73 SITI SAHIRA BT AZMAN
74 NURAISHAH BT MANSOR
75 AINUL MARDHIAH BT JAAFAR
76 FARAH NAJIHAH BT BAHARIZAN
77 HAFIZAH BT KAMARUDIN
78 PUTERI NURAISYAH HANIM BT AMRUL AFIZIT
79 ZAINATUL AFRINA BT ZOLKEPLI 
80 NUR NADHIRAH BT NORAZNAN
81 NUR DIANA NAJIHAH BT MOHD HASHIM
82 AIDA AIMAN BT AMIR
83 NUR MAIZURA BT SABUDIN
84 A'DINA SHUHADA SYAMSUL RIZAL
85 NUR SURAYA KHAIRUL EFFENDY
86 NUR NADZIRAH B. MOHD ANUAR
87 NUR AMIRA SYAHIDA AMBIA
88 NUR BALQIS AFFENDI
89 NUR NATASHA NADHIRA KAMAL
90 ALYA ASYIQIN BT M.AMRAN
91 NURUL ATIRA BT AMRAN
92 NAJWA BY M.NOR
93 NURAQILAH BINTI MD LAZI
94 NUR BALQIS BINTI ROSDIN
95 KHADIJAH BINTI AB RISIP
96 JULIA BINTI JAIS
97 ZAINANI BINTI NGAH
98 NORAZLIDA SHAMSURI
99 ROHAYA ABD WAHAB
100 SITI MAISARAH BINTI MOHD DARUS
101 TUAN NUR FATIHAH BT TUAN AZIZ
102 FARIDAH BINTI HASSAN
103 NOR SUHAILA BINTI ABDUL
104 NOR AZIZAH BINTI AMIN
105 FADHILAH BT MOHD ZAIN
106 BATRISYIA BT MOHD FAISAL
107 ZAKIAH BINTI HJ ABDUL KADIR

Monday 24 August 2015

TANDA-TANDA KEKURANGAN PLATLET DARAH

Dalam entry lepas saya kongsikan kisah teman saya yang mengalami platlet rendah semasa mengandung.So di sini saya nak kongsikan info tentang platlet darah .


Platelet ialah sel-sel dalam darah anda. Sel-sel ini membantu membekukan darah ketika perlu. Jumlah platelet yang normal ialah di antara 150 dan 400 juga bagi setiap mililiter darah. Kebanyakan wanita hamil mempunyai jumlah platelet yang normal tetapi kira-kira lapan peratus daripada mereka mempunyai jumlah platelet yang kurang sedikit.


Jika jumlah platelet jatuh hingga di bawah tahap normal ketika anda hamil, doktor akan menyifatkan anda menghidap trombositopenia gestasi (gestational thrombocyto.penia). Jumlah platelet anda dianggap di bawah paras normal jika kiraannya di antara 100 dan 150 juta per mililiter darah.
Trombositopenia gestasi biasanya berlaku dalam trimester ketiga. Ia tidak menyebabkan sebarang masalah kepada anda ataupun bayi dalam kendungan. Tahap platelet anda akan kembali ke paras normal selepas bayi dilahirkan.



Pengurangan jumlah platelet ini dikaitkan dengan kehamilan. Pakar masih tidak benar-benar pasti mengapa ia berlaku, tetapi terdapat dua faktor yang mungkin memainkan peranan:



  • Badan  secara semula jadinya memusnahkan platelet jika ia tidak digunakan dan menggantikannya dengan yang baru. Dalam kehamilan, proses ini dipercepatkan. Akibatnya, anda mempunyai platelet yang kurang dalam darah, tetapi platelet anda lebih muda dan lebih besar.
  • Ketika hamil, badan  menghasilkan lebih banyak plasma, iaitu bahagian cecair dalam darah. Ini bermakna, terdapat kurang platelet bagi setiap mililiter darah. Walau bagaimanapun, ini tidak mengganggu fungsi platelet. Ia masih boleh melakukan tugasnya dengan baik.
Keputusan ujian darah anda biasanya ditulis dalam nota materniti . Jumlah kiraan platelet kelihatan seperti ini: Plat. 160x10.9/L. Ini bermakna anda mempunyai jumlah platelet 160, iaitu jumlah yang normal.



Jika jumlah platelet anda rendah, ujian darah harus dilakukan sekali lagi. Ini bagi memantau samada jumlahnya terus menurun ataupun tidak.
Jika kiraannya terlalu rendah, ini mungkin bermaksud anda lebih berkemungkinan mengalami pendarahan samada semasa atau selepas bersalin atau semasa pembedahan caesarean. Doktor juga mungkin akan lebih berhati-hati apabila memberi anda epidural. Jarum epidural harus diletakkan dengan sangat berhati-hati untuk mengelakkan tercucuk secara tidak sengaja.
platlet rendah

Sukar untuk dikatakan berapa rendah jumlah platelet harus jatuh sebelum dikategorikan sebagai terlalu rendah. Ini menjadikannya sukar untuk mengenal pasti pada tahap manakah risiko pendarahan yang tidak normal menjadi tinggi. Sesetengah pakar berkata kesemua bakal ibu yang mempunyai jumlah platelet di bawah 100 juta per mililiter darah harus menjalani ujian-ujian tambahan.



Jika anda mempunyai jumlah platelet yang sangat rendah, ada kemungkinan ia disebabkan oleh penyakit yang anda sedia hidapi, seperti lupus. Lupus berlaku apabila sistem pertahanan badan (sistem imun) tersilap dan menyerang sel-sel sihat. Sesetengah ubat-ubatan seperti heparin (ubat untuk mencairkan darah) juga boleh menjejaskan kiraan platelet anda. Jika salah satu daripada kes di atas berlaku kepada anda, anda dan doktor anda akan tahu dari awal bahawa jumlah kiraan platelet anda rendah. Doktor anda akan merancang penjagaan antenatal anda dengan menimbangkan perkara tersebut.



Dalam kes-kes yang jarang berlaku, jumlah platelet yang sangat rendah boleh jadi tanda bagi masalah dengan kehamilan anda. Ini boleh jadi komplikasi praeklampsia yang jarang berlaku, yang dipanggil sindrom HELLP. Jika anda menghidap sindrom ini, simptom-simptom lain yang akan ada termasuklah:
  • simptom-simptom praeklampsia seperti tekanan darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing;
  • kesakitan pada bahagian atas perut;
  • sakit kepala;
  • loya.



Petikan dari http://www.babycenter.com.my/


BAHAYA PLATLET RENDAH IBU MENGANDUNG

Semalam semasa makan kat kantin..borak pasal ibu mengandung..ibu ibu ni dok kongsi cerita pasal pengalaman mengandung masing masing.Yang paling menyayat hati ialah sorang teman saya ni , kandungannya meniggal dunia di dalam perut akibat daripada platlet rendah.

Ini ikut apa yang dia cerita.Pada asalnya kandungan akak ni memang sihat..setiap bulan memang jumpa pakar dan semuanya dalam keadaan sangat baik.Satu hari dia diserang demam.Pada dia ingatkan demam biasa.Makan ubat demam.Siang kandungan bergerak macam biasa.Tapi pada malamnya kandungan semakin tidak bergerak.Si ibu ingatkan anaknya letih, tidur agaknya..tapi bila buat check up malam tu, doktor menyatakan yang bayi dalam kandungannya telah meninggal dunia.Hancur luluh hati ibu ni.Tapi apa kan daya..

Selepas beberapa hari , si ibu demam semula..apabila doktor membuat rawatan barulah dapat dikesan yang si ibu telah diserang demam denggi.Jadi bayi dalam kandungan meninggal akibat si ibu kekurangan platlet darah kerana demam denggi.

platlet


Ini kisah kedua.Seorang teman saya masih muda, mengandungkan anak sulung.Sepanjang usia kandungannya selama 7  bulan pertama, memang tiada masalah.Badan semakin montel dan berseri seri semasa mengandung.Suatu hari , dia rasa senak ulu hati..dan apabila check up di klinik doktor menyarankan dia ke hospital untuk rawatan lanjut.Apabila tibanya di hospital, rawatan dari doktor mendapati rupanya kandungan platlet darah beliau semakin berkurangan.Selepas beberapa hari dihospital, dia diletakkan di dalam labour room, untuk penjagaan rapi daripada doktor pakar.

Dan akhirnya semalam kami diberitahu, dia telah selamat bersalin pada usia kandungan 7 bulan setengah melalui pembedahan.Dan ibu dan anak masih dalam rawatan rapi di ICU.Tapi saya tidak pasti punca platlet beliau rendah sehingga membahayakan nyawa bayi dan ibu.Mungkin juga apabila perasaan  ibu dalam keadaan tertekan memikirkan diri agaknya...masalah lain pulak terjadi..tekanan darah pula semakin naik..pun merbahaya juga.

Selama ni saya hanya tahu bahaya kalau HB rendah jek..tapi sekarang ilmu dan pengalaman dari teman teman mengajar saya bahawa platlet rendah juga mengancam nyawa bayi dalam kandungan dan ibu mengandung. So korang yang mengandung jangan abaikan chek up up bulanan.Jangan malas malas nak makan vitamin..Ikut apa pesan doktor atau nurse yek...Jaga diri dan selalulah berdoa agar selamat sepanjang mengandung sehinggalah melahirkan..Semoga segalanya dipermudahkan.

Saturday 22 August 2015

PENYAKIT AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B

Adakah anda sering keletihan? Tidak dapat tidur dengan nyenyak? Sering mengalami stress?Mungkin anda mengalami kekurangn vitamin b .

Apakah Kesan Utama Akibat Kekurangan Vitamin B ?


1) Keletihan.
 Asid folik  berfungsi untuk membantu mengawal perasaan dan nafsu makan dan memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak. Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika anda berasa penat, berat badan menurun dan anemia kemungkinan anda kekurangan folic dalam darah


2) Perleche - keradangan belah bibir (atau sudut-sudut mulut) berikutan kulat atau jangkitan bakteria.
Riboflavin adalah vitamin B yang sangat penting untuk mata, kulit dan juga metabolisme tubuh badan kita. Wanita berusia antara 19-70 tahun memerlukan minimum 1.1mg sehari dan lelaki pada usia yg sama memerlukan 1.3mg sehari vitamin B2. Sementara bagi ibu yang menyusukan memerlukan lebih Roboflavin iaitu minimum kira kira 1.6mg sehari.Kekurangan Riboflavin juga bibir kering, mata merh dan sensetif pada cahaya.
  

3) Lemah Ingatan
Vitamin B12 sangat penting untuk sistem saraf dan juga otak manusia. Penelitian di Oxford University menunjukkkan bahawa seseorang yang mempunyai kadar vitamin B12 yang lebih rendah berisiko 6 kali lebih tinggi mengalami penyusutan otak. Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan kurang ingatan atau pelupa, murung, stress, hilang nafsu makan, hilang keseimbangan dan anemia


4) Sakit Lidah
Kekurangan Piridoksin boleh menyebabkan luka pada bahagian mulut, hilang deria rasa, dan kekurangan Piridoksin kepada orang dewasa boleh menyebabkan depresi dan anemia.Vitamin B6 ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak selain untuk membantu penyerapan vitamin B12 dan bagus untuk sistem saraf


5) Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat
Seperti Thamin, Niasin diperlukan untuk mengubah karbohidrat dari makanan menjadi tenaga. Fungsi Niasi ialah meningkatkan nafsu makan, juga untuk kesihatan kulit dan membaiki sistem penghadaman tubuh. Bagi wanita mengandung dan menyusukan memerlukan Niasin lebih dari biasa anggaran 17-18mg sehari. Kekurangan Niasin dalam tubuh badan boleh menyebabkan kulit kering dan mudah terluka, cirit birit dan juga cepat marah atau stress.



6) Anemia - keadaan perubatan di mana kiraan sel darah merah atau hemoglobin adalah kurang daripada biasa.  
Asid folik sgt diperlukan bagi wanita yang ingin hamil ataupun yg sedang hamil.  Ia bagi mencegah kerosakan saraf tunjang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan. Sangat penting untuk ibu mengandung mengambil sekurang2nya 600mcg untuk keperluan harian. Selain itu Asid folik juga berfungsi untuk membantu mengawal perasaan dan nafsu makan dan memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak. Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika anda berasa penat, berat badan menurun dan anemia kemungkinan anda kekurangan folic dalam darah


7) Masalah Kulit (Skin Lesions)
Vitamin Biotin juga sering dikenali sebagai vitamin H. Ia berperanan sebagai pemecah lemak, protien dan juga karbohidrat yang menjadi bahan bakar digunakan oleh tubuh. 25mcg sehari diperlukan oleh wanita dan 30mcg diperlukan oleh lelaki, manakala bagi wanita hamil dan menyusukan pula memerlukn lebih kurang 30-35mcg sehari Biotin. Kekurangan Biotin menyebabkan rambut gugur, masalah mata merah, pucat, lesu dan kulit bersisik


8) Insomnia - gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur. 
Vitamin B5 atau Pantothenic Acid dalam B complex berfungsi sebagai pemecah lemak, protien dan karbohidrat lalu menukarnya menjadi tenaga.Vitamin B5 ini digunakan untuk membuat Vitamin D dan beberapa jenis hormon untuk membentuk sel darah merah.Kekurangan Pantothrnic Acid boleh menyebabkan kelesuan, masalah tido, mual dan loya, muntah dan kebas pada anggota badan. Bagus untuk mereka yang sering mengalami tekanan darah rendah dan juga wanita hamil.

   

9) Jantung Membesar



Kesimpulannya, B Complex Shaklee adalah cara semulajadi untuk melawan stres/tekanan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Anda boleh mendapatkan vitamin b complex hebat ini dengan hanya klik DISINI atau hubungi saya


kak su
-0108798077-

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

Dulu saya kenal dengan vitamin b semasa saya mengandung.Itu pun bila nurse bagi tapi saya tak makan pun.Biasala tu, dulu cetek sangat ilmu tentang vitamin ni.Semenjak dah tau yang vitamin b ni sangat bagus..memang tiap tiap hari saya akan makan.Anak anak pun wajib kena makan..kalau tak ibu mesti membebel..

Tau tak korang vitamin b complex dari shaklee ni memang sangat bagus.Mari baca apa kandungan dalam vitamin b ni.Tengok label ni dulu ye


1. Vitamin B1 - Tiamin

Tiamin diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Sumber vitamin B1 boleh ditemui dalam beberapa makanan berkarborhidrat tinggi seperti bijirin, roti, dan tepung. Menurut Dr Ronda Greaves dari Melbourne's RMIT School of Medical Sciences, Australia,kekurangan vitamin B sering terjadi kepada anda yang mempunyai pola pemakanan yang buruk. Antara tandanya ialah pergerakan mata yang tidak dapat dikawal dan juga tangan dan kaki yang tidak seimbang. Kebanyakan vitamin B1 adalah mudah larut air dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Sumber lain Vitamin B1 ialah makanan laut seperti kerang dan ikan dan juga ragi.

2. Vitamin B2 - Riboflavin

Riboflavin adalah vitamin B yang sangat penting untuk mata, kulit dan juga metabolisme tubuh badan kita. Wanita berusia antara 19-70 tahun memerlukan minimum 1.1mg sehari dan lelaki pada usia yg sama memerlukan 1.3mg sehari vitamin B2. Sementara bagi ibu yang menyusukan memerlukan lebih Roboflavin iaitu minimum kira kira 1.6mg sehari. Roboflavin boleh didapatkan dari sumber makanan seperti susu dan produk yg diproses, ayam, brokoli, cendawan dan juga bayam. walau bagaimanapun, kekurang vitamin B2 boleh menyebabknsenseviti kulit, terutama pada bahagian mulut dan hidung. Selain itu kekurangan Riboflavin juga bibir kering, mata merah dan sensetif pada cahaya.

3. Vitamin B3 - Niasin

Seperti Thamin, Niasin diperlukan untuk mengubah karbohidrat dari makanan menjadi tenaga. Fungsi Niasin ialah meningkatkan nafsu makan, juga untuk kesihatan kulit dan membaiki sistem penghadaman tubuh. Bagi wanita mengandung dan menyusukan memerlukan Niasin lebih dari biasa anggaran 17-18mg sehari. Vitamin B3 ni boleh didapati dari sumber bijirin, beras, kekacang, daging lembu dan cendawan. Kekurangan Niasin dalam tubuh badan boleh menyebabkan kulit kering dan mudah terluka, cirit birit dan juga cepat marah atau stress.

4. Vitamin B5 - Pantothenic Acid

Vitamin B juga penting untuk diet tau, kerana kandungan Vitamin B5 atau Pantothenic Acid dalam B complex berfungsi sebagai pemecah lemak, protien dan karbohidrat lalu menukarnya menjadi tenaga.Vitamin B5 ini digunakan untuk membuat Vitamin D dan beberapa jenis hormon untuk membentuk sel darah merah. Antara sumber untuk mendapatkan vitamin B5 ini ialah pada ikan sardin, ayam, avokado dan tembikai.Kekurangan Pantothrnic Acid boleh menyebabkan kelesuan, masalah tidur, mual dan loya, muntah dan kebas pada anggota badan. Bagus untuk mereka yang sering mengalami tekanan darah rendah dan juga wanita hamil.

5. Vitamin B6 - Piridoksin

Kekurangan Piridoksin boleh menyebabkan luka pada bahagian mulut, hilang deria rasa, dan kekurangan Piridoksin kepada orang dewasa boleh menyebabkan depresi dan anemia.Vitamin B6 ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak selain untuk membantu penyerapan vitamin B12 dan bagus untuk sistem saraf. Sebaliknya, ada kajian dilakukan berkenaan pengambilan berlebihan iaitu 1000mg sehari boleh mengakibatkan kerosakan saraf. Sumber Piridoksin boleh ditemui dari daging lembu muda, kentang, ikan, pisang, tomato, sayuran hijau dan buah berwarna unggu.

6. Vitamin B7 - Biotin

Vitamin Biotin juga sering dikenali sebagai vitamin H. Ia berperanan sebagai pemecah lemak, protien dan juga karbohidrat yang menjadi bahan bakar digunakan oleh tubuh. 25mcg sehari diperlukan oleh wanita dan 30mcg diperlukan oleh lelaki, manakala bagi wanita hamil dan menyusukan pula memerlukn lebih kurang 30-35mcg sehari Biotin. Kekurangan Biotin menyebabkan rambut gugur, masalah mata merah, pucat, lesu dan kulit bersisik. Sumber untuk mendapatkan Biotin ialah melalui telur, kacang tanah, susu, ikan salmon, oat, tiram dan juga pisang. 

7.  Vitamin B9 - Asid Folik

Ramai tahu asid folik sgt diperlukan bagi wanita yang ingin hamil ataupun yg sedang hamil.  Ia bagi mencegah kerosakan saraf tunjang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan. Sangat penting untuk ibu mengandung mengambil sekurang2nya 600mcg untuk keperluan harian. Selain itu Asid folik juga berfungsi untuk membantu mengawal perasaan dan nafsu makan dan memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak. Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika anda berasa penat, berat badan menurun dan anemia kemungkinan anda kekurangan folic dalam darah. Antara sumber makanan untuk meningkan kadar folik anda ialah susu, sayuran hijau, tembikai susu dan juga hati.

8. Vitamin B12 - Kobalamin

Vitamin B12 sangat penting untuk sistem saraf dan juga otak manusia. Penelitian di Oxford University menunjukkkan bahawa seseorang yang mempunyai kadar vitamin B12 yang lebih rendah berisiko 6 kali lebih tinggi mengalami penyusutan otak. Errr...seram la pulak dengar. Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan kurang ingatan atau pelupa, murung, stress, hilang nafsu makan, hilang keseimbangan dan anemia. Lelaki dan wanita memerlukan 2.4mcg sekurang2nya vitamin B12 setiap hari. Sumber yang boleh ditemui melalui makanan ialah kacang soy, daging lembu, ikan, telur, susu dan rumpai laut. 

Ok ini kesimpulan daripada kandungan yang ada didalam b complex shaklee


Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ?


1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan Tekanan B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu Tumbesaran B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan Mata B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan Senggugut B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8)  Mengurangkan risiko mendapat Perleche B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.

Kesimpulannya, B Complex Shaklee adalah cara semulajadi untuk melawan stres/tekanan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Di harapkan dengan perkongsian di atas, mampu memberikan anda sedikit maklumat tentang keperluan dan akibat kekurangan Vitamin B.

Anda boleh dapatkan vitamin b complex dengan hanya klik DISINI


Atau hubungi saya

kak su
0108798077