Tuesday, 30 June 2015

MENANG DUIT RAYA MENULIS BLOG

Hari ni 30 Jun 2015, hati sedih bertukar gembira apabila nama saya diumumkan antara pemenang dalam Hantu Blog Contest. Tempat kedua pula tu.Pertandingan ni bermula 25 Mei 2015 yang lepas.So join contest ni sebab nak belajar pasal blog la.Maklumlah saya ni  orang baru dalam dunia blogger.Banyak sangat yang belum tahu.
Blog contest

Hadiah utama adalah RM 300 .Nak pecah rahsia sikit la kat sini.hihi..sebenarnya dalam hati memang nak sangat menang contest ni.Nak cabar diri sendiri nak upkan pageviews yang ciput sangat nih.belum cuba belum tahu..

Dalam doa tak pernah  lupa diselitkan supaya menang tempat pertama tapi Allah bagi saya tempat kedua.Alhamdulillah .Dapat la RM 200 dan hadiah beg Coach ni dari mami Mia..hati berbunga bunga gitew..tq mami mia
Blog contest

Sebenarnya pada minggu terakhir contest saya diduga dengan anak ditahan dihospital selama tiga hari.Di situ line internet sangat la slow nak mati..nak call,sms pun tak dapat apatah lagi nak update blog.So dalam tempoh tiga hari saya langsung tak menulis dan langsung tak share..sedih jer masa tu..Dalam hati dok kata peluang semakin tipis la macam ni..tapi tetap tak sabar nak update lagi.tak leh putus asa.

Hari terakhir contest mami Mia dah umumkan, so hari tu saya menulis 2 entry sekaligus.Sharing pengalaman anak diserang demam panas.Alhamdulilah, time tu memang pageviews meningkat mendadak.Dapatla cover 3 hari tak share.Syarat utama pertandingan ni ialah mesti lengkapkan 30 entry kemudian jumlah pageviews dalam sebulan. So dapat la saya lengkapkan 31 entry..cukup makan jer..pageviews memang jauh sangat dari juara..
otai sungguh Zana Adieyza..jauh nak kejau..

Terima kasih kepada penganjur Hantu Blog Contest ni..Banyak ilmu baru dapat dipelajari disamping gian nak menulis blog semakin bertambah.Kalau tak tulis satu hari rasa macam tak lengkap la pula.Saya  akan teruskan untuk berblog .Akhirnya dalam tempoh sebulan dapat juga  pageviews saya meningkat 100%.Sharing is caring

Ketika saya menulis entry ni saya masih dihospital coz admit anak untuk  kali kedua dihospital yang berbeza. Allah duga satu bahagian tapi Allah beri hadiah kat tempat lain.Duit raya untuk Faheimy..Syukur alhamdulillah.Terima kasih Allah.

7 RAWATAN AWAL IBU BENTAN BERSALIN

Zaman dah canggih sekarang.Bila lepas bersalin jer ibu ibu dah tak kisah nak berpantang.Al maklumlah katanya sekarang macam macam ubat ada.Apa susah.nanti sakit makanlah segala suplimen segala ubat yang melambak dijual di internet..di kedai kedai jamu..Sebab tu la akak tengok ramai adik adik muda yang baru bersalin tak ambil kisah nak berpantang.

Tak pa dik.Sekarang korang muda lagi.Tapi nanti bila dah umur meningkat,mula le semuanya longgar, lenguh sana sini , sakit sana sini.Buat kerja sikit je dah penat.Muka pulak dah macam nenek tua letih tak bermaya.Masa tu jangan marah kalau suami cari alasan tersebut untuk pasang satu lagi..opss..isu sensitif..tapi itu adalah kenyataan.

Pengalaman berpantang selepas bersalin ada yang tak kisah nak jaga diri sampai satu tahap ibu bentan.Macamana rasanya bentan tu? Jika ibu ibu merasa pening kepala , badan lemah lemah,  badan terasa seram sejuk,terasa seperti nak pitam..itu mungkin petanda anda sedang mengalami bentan.Bentan yang teruk boleh menyebabkan ibu ibu pitam atau tumpah darah.Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

bentan


7 Rawatan awal jika ibu mengalami bentan bersalin.

  1. Minum segelas kopi panas.Biarkan badan keluarkan peluh
  2. Sapu ibu kaki dengan hirisan bawang merah
  3. Segera sapukan mingak angin di kepala dan urut perlahan
  4. Pastikan perut diikat dengan ketat tapi selesa pada terutamanya pada bahagian perut yang menggeleber.
  5. Selimutkan dengan selimut tebal untuk mengeluarkan peluh
  6. Makan ubat seperti panadol atau ubat tahan sakit semulajadi iaitu b complex dan ostematrix
  7. Segera bawa berjumpa dengan doktor jika sakit berlarutan 

Sharing di atas hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri.Mungkin ibu ibu juga perlu merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman.


Untuk memastikan badan ibu berpantang sentiasa bertenaga ,susu mewah ,luka dalaman dan luaran cepat sembuh, kulit ibu dan anak semakin cantik, kurus dengan cepat, ibu patut mencuba set berpantang ini.

Friday, 26 June 2015

10 CARA BAGAIMANA MENGHADAPI ANAK SAWAN DEMAM PANAS

Sebelum ini saya telah kongsikan detik 12 malam faheimy diserang sawan..kisah itu merupakan pengalaman saya menghadapi situasi anak saya yang mengalami sawan sedangkan saya sendiri tidak mengetahui yang beliau rupanya diserang sawan.Saya pernah mendengar cerita dari saudara terdekat ,rakan rakan tetapi tidak pernah melihat dengan mata sendiri situasi  tersebut.

Apabila panik semua benda hilang kawalan dan semua yang kita tahu sebelum ini sudah tidak terjangkau dik fikiran ketika itu..Kesannya mungkin akan melibatkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Apa yang saya kongsikan di sini hanyalah berdasarkan pengalaman saya sahaja.Mungkin anda yang membaca perlu merujuk kepada pihak doktor yang lebih arif.Mungkin pengalaman saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang membaca.

Apakah Penyakit Demam Sawan ?
la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang suhu tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.


Apa itu sawan ?
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.Apa yang terjadi pada faheimy ialah matanya memandang keatas, mata hitam hampir tidak kelihatan..seluruh tubuhnya menjadi sejuk dan muka menjadi pucat kebiruan..air liur yang keluar berbuih.

Ini adalah tips yang diberikan oleh doktor kepada saya sebelum faheimy diizinkan dibawa pulang..

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?

  1. Baringkan dia mengiring kekiri dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.Ini bagi memastikan air liur yang keluar tidak masuk semula ke tekak yg mungkin mengakibatkan anak tersedak.
  2. Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
  3. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.Jangan masukkan sudu, kain atau apa sahaja ketika anak alami sawan tarik..Benda yang dimasukkan kemulut mungkin boleh menyebabkan air liur yang keluar tidak dapat keluar malahan terus masuk semula kedalam mulut menyebabkan anak tercekik atau tersedak.
  4. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Jangan melawan pergerakan tarik anak, kerana tarikan kita boleh menyebabkan patah
  5. Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit
  6. Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.
  7. Ketika anak sedang mengalami kejang, segera mandikan dengan air sejuk mulakan dari kaki.
  8. Sentiasa basahkan kepala dan badan untuk menurunkan suhu badan
  9. Jika anak mengalami sakit telinga atau sakit tekak ,pemeriksaaan doktor adalah perlu kerana antibiotik mungkin diperlukan.
  10. Jika anak mengalami kancing gigi atau lidah tergigit,jangan cuba membuka rahang mulut anak kerana ia akan mengkibatkan rahangnya patah.Jangan panik, anak akan sedar nanti,luka boleh sembuh tetapi jika rahang patah buruk padahnya.


Setiap kanak kanak yang telah pernah mengalami sawan,masih berisiko untuk mendapat sawan tarik ini akan berlaku semula ialah sehinggalah anak berusia 6 tahun.

Risiko sawan tarik ini yang akan terjadi ialah hanya pada ketika anak demam sahaja bukan diwaktu lain.Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang belum pernah alami situasi ini seperti ini. 

DETIK 12 MALAM FAHEIMY DISERANG SAWAN

22 Jun 2015..4.30 pagi faheimy bangun awal sebab ibu bangun nak masak untuk bersahur..makan sama sama dengan ibu..lepas bersahur, tak tidur lagi..terus siap siap mandi untuk pergi sekolah.senang sangat nak pergi sekolah hari ni..

4.30 petang ibu bershopping dipasar ramadhan sebelum jemput faheimy balik.Tiba di taska , muka faheimy tak ceria .Biasanya bila masuk kereta soalan yang dia akan tanya ialah "ibu beli apa untuk eimy" tapi hari ni soalan tu tak keluar..ibu belikan coklat untuk dia, tapi tak nak..rupanya dia demam , badan panas,tapi masih lincah, petah bercakap.Sampai dirumah jam 5 petang, ibu hantar pembantu rumah pulang,faheimy ikut sama tapi dia mula dah tak bertenaga..

Sampai dirumah ibu bagi ubat demam,sambil menangis,terpaksa juga dia telan..satu biji omega dikunyah,tapi tak nak vitamin c..rupanya dimulutnya ada tumbuh mata ikan..sakit mulut rupanya...mula dari tu faheimy mula merengek sehinggalah ke malam..makan tak nak minum pun tak nak..Faheimy tidur awal..ibu settlekan kerja yang tertangguh..ibu pun join nak tidur sekali sebelah Faheimy..ambil kain basah..lapkan badan dan kepala faheimy..ibu terlelap..

Tiba tiba ibu terdengar satu suara yang sangat pelik..suara dari faheimy....ibu terkejut melihat anak ibu yang tiba-tiba  keras ,kejang dengan suara mengerang..ayah yang tidur terus terkejut dan terjaga.Bila buka lampu fahimy dalam pelukan ibu sudah pucat lesi,mata  pandang keatas ,mata hitam dah tak nampak..hanya kaki dan tangan yang kaku dengan nafas yan kencang seperti nafas akan berakhir.panik dengan keadaan tu, ibu dan ayah memanggil manggil nama faheimy sambil menepuk nepuk perlahan badan faheimy kejutkan dia,ayah sudah hilang punca..tak tahu nak buat apa..ibu bangun duduk..bangun duduk memeluk faheimy yang kejang dan kaku..memanggil manggil nama faheimy sambil air mata mengalir laju..ayah ketakutan dan azan ditelinga faheimy..

Waktu tu ibu dan ayah memang sangat buntu..tak tahu apa nak buat..akhirnya telefon nenek kat sebelah rumah..keadaan faheimy masih sama..masih kaku keras dengan kaki dan tangan yang tidak bergerak..air liur berbuih mula keluar dari mulut..itu membuatkan ibu dan ayah semakin tak keruan...
Ya Allah selamatkanlah anakku..berilah kesakitan dia pada aku ya Allah..ambillah nyawa aku..jangan ambil dia ya Allah..

Bila nenek datang kerumah, nenek juga tak tahu apa nak buat kerana keadaan ibu dan ayah yang panik, nenek juga panik tak tahu apa nak buat..akhirnya ibu dan ayah terus bawa faheimy untuk pergi ke klinik..Jam 12.30 malam, klinik swasta pun dah tutup.Klinik Asuza yang dulunya klinik 24 jam kini dah buka sehingga 11 malam sahaja..Ayah yang agak panik dan itu dan ibu menangis melihat keadaan faheimy yang kaku dan tidak bersuara. Ayah bawa kereta satria, memecut dengan laju..takut gila ibu masa tu..nasib baiklah malam tu kereta tak banyak..

Ayah..seorang yang sangat cool walau apapun yang terjadi kecemasan di rumah selama ni..tetapi malam itu..ayah jadi tak keruan..tak dapat nak fikir dengan jelas..ibu dapat lihat dari setiap tingkahlaku ayah.."mana nak pergi ni..mana pergi ni" soalan dari ayah semasa sampai dipersimpangan .."kita pergi kecemasan klinik kesihatan la bang"..tanpa membantah..ayah terus ke memecut laju ke depan pintu kecemasan..pintu berkunci..tak ada orang kat dalam..undur kereta, nampak beberapa orang kat luar klinik tu..ayah minta bantuan dari diorang..

Syukur alhamdulillah..datang seorang wanita dari mana ibu pun tak perasan..terus saja arahkan ibu bawa faheimy ke dalam ambulan yang memang tersedia disitu..ketika dalam ambulan faheimy dah mula sedar dan dia terpinga pinga apa yang terjadi kat dia..nurse tersebut terus bukakan baju dan masukkan 2 biji ubat melalui dubur faheimy..faheimy mula menangis..ketika nurse mengambil suhu ,bacaan ketika itu ialah 38.8 degree celcius..ya Allah..syukur alhamdulillah faheimy dah sedar..ibu dan faheimy terus sahaja dibawa ke hospital Alor Gajah tanpa berlengah...

Tibanya disana proses dijalankan dengan sangat cepat, faheimy terus didaftarkan dan ditempatkan di wad.Bermula dari saat itu ,pihak hospital sentiasa mengawal suhu badan faheimy dan ibu sentiasa berhati hati supaya perkara yang sama tidak berulang...


Sungguh ibu merasa menyesal kerana ibu sendiri tidak tahu cara rawatan awal sebelum faheimy dibawa ke hospital..ibu dan ayah tak tahu yang apa yang berlaku pada faheimy itu adalah sawan akibat suhu badan yang terlalu tinggi..Ibu pernah dengar cerita tentang sawan tapi ibu tak pernah melihat sendiri kejadian itu depan mata..jadi keadaan panik tu mujurlah tak membawa mudarat..Syukur alhamdulillah faheimy tak alami apa apa kesan negatif dari sawan yang dialaminya tu..kalau tak pasti ibu akan menyesal seumur hidup...




                       Day 2



Day 3

Inilah pengalaman pahit dan dugaan buat ibu dan ayah yang tidak mungkin dilupakan..buat tatapan faheimy..ibu dan ayah mohon maaf diatas segala kekurangan ibu dan ayah menjaga amanah Allah ini..anak syurga ibu dan ayah..

Sehingga ketika coretan ini ditulis faheimy masih lagi belum sembuh sepenuhnya..suhu badan masih turun naik dan sentiasa dibawah pemerhatian tanpa lepa.

Semoga ia menjadi pengajaran buat ibu2 dan ayah2 diluar sana..






Saturday, 20 June 2015

TIPS KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADHAN

Ramai wanita di luar sana selalu mengeluh keletihan kerana seharian menguruskan rumahtangga apatah lagi apabila di bulan ramadhan ni.Bangun siapkan makan sahur jam 4 pagi, keluar bekerja sehingga ke petang.Balik rumah hendak uruskan anak anak dan mengemas.Lebih teruk lagi kalau suami keluar out station..tak ada yang dapat membantu..

hari ni saya nak berkongsi cerita tentang bagaimana anda nak mengurangkan rasa keletihan yang anda alami di samping tu dapat juga menurunkan berat badan..percaya tak?
Saya telah mencuba teh ini..minum satu sachet ketika bersahur..pastinya ibu ibu akan terus bertenaga sehingga ke malam..Untuk mendapatkan rasa yang lebih ummph kalau teh ni dicampurkan dengan sedikit madu dan perahan lemon.Boleh di minum panas atau sejuk..Kalau rasa nak lebih bertenaga minum satu sachet selepas berbuka dan juga satu sachet semasa bersahur..mesti tak kecewa..saya dah cuba..sebab tu saya berani cakap..

So apa kandungan dalam cinch tea ini?

Jom kita study..
cinch tea
Sedap diminum sejuk atau panas
bersama halia atau lemon....

Cinch tea merupakan minuman yang ringkas di dalam sachet yang sangat mudah di bancuh dan sangat mudah di bawa kemana mana...terutamanya anda yang bekerja..

Kelebihan cinch tea:

Apakah kebaikan dan khasiat teh putih dan teh hijau.

1.Merupakan penggalak semulajadi
2.Meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
3. Boleh diguanakan sebagai minuman alternatif menggantikan kopi, soda atau air manisan bagi mengekalkan kecerdasan tubuh badan
4.Tanpa perisa, pewarna atau pemanis tiruan, tanpa Gluten


5.Sesuai untuk semua golongan kerana ia dapat membekalkan tenaga semulajadi  dan sangat sesuai untuk golongan yang aktif bekerja  


6. Cinch tea diekstrak dari daun teh terpilih seperti matcha green teated tea extract,white tea dan rooibos red tea

6 sebab Kenapa Cinch Energy Tea mix jadi pilihan

1.Ia selamat ,peningkatan secara semulajadi.Boleh diminum sejuk atau panas
2. Alternatif bagi minuman bergula atau kopi
3. Bungkusan yang comel kecil yang mudah dibawa untuk satu hidangan
4. Peningkatan tenaga segera
5.Tanpa perasa dan pewarna tiruan

KELBIHAN CINCH TEA BERBANDING JENAMA LAIN

1. Rendah kandungan kafein (teh putih)
2. Tinggi dengan antioksida
3. Mencegah kanser
4. Mengurangkan kolestrol
5.Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
6. Meningkatkan metabolisma badan dan membakar lebih banyak lemak
7. Mengurangkan gula dalam darah.Membantu mengurangkan gejala kencing manis
8. Menguatkan tulang
9.Menggalakkan kulit sihat10.baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
11. Bantu lawan penyakit seperti athma denganmengembangkan saluran pernafasan



Mula mula suka kan CINCH TEA ialah selepas sebulan tak jumpa dengan abang kandung sendiri..bila jumpa nampak di semakin slimmm..rupa rupanya dia mengamalkan minum cinch tea selama sebulan dah...wah..boleh lah korang nak try...
saya minum untuk dapatkan tenaga berpanjangan..untuk kurus,..tak kut..dah cukup kecik dah...yang penting sihat...

Ketahui bagaimana Puan Maria Alwi menghadapi masalah keletihan dan mengantuk dengan CINCH TEA


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

order CINCH TEA

ok...cau..jumpa lgi..

suhaila 0108798077

fb:suhaila abdul

email: daniaazally@gmail.com

Pengedar sah berhampiran anda: Melaka,Masjid Tanah,kuala sungai Baru,Kolej Matrikulasi Londang,Pengkalan Balak..seluruh Malaysia..

7 TIPS AJAR ANAK BERPUASA RAMADHAN


Dok sebut pasal puasa,orang yang paling heboh sekali la Dania..asyik pesan jer kat ibu suruh kejutkan dia bangun sahur..masa kakak nak puasa ganti,dia pun sibuk suruh kejutkan dia nak makan..tapi bila tiba masa nak sahur liat juga...

Puasa


Disebabkan dania terlalu sibuk nak berpuasa ,so nak try la ajar dia puasa tahun ni.lagipun tahun ni Dania dan 7 tahun..dapat separuh hari pun ok kan..sikit-sikit .Lagipun dia belum  cukup umur baligh.Tak ada makna juga kalau mengajar anak seharian berlapar dan dahaga sampai melepek..tapi tak pula mengajar anak untuk solat..Rasanya kena lengkapkan dulu solat mereka,lepas tu ajar sikit demi sedikit untuk berpuasa.Puasa tanpa solat hanya menahan lapar dan dahaga,pahala pun ta dak..

Ada juga baca hadis shahih ni..
"Perintahkan anak-anak kalian untuk (melakukan) shalat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (ketika meninggalkan shalat) saat berumur sepuluh tahun. Dan pisahkan ranjang diantara mereka." (HR. Abu Daud, 495 dishahihkan oleh Al-Albany dalam shahih Abu Daud)



Bagi ke tiga-tiga abang dan kakaknya dulu akan mula berpuasa ketika usia 7 tahun.Disini saya nak kongsi sikit tips macamana anak anak saya dulu mula berpuasa.

TIPS AJAR ANAK BERPUASA

1.Permulaan puasa biasanya tak pernah lepas sehari.jadi saya biarkan mereka berpuasa sekerat hari ,so hari seterusnya akan ditambah masa berpuasa sikit demi sedikit.

2.Kejutkan mereka bangun sahur agak lewat, kira kira jam 5.20 pagi sangat membantu mereka di siang hari

3.Biasanya kalau anak puasa mesti nak masak makanan kegemaran anak-anak..mesti dia suka

4.Memberi sedikit duit hadiah jika dapat berpuasa penuh.Perlu difahamkan anak-anak supaya mereka berpuasa bukan untuk mendapat ganjaran duit atau hadiah tetapi berpuasa kerana Allah dan pahala akan diberikan oleh Allah sebagai ganjarannya.Cerita la kat anak di syurga ada pintu yang dinamakan Ar-Rayyan ,dan hanya muslim yang berpuasa di bulan ramadhan layak untuk menghuninya

5.     Puji la sikit  diorang di depan keluarga sewaktu berbuka, ketika sahur. Bolehla menaikkan semangat .

6.      Mendorong semangat berlumba-lumba antara adik beradik  tanpa harus mencela yang tertinggal.

7.      Melalaikan rasa lapar dengan tidur atau dengan mainan  yang tidak memerlukan tenaga. Sebagaimana para sahahabat yang mulia melakukan terhadap anak-anaknya.

8.Sekiranya anak kurang selera makan atau terlalu letih,saya akan memberikan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi yang mungkin hilang kerana hilang selera makan atau kekurangan zat makanan dari makanan yang di ambil.Mealshake ni memang kesukaan anak anak..Rasa yang sedap..boleh dibuat sejuk atau suam dan boleh juga campur dengan milo atau horliks.Bagi si abang dan kakak, saya memangwajibkan diorang ambil vitlea dan juga b compleks supaya esok dalam kelas tak letih atau mengantuk.

Biasanya kalau anak saya merasakan keletihan yang sangat, saya tak paksa untuk menyempurnakan puasanya. Hal itu agar tidak menjadikan sebab mereka benci beribadah atau    menjadi sebab berbohong atau timbulnya penyakit. Kerana pada dasarnya, dia belum termasuk mukallaf (terkena beban kewajiban). Hendaknya masalah ini diperhatikan, jangan terlalu keras dalam memerintahkannya berpuasa.

puasa

Selamat menyambut bulan Ramadhan...
Semoga kita masih bertemu lagi dengan ramadhan kali ini dan tahun akan datang....amin

Semoga ibu-ibu dapat sama-sama melatih  anak kita untuk berpuasa tahun ni...insyaallah...


wallualam


Shaklee ID:949183
Phone:01089798077



TESTIMONI IBU TEMBAM JADI CUN

First posting saya adalah kat SMK Rahmat,Kuala Sungai Baru Melaka.12 tahun kat sekolah tu.Selepas 2 tahun kat sekolah tu, masuk la sorang staff kewangan wanita..berkenalan ..oo rupanya saya  tua setahun jer dari dia..Masa tu dia belum ada anak..saya dah ada anak satu..lepas beberapa tahun kami sama sama bersaing berpantang,saya anak ke dua dia anak pertama..dan sampailah saya beranak 4 kat sekolah tu, dia pun anak 4 juga..


kurus
Shaklee National Conference 2015

Selama 12 tahun kat sekolah tu, memang kami selalu berurusan..dia ni memang agak tembam la..tapi biasa la kan..saya ni pun tembam gak..hati senang..tapi time tu dia memang nampak lebih berusia dari saya..

Tahun 2010, saya berpindah ke sekolah baru..so dah 2 ke 3 tahun tak jumpa dia ..sekali tu bila tengok fb dia..awat dia ni makin dah kurus?...Tapi tak berapa perasan sangat..Sampai satu hari saya hantar dia punya vitamin c.Memang terperanjat beruk aku..hihi memang kurus betul..body dah tak macam dulu lagi..selim melim..100% berbeza..tapi time tu kulit dia agak kusam dan kering...

Selepas sebulan consume vitamin c..kitorang jumpa lagi sekali..fuhh..puas hati saya tengok kulit dia..Dulu kulit kusam dan kering, sekarang kulit dia semakin cerah,bukan macam dayang senandung tau..cerah semulajadi gitew..siap dia puji puji kesan vitamin c..Ramai yang tegur dia ,ramai juga yang minta petua..padahal makan vitamin c jer pun..kannnn..penangan vitamin top ni memang power kalau korang makan secara konsisten..bonus makan vitamin c ni ,korang akan rasa lebih sihat dan bertenaga..Berpuas hati dengan hasil vitamin c tu..terus dia buat keputusan jadi ahli..of course jimat..siap boleh buat bisness lagi..sekarang juga Lin dah jadi leader dalam Shaklee.

So sekarang bila dia pergi kursus ke, seminar ke, atau jumpa teman teman lama, mesti dan juga dijamin, mesti terkejut tengok kawan saya ni..body dah jadi macam anak dara..muka pun semakin cun..anak 4 dah tau...siapa dia ni?

Amek kauuuuu...

Kalau korang nak tahu petua dia kurus dengan body yang cantik ni..boleh la bisik bisik dengan dia..apa petua dia guna...hihi.Ini link ke blog Lin..


kurus


Kiri adalah gambar terkini bersama anak sulung beliau


Ni sorang lagi testimoni..dulu tembam..lepas bersalin jer turun sampai 20 kg..fuhh..mesti bertambah cun kan..apa dia buat?



                 
              Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Tuesday, 16 June 2015

CARA MUDAH NAIKKAN HB IBU MENGANDUNG

Sebelum ni saya ada kongsi entry tentang bahaya Hb rendah dikalangan ibu mengandung

Mahukan anda menghadapi risiko seperti ini?


Kesan kepada ibu
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan kepada Bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


So hari ini saya nak kongsikan bagaimana caranya nak naikkan bacaan hb yang rendah  tu kepada hb yang lebih cantik..tak da la lagi nurse nak tegur  setiap kali datang check up kan..mesti korang akn tersenyum jer bila bacaan hb diambil..tak percaya?

So kita tengok dulu apa kata mereka tentang cara mudah nak naikkan hb mereka.








Set Untuk Atasi masalah Hb rendah


1. Sustained released vitamin c


3. B complex

Vitlea merupakan multivitamin dengan 28 jenis minereal dan  vitamin lengkapyang diperlukan oleh ibu ibu yang diperkayakan dengan iron.Kekurangan iron menyebabkan punca anemia

Vitamin c membantu penyerapan iron kedalam tubuh badan ibu mengandung

B complex dilengkai dengan vitamin B yang diperlukan termasuk folic acid dan vitamin B-12.Kekurangan folic acid dan vitamin B-12 menyebabkan masalah anemia ibu mengandung.

Kalau dah tak sempat dan tak mampu nak makan semua makanan yang kaya denzan iron ..elok sangatlah kalau ambil set ni..sangat memudahkan dan sangat berkesan.Kalau tak nak fikirkan tentang kesihatan diri sendiri ,fikirkanlah tentang anak yang ada dalam kandungan tu..

Apa kelebihan set atasi HB rendah ni?


  1. Sudah tentu sangat berkesan dan telah diuji secara klinikal yang setiap produk makanan tambahan ini adalah semulajadi , berkesan dan selamat.
  2. Ketiga tiga produk ini boleh dimakan sehingga  ke 6 bulan dan boleh diteruskan sehingga berpantang dan sampai bila bila..
  3. Produk ini bukan ubat, jadi ia selamat dimakan untuk sepanjang hayat kerana ia akan memperbaiki sistem pertahanan badan,melengkapkan nutrisi yang tidak dapat diserap dari makanan harian dan memastikan kita lebih sihat dari sebelumnya...
  4. Ia akan membantu korang sentiasa bertenaga semasa mengandung dan juga ketika berpantang
  5. Featus dalam kandungan akan mendapat nutrisi yang lengkap dari ibunya dan pastinya featus akan lahir dengan sihat insyaAllah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan ke tiga tiga produk ini boleh hubungi saya..sms, whassup, telegaram call pun boleh..0108798077..saya akan memberikan konsultasi percuma khas untuk anda.

Monday, 15 June 2015

BAHAYA HB RENDAH BAGI IBU MENGANDUNG


Sejak dari bulan Februari tahun ni sampilah sekarang ..setiap bulan mesti ada yang bersalin kat sekolah saya ni..so macam macam ragam dapat saya lihat.Paling top sekali ialah bila borak borak pasal ibu mengandung ni ialah pasal hb rendah..masalah hb rendah ni bukan masalah biasa biasa tau..tapi masalah hb rendah ni memang merbahaya kau dibiarkan ..

Pengalaman saya sendiri mengandungkan kelima lima anak, setiap kali mngandung mesti akan mengalami hb rendah terutamanya pada usia kandungan 6 bulan keatas.Sehingga satu tahap nurse warning ,kalau hb masih rendah , terpaksa masukkan darah.Faham fahamlah kan kalau dah masuk darah orang lain ke dalam badan kita..macam macam risiko ada..

Apa kemendanya HB ni? 

HB adalah ringkasan kepada hemoglobin.Hemoglobin ialah protein yang membawa oksigen keseluruh bahagian badan .

hb rendah
HB rendah boleh menyebabkan pitam

Bagaimana nak tahu paras HB normal atau rendah?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia
hb rendah

Darah normal dan darah pesakit anemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:


Kesan kepada ibu

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan kepada Bayi:

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Bolehkan Anemia Dikesan Lebih Awal? Apakah Simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:

  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan

11 MAKANAN ATASI MASALAH HB RENDAH IBU MENGANDUNG


Makanan untuk meningkatkan hemoglobin – mencegah dan mengatasi kurang darah (anemia)

Hemoglobin akan terbentuk dalam tubuh ketika kita makan-makanan yang kaya zat besi. Berikut ini tentang sumber makanan yang menyediakan semua elemen yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin .



1 . Seafood :

Seafood adalah makanan sumber hemoglobin. Berbagai jenis makanan laut seperti tuna, kerang, lele, salmon, tiram dan sardin merupakan sumber hemoglobin yang baik.

2 . Daging :

Daging adalah sumber makanan paling kaya hemoglobin. Daging juga mengandung vitamin B – 12, yang juga berguna untuk membantu  menjaga tahap zat besi yang normal dalam tubuh. Daging merah adalah sumber hemoglobin terbaik.

3 . Telur :

Kuning telur merupakan sumber yang juga sangat kaya hemoglobin. Kuning telur kaya zat besi yang membantu tubuh untuk menghasilkan hemoglobin.

4 . Produk susu :

Produk susu seperti susu, buttermilk, dadih dan keju juga merupakan sumber hemoglobin yang baik.

5 . Kacang-kacangan :

Kacang-kacangan seperti buncis, kacang kering,  kacang kuda mengandung jumlah zat besi yang baik. Labu dan biji labu juga dapat membantu untuk meningkatkan tingkat hemoglobin dalam darah .

6 . sayuran :

Sayuran seperti  bayam, yang banyak tersedia di pasar sangat membantu dalam pembentukan hemoglobin. Hal ini membantu untuk meningkatkan tingkat jumlah sel darah merah.

7 . Buah :

Buah-buahan juga merupakan sumber terbesar dari zat besi. Buah juga banyak mengandung antioksidan, vitamin, dan mineral, yang sangat penting bagi tubuh manusia . Buah yang kaya akan zat besi adalah semangka, kismis, anggur,  apel, pisang, jeruk, strawberi ,jambu batu

8 . Rempah-rempah :

Rempah-rempah seperti thyme, jintan, oregano, kunyit, kemangi, kayu manis merupakan sumber yang kaya zat besi. Oleh kerana itu, jangan lupa untuk masukkan  rempah-rempah ini kedalam diet Anda.

9 . Biji-bijian :

Biji-bijian seperti ,  beras, beras merah, sereal dan roti juga merupakan sumber zat besi. Seluruh biji-bijian juga merupakan sumber serat terbaik.

10 . Buah kering :

Buah yang dikeringkan seperti aprikot, plum, kurma dan kismis adalah juga merupakan sumber hemoglobin. Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah kering akan membantu dalam membentuk pigmen merah dalam darah.

11 . coklat :

 Berita baik bagi penggemar coklat, kerana makan coklat yang diperbuat dari 60% koko juga dapat meningkatkan kadar hemoglobin. "Dark chocolate" adalah coklat terbaik bagi kesihatan, kerana dihasilkan
 dari 65% koko.