Tuesday 19 May 2015

PUNCA MIGRAIN

Dulu saya sering sakit kepala, teutamanya semasa dalam keadaan stress dan pada cuaca yang panas.Kesakitan yang amat sangat dan berdenyut denyut .Tetapi saya belum sampai ke tahap hendak muntah atau  mual mual.Tapi sakit kepala seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata. Selalunya ia berlanjutan dari beberapa jam 

Tapi tak semua sakit kepala ada kaitan dengan migrain.Ramai orang selalu berprasangka bahawa migrain sebagai sakit kepala biasa. So dorang rawat spt merawat sakit kepala biasa.. 




migrain



Tahukah anda, migrain boleh membawa kepada


 serangan  sawan, strok dan serangan teruk 

yang menyebabkan 

lumpuh!


Apa itu migrain?

Migrain adalah salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kajian menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja. Namun, ia menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Biasanya, serangan migrain akan semakin berkurangan selepas umur 45 hingga 50 tahun. Walaupun begitu, sesetengahnya mungkin akan terus diserang migrain dan tidak hilang seumur hidup mereka.



Apakah sakit kepala biasa?

Sakit kepala biasa pula berbeza kerana ia menyerang pd bahagian kiri dan kanan kepala. Ia selalu dikaitkan dengan penat, stress, tekanan emosi, badan kurang sihat dan sinus.


APAKAH PUNCA MIGRAIN?

Menurut kajian, punca migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain, saluran darah akan mengembang dan menguncup lalu menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

Antara faktor lain migrain

  1.  -Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  2. -Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  3. -Sering bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  4. -Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  5. -Stress dan tekanan
  6. -Jadual tidur yang tak tetap
  7. -Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .



APAKAH MAKANAN YANG SESUAI UNTUK 

PESAKIT MIGRAIN?

 *telur : kerana kaya dengan Omega 3 yg dikatakan amat baik untuk merawat migrain


* kekacang : kerana mengandungi magnesium. Tahukah anda bahawa kekurangan magnesium dlm badan boleh menyebabkan migrain. Selain itu, magnesium juga dikatakan berkesan utk menenangkan fikiran yg berada dlm keadaan tegang ketika tengah diserang migrain.



* susu : riboflavin atau vitamin B2 berfungsi membentuk sel darah merah, antibodi dlm tubuh dan membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga kerana kekurangan tenaga dikatakan salah satu punca migrain!



* bayam : kaya dengan magnesium

* salmon : tinggi kandungan Omega 3


CARA MENGUBATI MIGRAIN 

No comments:

Post a Comment