Saturday 16 May 2015

MAKANAN YANG HARUS DI AMBIL OLEH IBU BERPANTANG

Makanan adalah aspek amat penting dalam rawatan berpantang bersalin.Kehamilan telah menganggu keseimbangan hormon ibu.Ibu ibu mengalami berbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi  akibat perubahan fizikal.Apalagi ketika melahirkan anak , tenaga dikerah dengan hebat , urat saraf banyak telah tercedera dan luka di bahagian tertentu.

makanan berpantang

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan ibu ibu atau bakal ibu sekelian apakah makanan yang harus di ambil semasa berpantang.

1.Makanan berprotein tinggi seperti ikan segar  dan ayam kampung tanpa kulit

2.Cara masakan yang sihat iaitu makanan yang di masak secara pindang, banyak kandungan halia, asam keping, lada hitam dengan herba serta bawang putih yang banyak.Kurangkan makanan pedas dan berminyak

3.Jumlah keseluruhan kalori bagi wanita adalah berbeza bagi setiap individu mengikut beratdan ketinggian masing masing.Secara amnya wanita memerlukan  antara 1600-1800 kalori sehari.Kalori ini tetap semasa mengandung kerana penyususan secara ekslusif akan membakar 500 kalori sehari.Seandainya ibu berpantang tidak menyusukan bayi,dan ingin menurunkan berat badan  pengambilan kalori perlu dikurangkan  menjadi 1100-1300 kalori sehari.

4. Minum air kosong dengan banyak untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan.Minum air  ini perlulah diambil dengan kerap bukannya minum air yang banyak sekaligus.




 Ketahui bagaimana memastikan badan sentiasa bertenaga dengan makanan semulajadi semasa berpantang


Saya adalah pengedar shaklee kawasan Masjid Tanah,Alor Gajah,Kuala Sungai Baru,Pengkalan Balak.Perkhidmatan pos adalah diseluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment