Friday 10 April 2015

SAYA BENTAN SEMASA DALAM PANTANG

Korang tau tak apa tu bentan?..Kalau saya..bentan tu maksudnya seluruh badan akan terasa lemah longlai, ditambah bisa bisa sendi, menggigil kesejukan walaupun cuaca panas dan mengalami kekejangan otot.Bagi yang belum pernah berpantang mungkin korang biasa dengar .

Nak cerita sikit macamana pengalaman saya mengalami bentan.Yang paling saya ingat ialah ketika melahirkan anak yang ke 3. Faeiz dilahirkan 2 hari sebelum menyambut hari raya aidilfitri.Bersalin selepas maghrib.Disebabkan tiada apa apa masalah pada baby dan ibu, so saya dibenarkan keluar pada hari terakhir ramadhan.Meriah sana sini orang sibuk nak sambut syawal..

bentan

Tenang bersama bayi...terapi terbaik hilangkan stress

Jadi pada malam hari raya, selepas suami dan anak anak sudah berbuka puasa, masing masing riang main bunga api, main mercun di rumah nenek.Rumah neneknya dekat jer..seperlaungan aja..Jadi saya yang kat rumah ni pun exited la juga nak sambut hari raya..Baru dua hari selepas melahirkan anak, badan ni rasa sihat la sangat.so malam raya tu saya pun menggatal bergerak pelan pelan isi kuih raya dalam bekas bekas kuih...elok pula baby tak nangis, so selesailah mengemas kuih kuih dengan jayanya...



Esoknya dah hari raya...jadi meriah dan happy anak anak nak beraya, tapi ibunya hanya duduk rumah jer la..So pagi raya tu suami saya ke masjid untuk solat sunat aidifitri..saya pun dah siap mandi.Semasa dalam bilik air tiba tiba saya rasa pening dan dengan serta merta badan terasa seram sejuk, kepala mula pening dan kaki mula rasa menggigil .Nak berjalan pun dah tak mampu sebab kepala pusing.Mujurlah pada masa yang sama anak buah saya pun sampai.Dia yang tolong keluarkan saya dari bilik air dan bawa ke katil untuk berehat.So kisah saya bentan ni sampai kepada mak mertua saya...hihi..kenalah tegur..suka sangat bergerak banyak banyak , jalan sana sini, kan dah bentan.So dengan segera la makan ubat..panadol jer pun..Lepas tu mak panggil orang kat kampung situ juga tawarkan air untuk saya.Alhamdulillah, selepas berehat, elok la semula.Tapi lepas tu saya lebih berhati hati...


bentan bersalin

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mengalami masalah kesihatan

So disebabkan saya dah biasa kena bentan ni,rasa pananya dunia sebab bentan ni..mujurlah tak tumpah darah... eloklah korang jaga diri sendiri semasa dalam pantang ni..bentan bahaya ..kalau tumpah darah boleh menyebabkan kematian..Saya tak ada sebarang masalah pada luka jahitan, mungkin kerana badan tak cukup rahat..darah tak cukup mengalir denganbaik..kurang oksigen sampai ke otak...

Bentan dalam istilah tradisional tapi dalam isitilah perubatan tak dipanggil bentan..lain pula namanya..komplikasi selepas bersalin...komplikasi selepas bersalin juga membahayakan kesihatan dan nyawa ibu..bagi kes ibu yang bersalin secara caesarean, penjagaan adalah agak rumit dan haruslah berhati hati agat jangkitan kuman tidak berlaku.Berikut dikongsikan tips penjagaan kesihatan selepas bersalin

  1. Memastikan luka sentiasa kering
  2. jangan sapu apa apa pada luka seperti minyak gamat, iodin dan alkohol selagi luka belum sembuh
  3. Selepas mandi pastikan bahagian luka bersih dan kering
  4. Sentiasa memantau luka jika terdapat tanda tanda jangkitan kuman.Jika ada terus berjumpa doktor
  5. Bergerak dengan berhati hati
  6. Mengambil vitamin C dan protein
  7. Elakkan daripada makan makanan yang anda sendiri alah
  8. Ambil pil zat besi dan multivitamin untuk tambah darah

Ingatlah pesan orang orang tua, berhati hati lah semasa berpantang..jangan ingat badan dah sihat, boleh buat sesuka hati. Luaran nampak ok tapi dalaman siapa yang tahu.Penting sangat penjagaan kesihatan semasa berpantang. Makanlah makanan seimbang dan ambillah makanan tambahan supaya tubuh badan mendapat zat yang secukupnya...

Anda mungkin meminati:

1.MAKANAN SEMULAJADI ELAK BENTAN DALAM PANTANG

2. CARA ATASI MASALH KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG


3.CARA MENAMBAHKAN SUSU IBU(TESTIMONI)


5 comments:

  1. gerun bila baca pasal org kena bentan masa berpantang nie....

    ReplyDelete
  2. Belum kena tak pa..jaga2 masa dlm pantang..bila kena..pana..hihi

    ReplyDelete
  3. As salam puan...mohon msj sy 0196965218 sbb sy x tahu nak hubungi pn mcm mana. Tq. Urgent

    ReplyDelete
  4. As salam puan...mohon msj sy 0196965218 sbb sy x tahu nak hubungi pn mcm mana. Tq. Urgent

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete