Saturday 21 March 2015

RESEPI TEMPE GORENG HITAM MANIS

Asalamualaikum..
sebenarnya saya tak pernah share apa apa resepi dalam blog sendiri..sebab saya ni bukan pandai sangat masak..setakat masak campak campak jer..yang penting anak anak suka makan..hihi..tak da yang spesifik pun..

So hari ni disebabkan ramai yang teringin nak cuba tempe goreng hitam manis ni so saya share lah yer..kalau sedap Alhamdulillah..kalau tak sedap ..pandai pandailah adjust sendiri..resepi ni pun kalau korang kreatif nak ubahsuai pun boleh..kita yang buat..so pandai pandailah ikut citarasa sendiri

Bahan bahannya

2 keping tempe

 2 biji kentang
 1 biji bawang besar
 2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
 segenggam ikan bilis..nak banyak pun boleh
 3 sudu kicap manis(saya suka kipas udang)
3  sudu sos tiram
 (kalau nak pedas boleh tumiskan sekali dgn cili mesin)
2 biji lada hidup

3 tangkai kacang panjang

Lada sulah

Cara  cara

1.potong tempe dan kentang tirus..tak nak bentuk dadu..tak garing..hihi.

2.goreng semua ikan bilis,kentang dan tempe berasingan sehingga garing..alihkan satu tempat..

3.Tumiskan bawang putih dan bawang merah yg dah ditumbuk sampai naik bau..

4.Masukkan air sebanyak suku cawan..air jgn lebih..nnti tempe dan kentang jadi lembik..

5.Masukkan kicap dan sos tiram..tambah sesudu teh gula

6.Bila sos dah mendidih..masukkan semua ikan bilis, tempe dan kentang yang digoreng..

7.Masak hingga air kering.Masukkan bawang besar yg dah dipotong serta lada hidup yg dipotong serta kacang panjang kedalam campuran tadi.

 8.Gaul sehingga sebati dan angkat..kalau rasa tak masin tambahkan sedikit garam..jangan banyak sangat ye..kicap dgn sos tiram dah masin..

9.Angkat dan hidang..taburkan sedikit lada sulah diatas masakan tadi...siap..senang kan...


Selamat Mencuba...
Resepi tempe

                  TEMPE MASAK HITAM MANIS





































1 comment:

  1. Insyallah...nanti nk cuba buat,x pernah lg rasa..
    Tq kongsi resepi ni.

    ReplyDelete