Sunday, 22 February 2015

BOMOH SASARKAN DOUBLE CHIN UNTUK MINYAK DAGU????

Orang perempuan pantang mak nenek dia kalau orang sebut pasal gemuk..ada yang suker ke??????.maybe ada yang suka sebab selama ni dia memang impikan nak gemuk sebab dia memang cekeding.Hari ni saya mula terasa yang diri saya semakin gemuk..masa dok selfie dgn anak anak tadi..bila tengok semula gambar tu, nampak sangat dah ada double chin..hooooo..bukan masalah tak cantik ,tapi masalah berbagai penyakit yang datang nanti....

Dagu berlapis ni istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher.Nampak tak..dah banyak lemak la tuuu Persoalan yang diyakini timbul ialah, macamana  masalah dagu berlapis boleh terjadi? Punca dagu berlapis ialah makan yang berlebihan, cara duduk, cara tidur dan berjalan yang tidak betul. 

7 cara nak menghilangkan dagu berlapis

  1. Makan secukupnya. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang..sunnah nabi tu...Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Gemuk dan dagu berlapis ibarat lagu dan melodi.
  2. Elakkan tidur selepas makan. Memang best kalau tidur lepas makan....Jika anda biasakan diri untuk tidur selepas makan, muka anda akan menjadi tembam, dan kulit dagu anda akan melabur banyak sel-sel lemak ke dalam kulit anda. Pelaburan seperti ini sia-sia. Malah 'bomoh-bomoh' tertentu mungkin suka menjadikan anda sebagai sasaran untuk bekalan mentah minyak dagu.
  3. Gunakan teknik urutan untuk memecahkan lemak pada dagu. Urutan hendaklah secara menaik, iaitu dari bawah dagu ke atas dagu, sama seperti mencuci muka dengan benda-benda yang digunakan untuk mencuci muka.
  4.  Kawal pengambilan kalori dan juga bersenam.Paling berkesan kalau rajin bersenam,bukan sahaja dagu, satu badan akan cantik...
  5. Kunyah Gula Gula Getah Kunyahlah sebiji gula – gula getah biar sampai kebas baru berhenti. Ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka bersenam la tu...
  6. Tidur dengan muka menghadap ke atas. Kaedah tidur seperti ini bertujuan untuk mengelakkan dagu dan leher daripada bercantum.
  7. Disebabkan double chin ni berpunca utama dari lemak dan minyak makanan, maka bolehlah amalkan OMEGA GUARD yang , LECITHIN ,PHYTOCOL yang boleh membantu melarutkan lemak dan menghalang lemak LDL terus meresap kedalam salur darah...kalau nak harap jaga makan saja susah sikit saya nih..selalunya susah nak elak makanan berlemak dan berminyak nih..
    Double chin
Apa apun yang kita buat, paling utama adalah buat dengan istiqomah.Kesihatan adalah anugerah Allah tak terhingga..bila badan siaht,otak cerdas, wajah ceria dan cantik mata memandang...ok bye...cau...

-salam sayang-
      DKIK (Duniaku inspirasiku)

0 comments:

Post a Comment