Friday, 28 November 2014

KATAK MELOMPAT DI DALAM KELAS

Pagi pagi buta dah keluar seawal 6.30 pagi dah sampai sekolah..Nak ke Majestic Hotel Kuala Lumpur untuk conference Leaps of knowledge anjuran frogasia..Atas inisiatif pengetua SMKGB yang sangat meminati IT dan proaktif,  walaupun beliau seorang guru Matematik, kami mewakili sekolah untuk menyertai seminar.Kami berlapan  iaitu pengetua, Puan Khalijah,Pn Kamariah,Sir Firdaus,En.Fadhil ,En.Husaini,Pn Aziah dan Pn Ct Kamariah..Bermula daripada 9 pagi dan berakhir sehingga mungkin 6 petang sebab kami terpaksa pulang awal atas faktor masa.. 
 
vle frog
Tak sempat bergambar berlapan...

Kebanyakan yang hadir adalah daripada golongan guru dan juga instisusi pedidikan.Peserta memenuhi setiap ruang pendaftaran yang agak sesak.Program bermula seawal 9.30 pagi.
Ucapan daripada YB P Kalamanathan Deputy Minister Of Education II antaranya yang saya dapat kongsikan di sini ialah
" Everybody wants to be power, wants to be superman ,spiderman, millionnaire, but nobody wants to be a beginning of the change" 
Sangatlah betul dan tepatnya...termasuklah saya..nak jadi hebat, nak jadi guru cemerlang, nak kaya tapi hmmmmmmm.....banyak alasan...BUT ....."Only YOU can decide  who you want to be".
semua akan jadi lemah kerana hati..kalau hati kata nak..dan yakin dan pasti nak dapatkan juga mesti kita akan harung apa jua halangan dan cabaran..Peringkat permulaan segalanya memang sukar..tetapi disaat kejayaan dicapai , disitulah terdapatnya kemanisan...
flubaroo

 Slot yang paling menarik ialah semasa sesi workshop, dimana  peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan saya dalam kumpulan  GLOBAL LEARNING. Peserta di dedahkan dengan penggunaan VLE FROG oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Cina. Bukan sahaja VLE FROG digunakan dalam PdP malah ia digunakan juga  oleh Kaunselor sekolah Sri Puteri untuk murid membuat SCRAP BOOK. Kaunselor pun boleh guna vle frog okeyyy.....
Penggunaan GOOGLE FORM dalam kokurikulum bagi mendapatkan analisis murid mengikut jantina,persatuan uniform,kaum dan bilangan murid yang manakah paling ramai dalam sesuatu persatuan tersebut.Yang menariknya, semua analisis ini dapat dibuat dengan pantas.Guru -guru yang ingin menggunakan aplikasi ini boleh melayari alamat ini http://gg.gg/daftarkoku  . Dan bagi guru yang  ingin mendapatkan ilmu tersebut , bolehlah menghubungi mereka yang arif.Cikgu Kamariah dah ambil dah no contact mereka mereka yang hebat ni...
google apps
          Kelebihan menggunaan Google Apps Dalam pengajaran dan pembelajaran

 Cikgu Tan Mui Meng (Most Inspiring Teacher) Seorang guru dari SK Putrajaya Presint 8(1) mengajar matapelajaran Sains dan Bahasa Cina menggunakan GOOGLE APSS dalam pengajaran dan pembelajarannya.Beliau juga menggunakan aplikasi flubaroo..
Boleh layari di alamat ini... http://goo.gl/GZvfYA...Memang kena belajar ni .cikgu yang tengok pun teruja, apatah lagi kalau anak murid kita yang belajar guna aplikasi tu..Tak bayar satu sen pun..tak payah pakai kertas..boleh digunakan berulang ulang kali..Nak tau lebih lanjut, jom kita panggil diorang datang LDAP..apa? tambah kerja? think positive okey...Sapa yang nak ubah nasib anak anak didik kita kalau bukan kita????? ....Jom kita jadi guru yang menjadi sumber inspirasi untuk anak anak bangsa kita sendiri, kita maju kehadapan..usah kita berada di takuk yang sama setiap tahun..Everything is in your hand..if you believe u can...yes you can..


Vle frog
 Tan Mui Hing (MOST INSPIRING TEACHER)

Selesai satu workshop, kami tak lepaskan peluang ke pameran yang dibuat oleh pihak frogasia.Sesi penggunaan VLE FROG dalam pembelajaran sejarah disekolah ditunjukkan secara live kepada peserta.Booth penerangan cara menggunakan VLE FROG..kat sini la best..tapi tak puas la sebab masa terlalu singkat..sempat lagi adik Aizudin staff frogasia mengajar kami.Bertalu talu soalan dia kena jawab..hehe..banyaknya benda kita mesti belajar..very interesting..bertuah rasanya saya dapat pergi ke seminar ni.sekurang kurangnya dapat membuka mata saya tentang betapa kolotnya saya semasa mengajar sekarang..huhu..nak try ubah..mesti ubah..kalau tak dapat banyak pun dapat sikit pun oklah dari tak berubah langsung..sikit sikit lama lama bertambah lah expert..

Pengetua dan Hjh Kamariah, bertenaga dan sangat exited..wah..hebat..dapat percuma pendrive lagi...kalau beli harga Rm 40 tau..dapat pungut kupon berharga $100 dengan menjawab soalan soalan mudah ,ada peserta yang dapat kumpul sehingga 4 pendrive..wow..rajin dapat la...bukan susah pun nak dapat kupon $100 tu..hehe..saya pun dapat , tapi atas ikhsan kawan kawan kumpul kupon..  
Vle frog
 PERCUMA!!!!! Kecuali T shirt..beli..cantik tak?

Ada  ke yang tak tau lagi ke apa tu vle frog?

 Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

APA ITU 1BestariNEt?
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.

KENAPA NAK GUNA VLE FROG?

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya
Nasihat kepada guru guru dan untuk diri saya sendiri,rakyat Malaysia yang bakal memimpin masa depan berada di tangan  guru..Guru agen perubahan,guru yang sentiasa proaktif dan maju ke depan pasti dapat membimbing anak muridnya juga proaktif, kreatif berinovasi, daya pemikiran yang tinggi...berdaya saing..
Dengan adanya pendedahan aplikasi pembelajaran maya yang menarik ini , dapat menarik minat murid untuk explore dunia tanpa sempadan..mereka lebih dinamik, kreatif dalam menjalani hidup serta menyelesaikan masalah..
VLE FROG...
terasa sangat ceteknya ilmu saya dalam IT sedangkan banyak benda yang saya boleh gunakan untuk mendidik anak murid saya dalam kelas dengan cara pengajaran yang lebih menarik, cantik, dan of course sangat TIDAK membosankan..

Pn Hjh Khalijah sedang  manaik taraf kemudahan internet di sekolah agar VLE Frog ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh semua guru guru di sekolah dan semua murid juga dapat menggunakannya semasa PdP dan dirumah .Mudahnya murid menjawab soalan latihan daripada VLE FROG.Mereka dapat mengetahui markah yang diperolehi dan juga guru dapat menyemak samada murid telah menjawab soalan yang diberi berserta markah .Ibu bapa juga dapat mengakses ke dalam VLE FROG dan  dapat menyemak samada anak anak mereka melaksanakan tugasan yang telah diberikan kepada anak mereka..

Tahun hadapan 2015 tuan Pengetua Pn Hjh Khalijah akan melaksanakan penulisan rancangan pelajaran harian guru menggunakan VLE FROG. Tiada lagi kelas tambahan petang.Murid akan pulang paling lewat 3 petang kerana semua murid dibekalkan tugasan melalui VLE FROG..semoga usaha beliau membawa perubahan kepada sekolah kluster SMKGB akan berjaya..amin..walaupun ada yang akan merungut..itu biasa..everthing is difficult before it s easy kannnn...jika kita asyik fikir apa yang orang akan kata..sampai bila pun kita tak kemana...
                             Jom kita buang alasan..jika orang boleh buat , mengapa tidak kita???


So saya ni tengah bersemangat untuk akses VLE FROG nih, nak ubah cara pengajaran, nak tingkatkan prestasi dan minat pelajar dalam Matematik, Fizik..saya juga mengharapkan agar guru guru dapat sama sama memberi idea dan saling membantu orang seperti saya ini yang terlalu banyak kekurangan....Semoga usaha murni Pn Hjh Khalijah ini membuahkan hasil dan melahirkan lebih ramai guru yang kreatif dan inovatif serta melahirkan murid murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik....

"NOT everyone can be a theacher"
"Teacher save Generations"
"Teacher inspires people" 

"EDUCATION IS NOT THE FILLING OF A PAIL , BUT THE LIGHTING OF A FIRE"

Sekadar perkongsian,semoga memberi manafaat


vle frog

Before lunch.........



su|0108798077|Masjid Tanah|Alor Gajah|Sungai Udang|Semenanjung Malaysia|Sabah Sarawak|

Tuesday, 25 November 2014

8 TIPS PILIH TASKA ELAK ANAK JADI MANGSA DERA

Baru baru ini sepupu telah menghubungi saya bertanyakan jika saya mengenali sesiapa yang boleh menjaga dan mengasuh anak sulungnya yang lahir tidak cukup bulan.Beliau sangat risaukan anaknya tidak mendapat penjagaan yang baik semasa dia pergi bertugas sebagai seorang guru.Saya yang ada  anak 5, kesemua anak anak saya dihantar ke pusat penjagaan kanak kanak atau taska, kecuali yang sulung, nenek jaga sampailah berusia 5 tahun.

Saya lebih suka kalau anak saya dihantar ke taska atau tadika, memandangkan saya seorang guru yang biasanya akan balik lewat dan ada kalanya hari sabtu pun ada kelas.Saya lebih selesa jika anak saya bergaul dengan ramai kanak kanak lain walaupun masih ada risiko yang perlu saya tanggung .Tidak dinafikan semakin banyak kes kes kanak kanak didera oleh pengasuh dan ada kes yang melibatkan maut apabila kanak kanak ditaska tercekik susu.Kalau nak yang terbaik maka  kitalah sebagai ibu paling terbaik menjaga anak sendiri..Ramai juga yang sanggup menjadi Work At Home Mom (WAHM) demi hendak melihat dan mendidik anak sendiri dengan tangan sendiri menjadi anak impian ibu ayah.


Tetapi bagi mereka mereka yang tiada pilihan untuk menjaga anak sendiri atau menghantar ke rumah pengasuh, perlulah mencari taska yang yang terbaik untuk anak anak kita berkembang dari segi mental dan fizikal agar taska itu tidak menjadi neraka dunia bagi anak anak kita.
Tips memilih taska .
1.Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga
Semasa permulaan saya memilih untuk hantar anak ke taska, saya pastikan yang taska tersebut telah berdaftar dengan JKM.Minta pengusaha tunjukkan sijil dan dokumen yang sah

2.Melawat ke tepat penjagaan 
Mesti check ciri ciri keselamatan dan kebersihan dalam taska terbabit.Susun atur perabot yang selamat.Terdapat ruang yang selamat untuk kanak kanak bermain, ada ruang rehat dan tidur yang selesa.Kebersihan tempat penyediaan makanan, bilik air yang bersih serta paling penting pagar mesti sentiasa berkunci dan ada laluan kecemasan. 


3.Melihat cara penjagaan yang di amalkan oleh penjaga taska
Anak akan tinggal selama kira kira 6 ke 7 jam bersama dengan penjaganya. Jadi sangat penting untk kita semak bagaimana sikap dan latarbelakang penjaga tersebut.Kanak kanak sangat pantas untuk meniru segala apa yang berlaku dihadapan matanya.Jika baik baiklah lakunya, jika buruk yang dilihat, buruklah perilakunya.Biarlah penjaga itu seorang yang akhlaknya baik dan berpakaian sopan

4.Mempunyai hubungan baik dengan pemilik taska
Ini sudah semestinya.Amalan tegur menegur, memberi buah tangan kepada penjaga sangat elok diamalkan.Ini akan dapat mengukuhkan silaturrahim dan kasih sayang antara kita dan penjaga .Apabila hubungan kita baik, insya Allah anak kita juga akan dilayan dengan baik .Selalulah berkongsi pendapat dan meminta maklumbalas tentang perkembangan anak kita selama berada di taska tersebut.

5.Memastikan taska mengamalkan nilai nilai moral dan islamik

Saya akan pastikan bahawa taska akan mengajar anak saya mengaji, mengajar nilai nilai kerohanian seperti doa doa harian, bacaan asas solat serta juga mengajar asas asas membaca, menulis dan mengira.

6.Memastikan Kebersihan dan khasiat makanan yang disediakan 

Cuba tanya anak atau pengusaha sendiri tentang menu yang disediakan untuk anak.Penting untuk kita pastkan makanan yang diberi adalah berkhasiat.Cara penyediaan makanan dan hidangan yang bersih bagi mengelakkan keracunan makanan.Bagi anak yang berusia setahun ke atas, saya memastkan anak saya mengambil makanan tambahan lain untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuhnya agar tidak selalu di serang selsema, batuk atau demam serta jangkitan lain daripada teman teman taskanya.Saya akan beri mereka makan vitamin c, dan omega. Mealshake dicampurkan kedalam bancuhan susu

7.Memastikan kanak kanak diasingkan mengikut peringkat umur.

Bayi dibawah setahun yang memrlukan penjagaan lebih rapi memrlukan penjagaan lebih teliti dan kebiasaannya pihak taska akan mengenakan baayaran yang lebih untuk penjagaan bayi.Sebaiknya pilihlah pengusaha taska yang boleh membantu untuk memberikan susu ibu yang di perah .Ada segelintir penjaga taska menolak penjagaan bayi yang minum susu ibu kerana bagi mereka ia sangat remeh, sedangkan susu ibu adalah susu yang terbaik.

8.'Soal siasat' anak untuk mengetahui aktiviti harian mereka

Pastikan kita siasat apa yang berlaku jika anak  menunjukkan perubahan sikap yang negatif sebagai contoh, anak menangis bila sebut mahu hantar ke taska, ada kesan jatuh ,luka atau lebam pada badan anak.Jika terbukti terdapat penderaan fizikal atau mental pada anak , segera bertindak membuat laporan pada pihak berkuasa.

Berbalik kepada sepupu yang ingin mencari penjaga anaknya tadi.Disebabkan beliau kurang yakin dengan setiap cadangan yang saya berikan, maka , anak berliau kini dijaga oleh ibunya yang tinggal bersamanya sehingga kini.Ibu tinggal dengan anak, ayah ada di kampung..itulah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya..jika dulu menjaga anak sekarang menjaga cucu pula.. terpulanglah ..segalanya anda yang buat pilihan.
taska lalai

Kesan Kelalaian Penjaga Taska




Monday, 24 November 2014

TASKA PUNCA JANGKITAN KUMAN?



Hari ni saja nak buat sharing dengan korang..sebab terperasan Faheimy  kena selsema...Dah lama sangat dia tak kena selsema..masuk hari ni dah 2 hari dan selsema tapi dah semakin baik..Alhamdulillah selsema ini tak datang bersama batuk dan demam.
Bila terperasan tengok faheimy selsema terdetik dalam hati, eh.. rasanya dah lama dah kan faheimy tak kena selsema..dulu.. selsema ni biasa..tak pernah kering..maklumlah , duduk taska..kalau dulu hari hari mesti meleleh jer hingus..pastu dia tarik baju..lap..huhu

pneumonia
Faheimy 2012

 Ke lima lima anak
saya hantar ke taska.. sekarang Fahemy berusia 2 tahun 8 bulan, masuk ke taska sejak usia 2 bulan sehingga ke hari ini..Dania pun saya hantar taska dan tadika  semenjak usia 2 bulan jyga.Biasalah kan..kalau duduk kat taska mesti ramai  yang demam atau selsema..

Dulu dania dan faheimy


1. Diserang pnumonia akibat selsema dan batuk berpanjangan..ditahan wad 3 ke 5 hari untuk rawatan..

2. Sering selsema, tak pernah elok..elok 2 hari selsema 5 hari
3.Sering demam waktu malam, siang baik
4. Semua klinik di Masjid Tanah dah pernah ambil ubat untuk diorang..kut kut mana lebih serasi..antibitik dari yg dos rendah sampai dos tinggi
5.Tak selera makan dan badan kurus tak bermaya

6.Macam macam ubat ada, dari doktor biasa samailah ke doktor pakar, dalam peti ais penuh dengan bermacam jenis ubat diorang


Sekarang..

1. Faheimy dan dania tidak pernah lagi diserang asma/pnumonia

2.Selsema sebulan tak sekali..kalau selsema 2 hari dah kering
3. Masalah demam berpanjangan tak da lagi..
4.Dah lama tak pergi klinik untuk bawa Dania, faheimy dan juga abang dan kakak diorang ni,  Faiz , Firdaus,Dina
5.Selera makan bertambah, walaupun badannye comel jer sebab ikut  macam ibu..hehe
6.Sangat aktif.. dan petah bercakap sampai ibu tak larat nak layan. Dania menjadi pengacara dalam Majlis Konvokesyen Tahunan tadika Amirah, serta mendapat hadiah cemerlang dalam murid kelas 6A .Faheimy pulak dah masuk kekelas kanak kanak 4 tahun walupun dia baru berusia 2 tahun. Pandai baca fatihah, baca doa doa ringkas dengan lancar tapi pelat la..Kebanyakannya belajar kat sekolah..
7.Alhamdulillah prestasi mereka ditaska dan tadika sangat membanggakan...


Ramai teman teman disekolah kurang berminat untuk menghantar anak ke taska .Salah satu faktor ialah kerana masalah jangkitan penyakit 


pneumonia
Dania (tengah)

baby cute
Fahimy tomey
.Kini saya tidak risau lagi masalah jangkitan kerana saya percaya dengan makanan seimbang dibantu dengan makanan tambahan bagi menguatkan sistem imunisasi tubuh,risiko jangkitan kepada anak anak saya akan berkurangan dan telah terbukti keberkesananannya.

Pihak pengusaha taska juga memainkan peranan penting bagi menjaga kebersihan di dalam dan diluar taska tersebut.Memandangkan taska tempat saya hantar anak anak saya ini dijaga dengan bersih dan sangat mementingkan kesihatan dan keselamatan anak anak jagaannya ..so saya tidak perlu risau lagi..

Bagi anda yang masih tercari cari cara untuk mengatasi masalah kesihatan anak anak yang sering demam dan selsema, boleh lah hubungi saya .Saya bersedia untuk berkogsi pengalaman dan idea dengan anda..Yang ni lah saya beri pada anak anak saya.....


set anak pintar


su|0108798077|shaklee masjid tanah|sungai udang|kuala sungai baru|alor gajah|
pos sabah , sarawak dan seluruh malaysia|ready stok untuk anda..

Sunday, 23 November 2014

CARA RAWAT BAYI SELSEMA

2 Hari dah Faheimy selsema.Tapi hari ni masuk hari ke tiga nampaknya selsema dia semakin pekat dan berkurangan.Saya tak risau sangat kalau anak anak anak saya selsema. Semenjak dua menjak ni Faheimy ( 2 tahun 8 bulan ) memang jarang sangat selsema. Boleh di katakan dalam 2 bulan tak sekali.Nanti saya ceritakan kenapa.

Dulu Dania dan Faheimy pernah ditahan wad gara gara selsema.Jangan ambil  mudah ye kalau anak korang selsema.Dulu saya pun anggap selsema ni macam biasa jer.Namun sebenarnya selsema sudah beberapa kali menimbulkan epidermik.Virus yang dianggap remeh ini jika tidak ditangani dengan baik menyebabkan penyakit sekunder.

Virus selsema boleh menjejaskan organ lain seperti paru paru sehingga sikecil mengalami radang paru paru atau pneumonia.Saya pernah berkongsi pengalaman tentang anak saya yang pernah mengalami pnumonia kesan dari selsema yang berpanjangan. Boleh rujuk di sini.Paling menyedihkan kalau pnumonia ini berlarutan sehingga menyerang otak sehingga menyebabkan radang pada selaput otak (meningitis). Kalau bayi korag mengalami radang otak, risiko ini boleh membawa maut..minta dijauhkan...Syukur Alhamdulillah ..anak saya yang mengalami pnumonia tak sampai ke peringkat meningitis.So korang tolonglah prihatin kalau anak atau bayi korang mengalami simptom seperti selsema , batuk, demam dan lesu 

Kenapa anak kecil kita selsema?
Virus yang masuk ke daam tubuh ,timbul respons daripada sintem kekebalan tubuh seperti bengkak atau radang pada membaran hidung .Virus mengganggu sel lendir dan fungsi hidung sehngga menyebakan penghasilan lendir meningkat.Maka terjadilah selsema dan bersin.

Batuk?
Virus yang menyerang tekak menyebabkan kegatalan dan meransang batuk.Bersin dan batuk biasanya akan menular kepada orang yang berhampran.Oleh sebab itu, anak anak kecil yag berada ditaska seringkali mengalami selsema dan batuk  juga  yang sering terdedah kepada orang ramai seperti dipusat membeli belah.

Demam?
Demam adalah reaksi tubuh ketika melawan jangkitan.Lesu terjadi bila anak merasa tidak selesa akibat badan sedang sakit.Gejala selsema, lesu dan demam ini oleh timbul dan mungkin akan lebih lama sehingga tujuh hari.

Bagaimana nak kurangkan gejala selsema?

Selsema tidak dapat disembuhkan dengan ubat ubatan. Lagi pula jika anak anak kita yang masih kecil .Pengambilan ubat ubatan tidak oleh diambil sembarangan dan haruslah mengikut arahan darpada doktor.Kadang kadang anak masih mengalami gejala selsema dan demam biarpun selepas diberi ubat daripada  doktor.Anak yang berusia setahun ke atas boleh diberi paracetamol, tapi kalau kurang dari setahun, memang sangat sukar.

Panduan untuk mengurangkan selsema bayi anda

  1.  Pastikan anak mendapat rehat yang mencukupi . Kurangkan aktiviti fizikal si kecil anda
  2. Susu ibu adalah susu yang terbaik. susu ibu dapat meningkatkan imun sistem anak.Jadi berikan susu ibu dengan lebih banyak.Jangan bagi anak minum air kosong berlebihan kerana ia akan memudaratkan.
  3. Beri makan anak dengan makanan yang berkhasiat.Dengan ini tubuh  badan akan membentuk antibodinya sendiri.
  4. Salah satu cara lain ialah dengan membuat wap air panas dan bawa anak untuk menyerap wap air panas tersebut perlahan lahan
  5. Beri minum  air bersama sedikit campuran madu dan lemon jika anak anda  berusia lebih dari setahun

Seperti yang saya katakan tadi, anak saya Dania dan Faheimy memang pernah mengalami pnumonia ketika mereka berusia kurang dari setahun. Alhamdulillah selepas rawatan di hospital kedua dua mereka dah tak lagi mengalami masalah yang sama sehungga ke hari ini. Semenjak 2013 saya telah cuba memberi anak anak saya makan omega Guard dari shaklee serta Meal Shake dan vitamin c. Omega menjadi kegemaran kedua dua mereka .Pantang jumpa, Faheimy akan kunyah macam gula gula , Dania akan telan dengan air. Meal Shake juga pantang diaorang nampak, Faheimy akan meratah ikut sedap dia jer, tapi saya kawal juga , tak boleh ambil  berlebihan.Mealshake saya akan campurkan dalam susu tepung . Faheimy hanya minum susu tepung di taska, kalau dirumah minum susu ibu.

Semenjak anak anak makan omega dengan meal shake, selsema dan demam memang sangat jarang berlaku.... Kalau demam atau selsema pun setakat 2 hari,kemudian sihat . Paling bagus, anak saya tidak pernah mengalami masalah sembelit berbanding dulu , Dania, Faiz, Dina dan Firdaus, sembelit tu perkara biasa... dulu la... Sekarang..semuanya beres..syukur alhamdulillah...Tapi kena ingat, saya bagi makan omega dan meal shake dan vitamin c  ini hanya sebagai sampingan sahaja.. bukan bererti dengan meal shake dan omega ini, saya dah perlu beri makanan lain...silap tuuuu.....Alhamdulillah ketiga tiga kombinasi ini dapat membantu meningkkatkan daya imunisasi anak anak saya disamping membantu mencerdaskan minda mereka..insya Allah..Kalau dulu dalam peti sejuk saya penuh dengan ubat demam, ubat batuk dan selsema tapi sekarang peti sejuk saya kosong tanpa ubat .. Kita hanya mampu berusaha, segala hak Allah untuk mengizinkannya.

Bonus juga bila makan ketiga tiga suplimen ni.. memang nampak perubahan pada tahap pemikiran dan kecergasan otak  anak terutamnya Dania dan Faheimy. ..Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya key..saya sedia membantu..
anak bijak


Shaklee Masjid tanah|Alor Gajah|Kuala Sungai Baru|Sungai Udang|Semenanjung Malaysia|Saah|Sarawak| Su|0108798077


Friday, 7 November 2014

RAHSIA CHE TA KEKAL CANTIK DAN MENARIK


                               KULIT GEBU
Sana sini gambar anak Rozita Che Wan..Sesiapa yang tengok muka anak che Ta mesti teruja..comel macam anak patung..putih melepak..gebu macam kapas...memang patut pun anaknya comel..mak nye cun melecun dan ayahnya yang handsome...yang lagi best..ada satu post Rozita Che wan pegang baby dia atas katil..rasanya baru lepas keluar dari labour room kot...cer tengok muka che Ta ..baru lepas bersalin pun masih cun melecun lagi..kot tengok muka ai...huh..sure poyo..hahaha..sebelum ni saya tak berapa nak heran sangat che ta tu cantik..tp lepas tengok muka che Ta yang tak bermekap pun cantik ..teruja juga nak tau..apa rahsia che Ta ni cantik jer...usia kami pun lebih kurang jer..makin har dia makin cantik

saja ja gatai tangan ni dok google nak tahu juga rahsia kecantikannya.terperanjat juga dengan statement dia..sebulan tak sampai RM 100 dihabiskan untuk mencantikkan wajah...boleh cayer ke?hehe

Tapi lepas baca apa yang che Ta kongsikan , boleh la nak percaya...betul la kos nak cantik tak sampai rm 100 sebab banyak yang dapat sponsor

Antara rahsia yang Che Ta amalkan ialah

  • Sentiasa happy..senyum selalu dan dia tak suka fikir tentang masalah..Lagi banyak fikir pasal masalah,lagi cepat nampak tua...Patutla ramai juga cikgu cikgu kat sekolah yang nampak cepat tua,sebab banyak sangat nak fikir pasal masalah anak murid  kutt...hehe..so kawan kawan..kalau ada masalah, jangan terlalu fokus pada masalah, fokus pada penyelesaian..hati senang  muka ceria ,wjah jelita..
  • Cuci muka, pakai pelembab, pakai toner  dan pakai masker.. Bangun pagi cuci muka dengan air sejuk.Wajah nampak segar.Amalan ni dah buat dah hari hari..Pakai pencuci Nutri White yang awesome
  • Macamana badan Che Ta ramping kalah anak dara...Of course la dia jaga badan. Diet mesti seimbang, nasi mesti makan tapi dengan kuantiti yang sedikit.makan banyak sayur hijau dan buah buahan.Patut pun badan kita macam tong drum..pinggul lebar macam bontot kuali..Kita pantang nampak..ka..ka..ka.. Kot korang rasa badan bagai di pam pam..sendiri mau ingatla..pantang la makan makanan ringan  dan makanan segera.Bukan pantang nampak
Che Ta punya senaman ialah dengan cara mengemas rumah ..ok la tu..keluar la peluh cikit cikit....korang kalau nak lagi banyak peluhk eluar..bersenamlah lebih hebat dari dia...lagi banyak pergerakan lebih banyak kalori dibakar lagi bagus kalau amalan senaman dapat dialankan paling kurang seminggu 3 kali..Senaman penting untuk meningkatkan kadar metabolisma supaya kalori di dalam badan dapat dibakar dengan lebih cepat
  • Ni yang best ni...kalau nak rasa diri kita muda..sentiasalah fikir yang kita ni muda..hahaha..Happy ceria dan sentiasa berfikiran positif..anggap diri kita muda walaupun dah tua..haha..ingat ye..ingat mati juga..dapat pahala..
  • Che Ta memang cantik,dia juga mengamalkan makan makanan tambahan..Kalau saya , Shaklee yang saya pilih sebagai makanan tambahan.Kalau nak cantik dan sihat ,sayas angat suka mengamalkan vivix..sebab ia tonik yang sangat mudah diminum serta rasanya yang lazat.. APA KELEBIHAN VIVIX.KLIK SINI
  • RAMUAN VIVIX YANG PALING ISTIMEWA.KLIK SINI
  •  Che Ta of course la dapat macam macam sponsor..expecially safi Rania kannn...pakai lagi masker..of course la kulit gebu ...Tapi tak pa ..semua orang boleh cantik...macamna nak cantik kalau badan tak sihat..so..sihatkan dalaman ..maka aura kecantikan luaran akan kita dapat ...Ingat ye..walau semahal mana pun produk yang kita guna untuk tujuan mencantikkan wajah.....dan apa pun  yang kita lakukan nak cantik muka kita tak akan berubah seperti muka orang lain..so bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan usah merintih dengan kekurangan yang ada pada diri sendiri kerana kita diciptakan dengan sebaik baik kejadian...
CHE TA GUNA PRODUK APA UNTUK KULIT CANTIK?
Ikuti kisah disebalik keghairahan nak cantik sehingga tersalah pilih produk.Kesannya mendalam  ..7 tahun terseksa kulit bermasalah.Macamna dia atasi masalah tu ye? Jom kita tengok video ni...


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.




Shaklee masjid tanah/Alor Gajah/Kuala Sg Baru/Sg Udang/seluruh Malaysia
 su/010879807











Wednesday, 5 November 2014

ELAK SEMBELIT PADA KANAK KANAK

Ada satu hari tu..scroll down facebook terjumpa pulak  sorang akak ni ..siap masukkan gambar anak dia ek..ekk..bersama ekk ekk nya dalam pampers kat gambar tu...kesian betul saya tengok.Keras berketul..mesti terseksa anak kita kan kalau nak buang erk erk tu..

mealshake


Saya ni anak dah 5, kalau 4 orang yang atas dulu Firdaus,Dina ,Faiz,Dania, of course memang dah pernah alami sembelit.Menangis teresak esak bila nak buang air besar.Menyangkung tak boleh keluar , berdiri pun tak boleh keluar so mak dia apa lagi tolong urut la kat kawasan dubur tu , tolakkan sampai keluar..tapi siapla dia punya menangis. Lepas keluar semua, mesti akan luka dan pedih.Kesian anak.


PUNCA SEMBELIT.

Ini apa yang saya belajar dari pengalaman saya la kan..

1. Anak saya akan  sembelit bila dia  kurang minum air kosong .Biasanya kalau badan kekurangan air, tubuh badan akan menyerap air dari najis bagi menampung kehilangan air dari tubuh badan.jadi najis akan menjadi keras , berketul ketul seperti kacang or selalunya nampak macam tahi kambing..huhu

2. Kadang kadang bila saya tukar jenama susu formula , memang ada masalah nak buang air besar.Tukar lagi susu..susu ibu adalah susu yang terbaik kerana susu ibu diserap dengan lebih cepat dalam tubuh badan berbanding susu formula..tapi kalau dah susu ibu tak der..carilah susu yang sesuai dengan  anak kita..So banyakkan minum air kosong lah..

3.Dulu masa anak pertama dan kedua tahun 1998 , 2001, nurse dah suruh bagi anak makan semasa usia anak 4 bulan.Masa tu bagi bubur atau nestum .Tapi kadang kadang kena juga sembelit..Maybe makanan tu perlu lebih lagi cair. bila masuk anak ke 3 sampailah yang ke lima, nurse dah pesan pulak , bagi anak makan padausia anak 6 bulan..yess betul tu..kalau bagi anak makan terlalu awal, ususbelummampu untuk menyerap makanan sepenuhnya.

4.Bila anak tak sihat atau demam, selalu juga kena sembelit. Biasala kalau demam tak nak makan tak nak minum, so air kurang,sembelit la jawabnya.

BAGAIMANA NAK ATASI SEMBELIT?

1.Bawa pergi jumpa doktor je lah..Doktor akan bagi ubat untuk lembutkan najis.Ikut arahan pemakanan doktor

2.Bagi makan buah buahan,blender buatkan jus betik ,jus tembikai dan beri minum air dengn lebih banyak

3.Makanan  dibuat bubur yang cair bercampur dengan sayur sayuran atau carrot yang lembut untuk tambahkan serat.

4. Dr ada juga ajar , baringkan anak dan buatkan kaki anak seperti nak kayuh basikal di udara. Cara ni dapat memmbantu pergerakan najis dalam usus besar untuk keluar.

Itu semua cerita 4 orang anak yang dulu. Bila masuk anak yang kelima, sejak Faheimy umur 1 tahun saya dah amalkan makan makanan tambahan iaitu MEALSHAKE . Bagusnya mealshake ini, dia ada 24 jenis vitamin ,mineral dan zat perlu .Anak saya dahulunya tidak selera nak makan, tapi sekarang memang  senang nak makan. Cuma saiz tubuh badan dia yang comel , sebab ikut keturunan ibunya yang cute ajer nie...
                                                         Mealshake
                                                                                                           
Setakat ini Faheimy belum ada masalah sembelit . Lawas memanjang.. bangun pagi melabur... pergi taska melabur..balik rumah pun mesti melabur.. pendek kata..selepas makan mesti membuang..alhamdulillah dengan lancarnya..Dengan bantuan mealshake bukan sahaja dapat mengelakkan daripada sembelit tapi , faheimy sangat cergas, dan sangat tahan lasak serta yang lebih penting, dia jarang demam atau selsema. Kalau selsema atau demam, tak ambil masa yang lama ..

Anak Farhana mengalami sembelit yang sangat teruk,sampai tahap nak seluk supaya buang najis tersebut..apa yang dia buat nak atasa masalah tu ye?

                  
Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.


So setakat tu jerlah dulu perkongsian saya hari ni.. harap dapat beri manafaat kat korang yang baca.. boleh cuba bagi anak makan mealshake..sangat berbaloi, sebab anak makan sikit jer.. boleh tahan sehingga 3 ke 4 bulan... Berbali baloi...apa yang penting anak sihat, bukan berapa banyak duit yang kita keluarkan..Kalau anak sakit , lebih banyak duit yang korang akan keluarkan untuk nak kembali pulih..Mencegah lebih baik dari merawat...so cauuuu..

    
shaklee Masjid Tanah/Kuala sungai Baru/Pengakalan Balak/Alor gajah/Sungai Udang/Alor gajah
Pos seluruh Malaysia/ su 0108798077

Monday, 3 November 2014

LELAKI BUNCIT RISIKO STROK???

Dewasa ini ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengidap penyakit strok.Tak kira wanita atau lelaki ,muda atau tua.Menurut Persatuan jantung Amerika , strok berada pada tangga ke lima penyebab kematian lelaki.Satu daripada 14 mangsa strok terdiri daripada mereka yang berusia 45 tahun.Strok bukan sahaja berlaku dengan tiba tiba malahan ia telah lama mengekori kita sejak bertahun tahun.
elak strok dengan shaklee


Cuba kita semak sama ada kita tergolong dalam orang yang berisiko strok.
  • Tekanan darah , tinggi daripada 140/90 ..menurut Walter Kernan professor perubatan daripada universiti Yale, setiap peningkatan 20 mata dalam sistolik tekanan darahatau peningkatan 10 mata diastolik akan menggandakan risiko kematian akibat strok
  •  Adakah anda seorang perokok?.Nikotin dan pelbagai toksin yang disedut dari asap rokok membuatkan arteri lebih terdedah dengan pembekuan darah.Berhenti merokok akan mengurangkan risiko selepas setahun anda stop merokok
  • Bilaberdiri tegak dan lihat ke bawah , apa yang anda nampak? perut atau kaki? Dalam kajian menunujukkan bahawa lelaki dengan garid pinggang berkembang sebanyak 93% daripada lilitan pinggul mereka akan berisikosehingga 3 kali ganda mendapat strok berbanding dengan lelaki langsing.Nisbah pinggang kepada pinggul yang ideal ialah 0.70 ke 0.89. Lepas ni cepatpergi ukur perut masig masing..Ibu ibu mengandung dikecualikan..^^
  • Dengan hanya 30 minit pergerakan berintensiti sederhana setiap hari dapat mengurangkan tekanan darah dan keradangan serta meningkatkan kecekapan insulin dan kawalan gula dalam darah
  • Alkohol? Larangan Allah supaya tidak mengambil alkohol pasti ada sebabnya.Penyelidik dari Harvard melaporkan bahwa peminum tegar alkohol adalah 42% lebih berkemungkinan mengalami strok berbanding mereka yang tidak.
  • Adakah keluarga salah seorang daripada ibu bapa , abang atau kakak anda mengidap strok? Jika ya , maka anda mempunyai risiko dua kali ganda risiko mengidapnya juga sebelum capai umur bersara.

boroi dan stroke

                                Boroi itu seksi?

PEMULIHAN STROK
Sekiranya anda diserang strok adalah teramat penting untuk dirujuk kepada ahli fisioteri secepat mungkin.Lebih cepat fisioterapi dimulakan , lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan laluan deria dan pergerakan ke otak 



 ELAKKAN STROK DENGAN


Shaklee masjid tanah/alor gajah/kuala sungai baru/pengkalan balak/sungai udang/
POS satu Malaysia

RIADAH DI TEPI TASIK AIR KEROH

Suhaila abdul
Syukur alhamdulillah..sampai juga nyawa hingga hari ni...program yang telah dirancang sejak 2 minggu yang lepas..perjumpaan gather gather dengan adik beradik group GMF..ada yang datang dari Batu Pahat, Seremban Dan kami dari masjid Tanah..walaupun ada yang duduk dekat dekat tapi jarang jumpa..masing masing busy dengan urusan masing masing..so hari ni kami bertujuh termasuklah mami and daddy group kami dan dioranglah perancang utamanya.. 

Suhaila abdul

                              Tadah Rezeki...
Bawa semua anak anak berkelah ditepi tasik air keroh..dengan masing masing bawa makanan sorang sikit. Ala ala pot luck la gitu...bila dah kumpul semua makanan..ha kau...boleh bungkus bawa balik lagi...anak anak seronok main kat taman mainan..anak anak remaja plak boleh berkayak kat tasik tu..boleh memancing..berjogging ..pendek kata macam macam ada...anak anak main ...mak mak amik peluang nak kenal kenal rapat dengan adik beradik..time nilah nak kongsi kongsi pengalaman dan beri idea...siap makan sampai kenyanggg..erkkkk...apa lagi..coaching la...mami siap bagi sorang satu cenderamata...lagi best siap ada fail peribadi...apa? Fail peribody?hehe...rahsia la tu...hanya yang datang jer tau apa yang kami buat...best tau..refresh..target..jalan menuju impian...alahmadulillah...tercapai matlamat perjumpaan ..tinggal nak laksanakan ajer..
  
Suhaila abdul


               Door gift special version..

Berkocoh pulak balik nak ke majlis kenduri resepsi teman sekolah...cikgu Hidayah...dengan baju dan seluar dari tasik tu la juga aku ke rumah kenduri..pakaian sangat tidak sesuai dengan majlis..tapi apakan daya..masa lebih penting...cantik sungguh cikgu hidayah berbaju pink bersama teman sejiwanya..cantik bagai pinang dibelah dua...sempat gak possing dengan pengantin...nak posing punya pasal sampai jatuh pasu hiasan pengantin orang haha..sib baik tak pecah...hahaha..aiyooooo...Tak.sempat nak makan lagi dah...yang penting dapat bergamabar dengan pengantin yang cantik ni..bukan senang nak bergambar kat pelamin..huhu..
            


             Selamat pengantin baru Hidayah..

So rushing ke rumah kenduri yang ke dua..rumah kak Zuraidah pula...boleh pulak salah rumah..dah berenti lepas tu ingatkan salah..patah balik...aiyooo hai..yang ni boleh makan nasi minyak ..sebab dah lapar semula.. sedap lauk dia..tak leh lama lama sebab nak kejar masa.banyak benda nak di buat ni..Lagi lagi bulan ni ada promosi OMEGA GUARD pulak..best giler...susun strategi la tew...suplimen wajib seisi keluarga saya..Kalau Faheimy dia suka kunyah jer macam chewing gum..

Macam ni la kehidupan saya..setiap masa yang terluang penuh berisi dengan aktiviti yang dirancang.Mesti ada TO DO LIST..baru dapat settlekan satu demi satu tanpa tertinggal.kalau tertinggal pun boleh semak apa yang belum diselesaikan..Masa itu emas, sekali dia dah tinggalkan kita, tiada dapat diulang lagi..

Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan  beramal solleh dan berpesan pesan dengan  kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran..


Shaklee masjid tanah/alor gajah/kuala sungai baru/sungai udang/pos satu Malaysia/0108798977