Sunday 15 June 2014

Pertemuan sejuta rahmat....

Hari ni memang busy sikit...pagi pagi dah ke pasar beli ikan untuk stok seminggu..Dah la faheimy tak nak berjalan dalam pasar...mengengkot dibuatnya dokong dia..dokong ikan  dokong sayur...keke..

Balik rumah mengemas ikan..nak masak..cik abang suruh masak lebih2 untuk pekerja yg nak buat garaj kat rumah ni...esok dah mula sekolah...macam macam fikir dalam otak ni nak siapkan segala benda..baju berkoyan belum lipat..belum gosok..tiba tiba dapat message.."kak su ada rumah tak hari ni?mak njang nak datang rumah boleh"..uish..dah lama dah jumpa mak saudara aku ni..dah lebih dari 10 tahun kut..Rumah aku ni lagi la tak pernah sampai...diorang akan datang dalam pukul 11 lebih...hehe..kelam kabut..mujur la anak ramai boleh tolong..sorang kemas 1 level, mengemop..huru hara la kejap..tapi selesai juga...terima kasih anak2..tolong ibu...


Tup tup sampai plak kak ngah..dia datang tengok orang buat garaj..mangsa dah sampai...kak ngah pulak kena masakkan asam pedas ikan bawal..kalau mai melaka mesti la kena rasa asam pedas melaka...kalau aku masak asam pedas..ala2 hentam jer..sedap tu entahle..tapi kak ngah memang dah rutin dia masak. ..sedap la..

Bila dah sampai orang jauh. ..terubat juga rindu pada mak...mak su rupanya seiras dengan arwah mak..bila dah jumpa...rutin la..mak su kalau jumpa aku mesti ingat arwah mak..hujan la sekejap...huhu..Sebenarnya kami 6 beradik kurang akrab dengan saudara mara sebelah arwah mak...lagi pulak bila mak pergi buat selama lamanya..hubungan kami semua semakin jauh..Tetapi hari ini jalinan ikatan kasih sayang kembali dikukuhkan dengan kehadiran mereka..Kak Lah yang semakin hilang pendengaran dan kini mata pula semakin rabun....mak su yang baru 2 minggu operation selaput mata..

Diatas masalah kesihatan yang mereka alami ketika ini..sudah pasti aku mengesyorkan shaklee..semoga dengan pengambilan suplimen ini, dapat membantu mereka mengatasi masalah kesihatan mereka..

Semoga ikatan siaturrahim ini kekal berpanjangan..Anak anak mengenali siapa nenek saudara mereka sendiri..


Sekian..

 #mood menulis sambil menyusukan faheimy sampai tidur....
















No comments:

Post a Comment