Saturday 14 June 2014

JOHAN PERTANDINGAN

Hari ni ...time untuk tambah ilmu..Kami berempat bersama si kecilku Faheimy ke Hotel City Bayview Melaka untuk menghadiri bengkel nutrisi anjuran Shaklee

Ini adalah kali kedua aku menyertai bengkel bersama shaklee.kali pertama dulu ditempat yang sama juga tapi itu bengkel New Distributer Training.Memang dah lama aku tunggu tunggu untuk sertai program sebegini.Baru senang nak faham dengan lebih mendalam tentang kandungan nutrisi dalam setiap produk shaklee..Sememangnya aku akan lebih yakin berkongsi maklumat bersama kawan kawan dan juga pelanggan yang menggunakan produk shaklee.

Memang sangat teruja bila pakar nutrisi menerangkan tentang kandungan, kebaikan dan perbezaan setiap produk shaklee jika dibandingkan dengan jenama lain di luar sana.Bila dah tahu khasiat setiap satu,rasanya macam nak try je semua produk-produk yang best sangat-sangat tu.Tak sabar pulak nak kongsi ilmu dengan kawan-kawan.Yang sangat hebat tentang shaklee ni, yang boleh membezakan shaklee dari orang lain ialah,produk ini saya yakin memang selamat .Mana tak nya.Selagi tidak lepas dari ujian kualiti,produk tak akan dikeluarkan di pasaran, tak kisah la berapa tahun sekalipun.Lebih dari 100000 ujian kualiti dijalankan setahun tau.

Nak kata berkesan memang la berkesan.Bahan yang digunakan adalah 100% semulajadi.Dah ada lebih dari 100 terbitan saintifik bertulis.dan rekod unggul menunjukkan individu yang mengambil suplemen shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.So produk ini diuji secara klinikalbtau..bukan main cakap je..ada bukti bertulis...
Shaklee adalah syarikat pertama di dunia mendapat pensijilan Climate neutral kerana mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida pada tahun 2000.

Tapi yang buat ribut masa bengkel ni,siapa lagi kalau bukan Faheimy...ribut..mana boleh dia duduk setempat..Bosan..menjerit ..berlari..menangis..hehe..bukan dia sorang yang begitu..Ramai lagi ibu ibu yang membawa anak bersama di setiap program shaklee anjurkan pihak shaklee pun dah tak heran ..Ini adalah bisness family..bawa anak ..anak menjerit ..anak naik pentas ..itu biasa..itu yang membezakan kami dari yang lain lain

Di akhir bengkel kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan nama produk dan kami dikehendaki membuat kerja kumpulan dengan menulis kebaikan setiap produk masing masing dan ditulis diatas kertas majung.Present kat depan..Ada hadiah untuk good presenter dan the best group..
Aku termasuk la dalam kumpulan yang menang..johan pulak tu..jangan jeles....hehe..dapat la sorang satu  b complex free..
bengkel nutrisi

Bila dah dengar penerangan dari pakar nutrisi tadi..terasa pulak..apa yang kita makan selama ni terlalu banyak kandungan bahan kimia dan bahan sintetik..dan tak tahulah berapa banyak lagi ubat ubatan yang akan berada di dalam badan kita terutamnya anak anak kita nanti..semakin maju dan canggih dunia sekarang semakin banyak yang dirosakkan.
.
Selepas ni nak cuba sedaya upaya untuk mengamalkan pemakan sihat dan gaya hidup sihat...
Semoga ilmu ini dapat memberi manafaat yang baik kepada diri sendiri dan mereka yang menyertai program ni...
wellness workshop

cauuu...

No comments:

Post a Comment