Sunday 20 April 2014

8 SEBAB MENGAPA BAYI ANDA PERLU MERANGKAK


Merangkak meransang perkembangan bayi


Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaga.Ia merupakan salah satu perjanjian kita dengan Allah yang perlu diambil berat dalam kehidupan.Anak-anak mengalami perkembangan saban hari,syukur alhamdulillah semua kelima-lima anak saya membesar di depan mata.Setiap anak mengalami perkembangan yang berbeza biarpun dilahirkan oleh ibu yang sama..
Saat paling gembira apabila saya dapat melalui sendiri setiap perkembangan yang berlaku pada ke lima-lima anak.Bermula dari dalam kandungan..sehinggalah sekarang ini yang sulung dah pun mencapai usia 17 tahun.
Perkembangan semenjak lahir dari mula meniarap,merangkak,bertatih,tumbuh gigi,dan akhirnya berjalan dan berlari.Kesemuanya dilalui mereka pada usia yang berbeza-beza.Tetapi ada yang tak merangkak..terus memanjat dan berjalan..

fasa perkembangan bayi
Adakah bayi anda melalui semua fasa ini?

Dalam ramai-ramai anak ,anak yang kelima Faheimy melalui ke semua step..dari meniarap,merangkak,bertatih,dan berjalan pada usia 10 bulan.Perkembangan motorik Faheimy adalah paling cepat.Mungkin juga faheimy tidak pernah diajar menggunakan walker..ke empat-empat anak yang lain saya memang menggunakan walker.Sebenarnya anak ke lima ni membesar di rumah yang rumahnya bertangga..jadi takut jatuh tangga,  tak adalah belikan walker..Yang 4 orang lagi dulu memang semuanya gunakan walker..Kononnya senang untuk dikawal,cepat boleh berjalan,tetapi sebenarnya menggunakan walker lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Daripada pengalaman bersama dengan 5 anak..nampaknya merangkak jauh lebih banyak manafaat dan sangat berkait dengan perkembangan fizikal dan otak bayi.Di sini saya kongsikan beberapa kelebihan hasil pengalaman dan juga pembacaan saya kelebihan bayi merangkak.

Kelebihan merangkak


1.Menguatkan leher,tangan,sendi dan otot

2.Menguatkan otot besar dan kecil

3.Menunjang koordinasi mata dengan tangan,kekuatan,tegangan otot keseimbangan dan keterampilan jari

4.Melatih kedua-dua belahan otak-membntu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata,telinga tangan dan kaki secara ransangan

5. Meningkatkan penghasilan myelin di otak-membantu otak menghantar dan menerima pesanan lebih cepat dan jelas

6.Mengembangkan sambungan jaringan saraf-gerakan berulang-ulang semasa merangkak meransang ,menyusun dan mengembangkan sambungan jaringan saraf otak lebih efisien dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman ,tumpuan dan ingatan

7.Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa.bayi diransang menggunakankedua-dua telinga  secara ransangan dan mengembangkan pendengaran kedua-dua telinga

8.Meransang kepekaan sentuhan-kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak

anak bijak
Membesar sebagai Johan

Sebagai seorang ibu yang prihatin,kita sepatutnya menggalakkan bayi untuk merangkak.Tak perlu terlalu risau,seluar kotor ,yang penting mereka mesti sentiasa diawasi pada setiap detik dan ketika.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi sedikit manafaat kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana

No comments:

Post a Comment