Saturday, 27 December 2014

CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT


WANITA BUNCIT

Rupa cantik...tapi bila tengok perut...alamakkkkk..buncit la pulak..Nak pakai seluar,sampai ke perut tak boleh nak kancing..Disini dikongsikan antara punca punca perut membuncit dan cara untuk atasinya.


SEBAB PERUT BUNCIT


1) KETURUNAN
  Mengikut kata oleh seorang Pakar Kesihatan iaitu Dr. Selfie C. Rijal bahawa faktor keturunan yang diwarisi oleh turun temurun secara umumnya sukar untuk dielak namun boleh dikawal dengan sebaik mungkin.
2) PENUAAN
  Semakin meningkat usia, semakin berkurangan penghasilan hormon dehibroepiandrosteron (DHEA). Hasil kajian oleh Harvard Women’s Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon DHEA dengan masalah pengumpulan lemak di perut.
3) MAKANAN DAN MINUMAN 
  Doktor kelulusan Universiti Padjajaran menjelaskan bahawa gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir merupakan musuh utama kepada perut kita kerana boleh membuatkan otot otot di perut menjadi sudah tidak tegang seperti biasa.
   Dari segi pemakanan pula, alkohol sangat berbahaya bagi tubuh badan kita. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang sangat tinggi, sama seperti kalori dalam makanan yang berlemak. Selain itu, apabila kita minum air alkohol, badan dan hati kita terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan alkohol dari tubuh badan dan pada masa yang sama proses menyaringkan gula akan tertangguh. Hal ini dimana, gula kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh kita sebagai lemak dan ini menyebabkan perut buncit.
    Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut buncit kerana makanan ini mempunyai jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi.
4) TEMBAKAU 
   Tembakau boleh menjejaskan aktiviti penghadaman dalam tubuh badan kita. Oleh sebab itu, selepas makan tidak digalakkan merokok kerana perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu 
5) STRESS
   Keadaan psikologi kita mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh badan termasuklah sistem penghadaman kita. Stress adalah salah satu pencetus kepada perut kita. Hal ini disebabkan apabila stress, perut akan berasa kenyang dan menimbulkan masalah kepada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih kembang. Oleh itu, untuk atasinya kita hendaklah belajar untuk tenang apabila menghadapi masalah dan dugaan hidup.
6) PERUBAHAN HORMON
    Hal ini berlaku terutama ketika menopaus bagi kaum wanita. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Cara mengatasi perut buncit

1. Jangan Lewatkan Waktu Makan
Apabila anda melewatkan waktu makan, tubuh bakal memberi respons dengan meningkatkan kadar kortisol, nafsu makan dan kemudian menyimpan lemak, terutama di bahagian perut.Sangat disyorkan untuk mengambil makanan dalam jumlah yang kecil dan mengudap makanan sihat. Dua perkara ini dapat mengendalikan hasrat makan yang luar biasa akibat lapar dan juga menjaga metabolisme agar tidak terjadi penimbunan lemak.
2. Pilih jenis makanan
Menghilangkan karbohidrat dalam list makanan anda adalah tidak tepat kerana ianya tetaplah diperlukan. Ketika anda diperhadapkan dengan makanan-makanan mengenyangkan maka pilihlah salah satu jenis saja. Selain itu, pasti kadarnya cukup bagi tubuh. Apabila anda merasa lapar di malam hari, gantilah nasi atau roti dengan buah-buahan.

3. Jangan Makan Makanan Manis
Gula adalah musuh ketat bagi perut yang rata. Sebab saat dimakan berlebihan, gula akan disimpan sebagai lemak. Jika anda ingin makan gula-gula, makan saja buah-buahan seperti blueberry, raspberry dan strawberi.

4. Sukan wajib setiap hari
Bukan hanya menjaga pola dan memilih jenis makanan, sukan juga hal yang tidak boleh dilupakan. Untuk mengecilkan perut sebaiknya lakukan sit-up beberapa kali di pagi hari. Sit-up yang teratur telah terbukti dapat membentuk otot perut dan mengecilkannya. Bila anda tak mempunyai masa untuk melakukan sit-up, cubalah perbanyak berjalan kaki setiap harinya.

5. Atur pola hidup
Mendisiplinkan diri dengan hal-hal positif dan menyihatkan akan melahirkan sebuah pola hidup yang baik bagi diri anda. Bukan hanya dapat meningkatkan semangat hidup, tetapi juga mampu mengurangkan risiko timbul penyakit
6. Makan suplemen
Cara untuk mengatasi masalah perut buncit lain adalah dengan cara detoksifikasi dengan bantuan HERB-LAX dan OMEGA GUARD

Kandungan dalam Herblax


Mengandungi herba semulajadi:
  1. Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
  2. Licorice root - membantu proses detoksifikasi
    3. Fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan                 makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan         untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus
    4. Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu                 proses pencernaan
    5. Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina              untuk digunakan sebagai antibiotik
    6. Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi danmengimbangi             tekstur kulit
     7. Culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
     8. Alfalfa leaves - membersihkan usus, darah dan hati.
     9.Senna leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada               usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan             penyerapan lemak.

Manfaat Utama

  •  Pembersihan najis yang tersekat.
  •  Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut    kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  •  Membantu masalah sembelit.
  •  Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula   proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut. 



BAGAIMANA CARA MAKAN HERB-LAX?

Ramai yang bertanyakan bagaimana cara mengambil Herb-Lax ini. Ia sesuai untuk anak-kanak 12 tahun ke atas dan dewasa.
·         Untuk kesihatan berpanjangan - makan 2 kali seminggu (4 biji setiap kali sebelum tidur)
·         Untuk membersihkan usus/ masalah sembelit, detox dan mengawal berat badan - makan setiap malam. 2-4 biji sebelum tidur



ATTENTIONNNN!!

·   Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 

·   Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.

·   Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.

    Anda tidak boleh hanya bergantung kepada suplemen semata mata.Amalkan pemakanan sihat dengan memperbanyakkan buah buahan dan sayur sayuran melalui diet yang seimbang seperti yang dicadangkan di atas



SUHAILA
0108798077
PENGEDAR SHAKLEE MELAKA,
MASJID TANAH,
KUALA SUNGAI BARU,
PENGAKALAN BALAK,
SUNGAI UDANG,
ALOR GAJAH



fb: https://www.facebook.com/suhaila.abdul












PRODUK DETOX PALING POPULAR DI DUNIA


THE FATHER OF ALL FOODS

Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol.

 Sangat hebat !!!! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi

alfalfa
ALFALFA

Jom baca ringkasan kebaikan alfalfa complex.

20 KEBAIKAN ALFALFA COMPLEX 

1. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
2. Resdung
3 Allergi
4. Melegakan sakit sendi dan belakang.
5. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
6. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
7. Memberi kelegaan semasa haid.
8. Merawat arthitis
9. Bagus untuk elergi dan ekzema
10. Merawat asma
11. Mencuci usus bagi membuang toksik
12. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan
13. Jangkitan dalam buah pinggang
14. Meneutralkan asid dalam badan
15. Merawat masalah keputihan pada wanita
17. Menganjalkan payudara bagi wanita.
16. Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.
17. Memulihkan urat selepas bersalin
18. Membantu merawat bahagian intim wanita.
19. Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri
20. Melegakan sembelit
21.Penawar keputihan

SUHAILA
0108798077
PENGEDAR SHAKLEE MELAKA,
MASJID TANAH,
KUALA SUNGAI BARU,
PENGAKALAN BALAK,
SUNGAI UDANG,
ALOR GAJAH

fb: https://www.facebook.com/suhaila.abdul
instagram:suhailacute21

Friday, 26 December 2014

DETOX SEBELUM AMBIL VITAMIN

DETOX SECARA SEMULAJADI


Kesan toksin dalam tubuh  badan

Apakah Tanda-tanda Toksin Berlebihan Di dalam Badan Anda?

 Adakah anda mempunyai tanda-tanda berikut:
  •  Sering letih dan lesu Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
  •  Sering alami sembelit atau cirit-birit
  • Timbulnya jerawat dan bintik hitam
  •  Berat badan naik 
  • Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
  •  Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
  • Cepat marah dan mudah murung Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi

 Simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi, dan untuk itu, anda digalakkan untuk melakukan proses DETOX. Selain daripada simpton-simpton di atas,  juga disarankan kepada sesiapa sahaja yang baru mahu memulakan program pemakanan kesihatan bersama suplemen Shaklee atau mana-mana supplemen, pastikan anda DETOX terlebih dahulu supaya badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

 Apa itu Detox dan Mengapa Detox Penting?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana

Ø segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Ø  mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius,

Ø detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna.

  •  Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna. 
  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  •   Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).  
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.  Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil Usus besar boleh menyerap mineral dan air.  
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil) 
Ø Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik


Dari Manakah Datangnya Toksin Ini?

Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.

 Detox Secara Semulajadi dengan Herblax dan Alfafa Shaklee

Namun, tahukah anda bahawa kita boleh menjalani detoks secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee! Antara supplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks adalah Herblax dan Alfafa.

KLIK DISINI



SUHAILA
0108798077
PENGEDAR SHAKLEE MELAKA,
MASJID TANAH,
KUALA SUNGAI BARU,
PENGAKALAN BALAK,
SUNGAI UDANG,
ALOR GAJAH

fb: https://www.facebook.com/suhaila.abdul
instagram:suhailacute21

KENAPA MAKAN SET CANTIK TAPI TAK CANTIK CANTIK?

Kenapa la rasa cepat sangat masa berlalu..diam tak diam dah sampai ke penghujung tahun 2014 sudaa…hwaaaaaa…Isnin ni dah mula mesyuarat kat sekolah.Lepas tu memang tak kan ada cuti la lagi..tunggu Disember 2015 pulak.Tahun 2015 adalah tahun yang bakal saya akan bertambah busy..
Masa cuti cuti se Malaysia ,budak sekolah cuti , saya memang busy dengan Shaklee, busy juga dengan sekolah tapi masih dalam tempoh bertenang.Apa yang saya perasan sangat kat muka sendiri asyik naik jerawat je  kat bawah dagu .Habis satu naik lagi satu.Tangan ni pula gatal gatal nak usik usik sampai jadi parut hitam.
Selidik punya selidik rupanya ada petanda jerawat naik kat bawah dagu ni.maksudnya ada masalah berkaitan perut (digestion). Maksudnya banyak toksin juga sebab tu stress,kurang tidur, letih terlampau. Semua punca dari toksin yang banyak dan sebab tu jerawat pun muncul kat dagu. Ini adalah fakta yer bukan auta.

Sebab sejak cuti sekolah ni saya sangat busy nak melayan kerenah anak anak, maklumlah semuanya cuti.Duduk rumah jadi ala ala ultraman pulak tu.Kemas kat bawah kat atas bersepah, kemas kat atas bawah bersepah.Sabor yo laaa..Masak, of courselah . Pagi tengahari petang malam.Semua anak anak  sedang nak membesar, masak sudah semestinya. Makan pun sedaplah bila duduk rumah ni.Kadang kadang asyik berkemas memasak, terlupa nak minum air.Badan terasa sangat letih.Kesan buruknya adalah jerawat pulak tumbuh kat bawah dagu ni. Isy2.. nampaknya kena memulakan program detoks untuk diri sendiri pulak.

SET DETOKS

SET DETOKS

Nak ambil apa untuk detoks? Detoks terbaik, setiap hari anda perlu ambil 10biji Alfalfa, 3biji DTX dan 2biji Garlic. Kalau ada Vivix lagi bagus, add on 1-2 sudu besar Vivix sebelum tidur. Dan pastikan anda minum air putih dengan banyak setiap hari. 

KENAPA DETOKS DENGAN VIVIX?


Resveratrol mengandungi antioksidan yang sangat tinggi , boleh melindungi dan menyekat dari pembahagian sel-sel kanser dan penyakit jantung.

DETOKS

Kenapa kena detoks?
KALAU TAK DETOKS, sia-sia je kita semua  telan VITAMIN CANTIK banyak-banyak setiap hari, sebab detoks ini sebenarnya  membantu badan kita MENYERAP NUTRIEN pada tahap OPTIMUM. Bila usus dah bersih, maka vitamin2 yang anda makan untuk cantik berseri mulus gebus tu semua akan diserap pada kadar optimum. Best kan
Saya kongsi info ini di blog sebab saya percaya ramai yang nak kesan yang best bila makan suplemen untuk cantik , untuk slim or untuk apa-apa pun tapi mereka terlupa mereka perlu detoks terlebih dahulu. Barulah kesannya best. Jom kita detoks......

LALUAN TOKSIN

Laluan Detoxsifikasi



HUBUNGI SAYA UNTUK FREE KONSULTASI
010 8798077
DETOKS


Wednesday, 24 December 2014

BAJET UNTUK BELI KELENGKAPAN SEKOLAH

Setiap kali penghujung tahun expecially bulan Disember..ibu bapa mula sibuk berkira kira bajet untuk keperluan pakaian , alat tulis dan yuran persekolahan anak.Pastinya gaji bulan Disember diperuntukkan untuk membeli semua keperluan tersebut.Lagi bertambah seronok bila anak sulung nak masuk darjah satu..kadang kadang mak ayah yang terlebih exited dari anak..hehe

Tahun ini bajet untuk keperluan sekolah anak semakin bertambah kerana empat dari lima orang anak saya telah memasuki alam persekolahan..dua orang di sekolah menengah dan dan 2  orang di sekolah rendah.Anak sulung sudah berusia 17 tahun, anak kedua 14 tahun.yang sekolah menengah ,citarasa dah berbeza.Beg pilihan sendiri, kasut juga mesti yang ala ala ada jenama gitu..layan jerlah asalkan tak lebih dari bajet.Yang sekolah rendah pula lain cerita..pening pilih beg .Nak beg beroda..gambar kartun lah..hmmm...macam macam kerenah

Dah bertahun dah saya tak pernah beli kain dan tempah untuk baju anak anak..semuanya siap beli yang ready made..jimat masa dan sangat berbaloi kerana zaman sekarang upah jahit baju kurung pun dan sama harga dengan harga sepasang beli baju dah siap..so eloklah beli aje. terpulanglah pada ibu bapa yang nak tempah..lagi bagus kalau dapat jahit sendiri...Zaman sekarang ni baju sekolah ada warna warni,purple ada, kuning ada, hijau ada, biru ada..macam macam ada..


jom pergi sekolah
Exited nak pergi sekolah


Ni bajet untuk pakaian , kasut dan beg

Sekolah rendah perempuan
Baju sekolah :
Baju kurung 4 helai (beli yang dah siap )
Kain kurung : 2 helai kebangsaan,2 helai agama (siap)
Tudung 4, : 2 pagi 2 petang
Baju sukan sepasang
Kasut 2pasang
Beg - 1
BUku sekolah kebangsaan - rm30-35
BUku sekolah agama - RM20-35
Yuran sekolah agama - RM168
Alat tulis - pencil case, pencil pemadam & so on
Pembalut buku teks x 6 roll wajib
Stokin - 6 pasang  

Sekolah rendah lelaki
Bajusekolah: 3 pasang baju dan seluar
Baju Melayu : 2 pasang 
Samping, songkok
Tali leher
Beg - 1
BUku sekolah kebangsaan - rm30-35
BUku sekolah agama - RM20-35
Yuran sekolah agama - RM168
Alat tulis - pencil case, pencil pemadam & so on
Pembalut buku teks x 6 roll wajib
Stokin - 6 pasang  

Sekolah menengah lelaki
Dah pandai jaga kebersihan..so baju dan seluar 2 pasang dah cukup
SMKGB berbaju melayu dihari Jumaat
Kasut hitam, 
Kasut Putih
Pakaian sukan
Pakaian badan beruniform

Kos untuk pelajar sekolah menengah adalah lebih tinggi.Alat tulis dan buku sahaja sudah mencapai sehingga RM 200.Belum termasuk yuran PIBG dan kecemerlangan sekolah

So bajet untuk pakaian sekolah sahaja seorang anak kira kira RM 200 ke RM 300..
Sekolah rendah lagi banyak..sebab ada sekolah pagi dan sekolah petang kira kira rm300 ke rm400


Tips :
Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak bila diberus.
Sekolah rendah, tak payah la kasut bertali..leceh..

Beli BATA Spark atau Pallas satu cukup la.satu lagi beli ang harga biasa biasa saja untuk buat salin bila perlu.

Kalau beli bag...elok beli SWAN..atau sewaktu dengannya yang mana jahitan adalah lebih kukuh..walau pun mahal dalam RM69.90 ke atas..
boleh pakai sampai thn depan, dah terbukti..setiap tahun memang beli swan.so jimat beli 1 bag sahaja setahun..Kalau nak beli beg swan, eloklah beli di kedai khas SWAN sebab bila dah menjadi ahli, sekali kita beli, kedai itu akan menyediakan perkhidmatan untuk repair beg yang rosak dengan harga rendah..cuma..kalau beli beg yang tak rosak rosak ni...hmmm...bosan la pulak kan...so terpulanglah pada diri sendiri..beli ikut keperluan bukan ikut kemahuan

Okeylah..selamat bershopping..kalau nak jimat lagi ..pakailah baju baju dan kasut yang masih elok dan tambahkan mana yang kurang sahaja...selamat Menyambt Tahun Baru 2015..Semoga di tahun 2015 kita  lebih cemerlang dari tahun  2014...cau..

Tuesday, 23 December 2014

SAYA PENGEDAR POPULAR

Amboi cantik ayat..cantik juga la..

Saya selalu dengar ada di kalangan kawan kawan yang kata , nak makan suplimen shaklee tapi malas nak order online...nak cari stokis di kawasan Masjid Tanah, Melaka tapi tak jumpa..Untuk pengetahuan semua, Shaklee tidak membuka pusat jualan di setiap daerah dalam Malaysia ni.Shaklee hanya menyediakan cawangan sahaja.So di Melaka tidak ada cawangan Shaklee. Paling dekat dengan Melaka ialah di Bandar Sunway..Selangor

Jadi anda tidak akan menjumpai stokis atau kedai Shaklee selain dari cawangan yang pihak Shaklee sediakan.Oleh itu kami sebagai pengedarlah yang memudahkan anda untuk mendapatkan stok barangan Shaklee.

Okey kengkawan kalau rasa susah nak dapatkan stok barangan shaklee..Saya adalah pengedar SHAKLEE kawasan Masjid Tanah, Melaka.Boleh hantar sehingga ke pintu rumah anda.Selain dari kawasan pekan Masjid Tanah, saya boleh juga menghantar vitamin anda di kawasan Kuala Sungai Baru, Sungai Udang Alor Gajah, Kuala Linggi.

Saya mempunyai stok barangan Shaklee di rumah.Anda boleh mendapatkan segera barangan daripada saya tanpa harus menunggu lama dan menjimatkan wang pos anda.

pengedar shaklee masjid tanah melaka

Hubungi saya Suhaila di talian 0108798077, boleh sms, whatssapp, telegram atau hubungi terus saya di nomboer berkenaan

Anda juga boleh menghubungi pengedar shaklee yang lain iaitu

Azira
011 12296205
Kawasan Taman Sri Aman
kawasan Sungai Udang

Lin
01666483695
Kawasan Kuala Sungai Baru
Kawasan Kuala Linggi

Suzana
017 6658647
Kawasan Bukit Apit
Pekan Masjid Tanah


Bagi pengedar shaklee di Parit Buntar pula anda boleh menhubungi

Kak Wan
016 4310754
Pengedar Shaklee Sungai Bakau
Nibong Tebal, Sungai Acheh
Parit Buntar

Sihat sepenjang Hayat..Sentiasa Selamat..Sentiasa Berkesan...Semulajadi..Shaklee The Best...

Tuesday, 16 December 2014

DILEMA IBU BERPANTANG 44 HARI



Ima seorang ibu yang berusia 30 tahun telah melahirkan 2 orang  cahaya mata .Kedua duanya lelaki.Seorang berusia 3 tahun dan seorang lagi berusia 25 hari.Ima bekerja sebagai staff di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia.

Ima sering merungut kerana beliau sering keletihan dan tidak dapat tidur diwaktu malam kerana anak kecilnya yang sering menangis diwaktu malam.Aaron yang berusia 25 hari akan tidur dengan nyeyak diwaktu siang tetapi akan berjaga diwaktu malam .Masalahnya Aaron akan menangis tanpa henti sehinggalah beberapa jam, barulah Aaron akan tertidur kepenatan.Mungkin juga kerana bayi Ima tidak mendapat susu ibu yang secukupnya.Mujurlah suami Ima sering membantu Ima menguruskan Aniq .

Kini Ima mengalami masalah yang sangat meruncing dimana semasa di dalam pantang dia tidak dapat berpantang dengan betul.Ima tidak mengambil sebarang set berpantang atau jamu kerana bimbang masalah jaundis pada bayinya. Ima sering mengalami sembelit dan tidak lawas.Ima tidak minum banyak air kerana dibimbangi akan menyebabkan peranakannya kembang.Kesan jahitan dan lukanya masih terasa ngilu ngilu.Perutnya masih buncit dan menggeleber  kerana Ima tidak sempat untuk memakai bengkung yang panjang berjela.Ima sering  keletihan kerana tidak cukup rehat.Kulit wajahnya semakin kusam dan bintik bintik hitam sudah mula naik di pipi kiri dan kanan.Disekitar matanya sudah mula menjadi seperti mata panda.Wajahnya pucat tidak bermaya dan jika dilihat pada telapak tangannya, kelihatan pucat lesi seperti tidak berdarah.Ima sering juga mengalami stress dan kadang kala dia menangis sendirian walaupun tidak tahu puncanya.

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti diatas? Adakah anda membiarkan sahaja perkara itu berlaku tanpa mencari jalan penyelesaiannya?Di sini saya mencadangkan beberapa langkah yang mungkin boleh membantu anda

Bagaimana anda boleh membantu diri sendiri?


Cuba dapatkan banyak rehat 

Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja. 


Buat senaman ringan 

Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini. 

Bergaul dengan ibu-ibu lain 

Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bergaul dengan ibu ibu lain membolehkan anda bertukar tukar pendapat dan berkongsi pengalaman dan mungkin dari mereka juga anda mendapat ilmu ilmu baru.

Bersikap baiklah terhadap diri sendiri 

Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri. 



Makan makanan yang sihat dan seimbang


Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.Disamping mengamalkan pemakanan seimbang, ibu berpantang semestinya mengambil jamu atau set berpantang bagi memastikan ibu benar benar sihat .Disini mencadangkan pengambilan Set berpantang shaklee

Mengapa mesti memilih shaklee sebagai set berpantang anda?


1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.



2) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee



3) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis

4)Boleh digunakan bukan 40 hari , tapi boleh tahan sehingga 180 hari

Set Berpantang Shaklee bukan hanya diambil semasa tempoh 40 hari berpantang, tetapi  boleh tahan sehingga 6 bulan.  Sangat Berbaloi . Tak percaya kan? Ramai juga yang tak percaya sebenarnya. Dan lebih terkejut bila dapat tahu boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Berbanding dengan jenama lain yang hanya digunakan semasa tempoh berpantang sahaja. Satu lagi penjimatan yang ibu boleh dapat dengan set berpantang Shaklee ialah menyokong pengeluaran susu badan. Dah dapat pakej 2 in 1 . Set Berpantang + Set Penyusuan. Kalau yang anda ada bajet besar  boleh jadi pakej 3 in 1 – Set Berpantang + Penyusuan + Kurus. Memang penjimat super hebat..!! Tak perlu sibuk-sibuk nak cari produk lain untuk turunkan berat badan dan tambah susu. 

5) Anak comel, gebu, sihat, kuat dan tembam.. Ibu kurus dan cantik
Yang akhir sekali ni bonus sebenarnya. Siapa yang tak suka kan bonus kan. Amalkan set pantang Shaklee bukan sahaja badan terasa segar, sihat, bertenaga, luka cepat sembuh dan sebagainya. Malah dapat bantu si ibu turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Silap haribulan habis sahaja tempoh berpantang dah dapat turun berat badan dengan banyak. Dan tak mustahil selepas 2-3 bulan dapat semula berat badan yang asal. Best kan? 

6)Bab kulit bertambah cantik sudah semestinya. Lagi pun ada sebahagian daripada set berpantang Shaklee adalah set untuk kulit cantik juga. 
Bila ibu dah ceria, sihat, bertenaga, cukup nutrisi, cukup pengambilan air kosong, dah tak mengeluh jaga anak siang dan malam sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran susu badan. Bila baby kenyang dapat susu badan yang berkualiti, maka baby pun jadi tumpuan orang ramai.Masalah bayi menangis kerana kurang susu juga dah tiada lagi.Akan timbul satu kes dimana bayi asyik tidur kekenyangan..dan pipi gebu dan putih bersih. 

7)  Kenapa Set Berpantang Shaklee ada pelbagai set?
Nak memudahkan ibu-ibu memilih set berpantang terbaik mengikut keperluan sendiri. Tak semua orang mengalami pengalaman bersalin yang sama. Ada yang bersalin normal, ada yang bersalin awal dan ada juga yang bersalin cara pembedahan. Sebagai contoh kalau ibu yang melahirkan anak pra-matang perlu tambah produk ESP untuk menyokong pengeluaran susu badan. Bagi ibu yang bersalin cara pembedahan pula ambil ESP untuk memulihkan parut pembedahan cepat hilang.

8) Cukupkah berpantang hanya ambil vitamin?

Tak cukup. Fungsi bagi setiap vitamin adalah untuk menyokong dan mengembalikan nutrisi yang telah hilang selepas bersalin. Ibu yang berpantang masih perlu menjaga makan dan pergerakan. Walaupun ada vitamin C dan zinc complex untuk mencepatkan proses luka bersalin jangan ingat semua makanan boleh dimakan. Bataskan juga pergerakan dan amalkan petua orang-orang lama walaupun badan rasa cergas. Pengambilan Vitalea dan B-Complex berfungsi membekalkan tenaga berpanjangan supaya ibu dapat menjaga baby yang kadang-kadang suka jaga tengah malam. Memang badan kita akan rasa sihat, bertenaga, cergas sepanjang hari. Tapi jangan pula kita sesuka hati melakukan kerja-kerja berat bila dirumah. Nanti macam-macam masalah pula yang timbul.

8) Apakah makan Set Pantang Shaklee akan memberi kesan pada bayi seperti makan jamu?

Mestilah akan ada kesan juga dekat baby. Apa yang ibu makan, baby pun akan dapat juga tau. Sebab tu ada ibu yang tak boleh makan jamu. Nanti baby akan meragam. Contohnya naik ruam pada badan sebab panas. Itu kalau jamu. Ini lah yang buat orang suka berpantang dengan Shaklee. Antara sebabnya ialah sistem imun baby akan kuat (sebab ada vitamin C), kulit baby putih, halus dan gebu(sebab ada ESP) dan kalau ada ibu yang nak kurus tambah Lecithin atau Omega boleh bantu perkembangan otak. Ada juga yang ambil Ostematrix untuk kurangkan sakit-sakit pinggang, dan kesan nya menguatkan tulang baby dan nampak tegap. 

9) Adakah minum banyak air kosong menyebabkan  rahim kembang?

Ini lagi satu kerisauan ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee. Kena banyak minum air kosong. Sedangkan kalau ikut petua orang lama, jangan minum banyak air kosong nanti rahim kembang. Fakta atau auta? Secara logiknya badan kita perlukan air yang cukup untuk mengurangkan masalah seperti sakit kepala, mengelakkan sembelit, jangkitan kuman dan sebagainya. Kesihatan pun terjaga. Doktor juga sarankan minum air kosong secukupnya semasa dalam pantang. Yang paling penting sekali bila minum banyak air kosong, susu badan pun akan turut banyak. Kalau kurang minum air, dari mana pula sumber penghasilan susu? Cuba konsistenkan diri minum 8 gelas atau 2L sehari. Minum dengan kerap tetapi sedikit demi sedikit.Tak perlu risau sangat minum air banyak nanti rahim kembang. Sebenarnya lagi bagus kalau kita cukup minum air kosong setiap hari. Lagi cepat rahim tu kecut.


berpantang

Cantik macam che ta!!!!

Berikut adalah set berpantang daripada Shaklee

1) Bcomplex dengan Asid Folik


- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.

- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.

-  Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..


2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C
- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Zink
- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman.  Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan.  Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
- Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.  Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

5) Energizing soy Protein-  ESP
- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.
- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.
- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepatdan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.
- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil

6) Alfalfa
- Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
- Membantu membanyakkan susu ibu.
- Membuang angin dalam badan dan
- Memulihkan urat selepas bersalin

7) Omega Guard
- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang
- Boleh mengurangkan sakit kepala
- Boleh mengekalkan tekanan darah normal
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.



SET BERPANTANG

berpantangesp berpantang



Sebagai kesimpulan, setiap wanita haruslah menjaga kesihatan diri sendiri , membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu agar dapat kita membahagiakan orang lain.Apabila badan sihat, barulah wajah akan kelihatan ceria dan muda jelita. Semakin hari semakin jelita dan semakin hari semakin disayangi suami.Ada orang tua tua kata, jika nak kembalikan tubuh secantik anak dara, maka berpantanglah dengan betul dalam tempoh 44 hari atau lebih,nescaya anda akan dapat menikmati semula zaman kegemilangan ketika anak dara biarpun anda sudah beranak 5.Jika anda berminat untuk mencuba set berpantang ini boleh hubungi saya di talian 010 8798077 melalui wassup/telegram/sms


Fara wahida sering stress dengan kerja seharian dan stok susunya semakin  berkurangan..bagaimana farah mengatasi masalah stok susu beliau..???

Sebagai kesimpulan, setiap wanita haruslah menjaga kesihatan diri sendiri , membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu agar dapat kita membahagiakan orang lain.Apabila badan sihat, barulah wajah akan kelihatan ceria dan muda jelita. Semakin hari semakin jelita dan semakin hari semakin disayangi suami.Ada orang tua tua kata, jika nak kembalikan tubuh secantik anak dara, maka berpantanglah dengan betul dalam tempoh 44 hari atau lebih,nescaya anda akan dapat menikmati semula zaman kegemilangan ketika anak dara biarpun anda sudah beranak 5.Jika anda berminat untuk mencuba set berpantang ini boleh hubungi saya di talian 010 8798077 melalui wassup/telegram/smsPengedar shaklee kawasan Masjid Tanah,Alor Gajah, Kuala Sungai Baru, Sungai Udang, Melaka.Pos seluruh Malaysa.


Sekian..
Your Trusted SID
-su-